ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAHAN





Pada 13 November, kira-kira pukul 10 waktu tempatan, warga Kampung Perdamaian Sukhirin sekali lagi berkabung atas pemergian seorang rakan seperjuangan. Beliau adalah Kawan Tahan atau nama sebenarnya Ibrahim Cikyat.

Ini adalah berita duka kedua dalam masa 2 minggu selepas pemergian Allahyarham Busu pada 3 November yang lalu.

Allahyarham Kawan Tahan mendapat sakit kanser dalam usus yang merebak cepat ke paru-paru. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak, serta seorang cucu.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Seberang, Daerah Weang, Wilayah Narathiwat. Pada tahun 1975, beliau dan adiknya Kawan Lasak menyertai pasukan Rejimen Ke-10, berkhidmat di pasukan Markas Besar.

Di dalam pasukan Allahyarham aktif belajar dan berlatih sehingga menjadi seorang perajurit yang baik, dapat membaca dan menulis dengan lancar. Di samping itu, beliau aktif dalam berbagai pekerjaan seperti membuat stor stragegi, memunggah barang2 dan lain-lain.

Pada pertengahan tahun 1980-an, apabila terbentuknya Studio TV Rejimen Ke-10, beliau dipilih berkhidmat di studio tersebut sehingga terwujudnya perdamaian pada tahun 1989.

Setelah perdamaian, Allahyarham telah berkahwin dengan seorang pemudi berasal dari kawasan selatan Thai dan mendapat 2 orang cahaya mata.
 
Pilihan gambar sekitar pengebumian Allahyarham Kawan Tahan pada 13 November 2012 di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.
 




 

5 ulasan

al-fatihah
ABADILAH PARA KESATRIA!!

Reply

Alfatihah

Reply

Saya sangat sedih mengetahui Kawan Tahan meninggal dunia. Saya selalu ingat masa kita berkerja sama-sama di TV seksen di Regimen Sepuluh. Dia adalah seorang yang sabar dan rajin berkerja. Saya akan mengingati dia selama-lamanya.

Sila mengucapkan kesedihan kita kepada keluarga Kawan Tahan. Saya harap keluarganya akan menjagar diri.


R dan Keluarga

Reply

Memang saya terkejut mendengar berita pemergian Kawan Tahan. Memang tak sangka yang Tahan mengidap penyakit kanser usus dan meninggal dunia pada usia yang masih muda, 51 tahun. Saya masih ingat kerja bersama-samanya dari awal 1980-an sehingga 1989 semasa membuat penggambaran dan penyuntingan pelbagai klip video Rejimen ke-10. Kerja penyuntingan kadang-kadang sampai larut malam. Beliau seorang petugas yang tekun, bersemangat dan sentiasa senyum dan banyak sekali membantu penyempurnaan tugas tersebut. Sampaikan salam takziah yg mendalam dari saya dan isteri kpd adiknya Lasak dan juga keluarganya.

Bl dan keluarga

Reply

Sampaikan salam takziah pada keluarga mereka. Raya Haji baru ni sempat berkunjung ke rumah arwah tahan. Tak sangka cepat dia pergi.

Z

Reply

Categories

Pengikut