KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN MENERIMA HADIAH COMMUNAL FOREST TERBAIK KATEGORI SELATAN THAI

hadiah communal forest terbaik kategori Selatan Thai

Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasmi disebut Ban Chulabhorn Patana 12 berjaya dalam pertandingan communal fores terbaik kategori Selatan Thai. Jabatan Alam Sekitar telah menyampaikan hadiah tersebut dalam suatu upacara yang diadakan di Pejabat Forest Bangkok pada 20 September 2012. 5 orang wakil dari Kampung Perdamaian Sukhirin telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Pertandingan communal forest dianjurkan bertujuan menjaga untuk memelihara kawasan hutan dan menjaga alam sekitar. Setakat ini Kampung ini telah memenangi 3 hadiah yang kesemuanya berkait dengan communal forest.

Majlis ini turut diserikan dengan pameran hasil hutan rimba dan keadaan kampung yang meraih juara mengikut kategori masing-masiang. Di galeri Kampung Perdamaian Sukhirin, anda tidak hanya dapat melihat pameran barangan dan buah-buahan hutan yang menjadi mata pencarian penduduk juga dapat mengetahui latar belakang kampung ini.


Communal forest bermaksud kawasan hutan yang diwartakan sebagai milik kampung. Kawasan hutan ini dipelihara dengan baik dan boleh dimenafaatkan oleh warga kampung seperti mengambil kayu untuk membuat rumah, memungut hasil buah-buahan dan bahan-bahan hutan bagi menambah pendapatan dengan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh warga kampung berkenaan.
cek bernilai 100,000 bath

para pemenang communal forest

wakil dari Kampung Perdamaian bersama 2 pegawai forest

Galeri Kampung Perdamaian Sukhirin




Categories

Pengikut