ALFATIHAH UNTUK KAWAN LIJAH

Kawan Lijah, puteri terpuji rakyat marhaen  Pattani, Selatan Thailand telah pergi menghadap Illahi pada hari Khamis 23 Februari 2012 dalam usia 76 tahun.  Jenazahnya dimakamkan di tanah tumpah darahnya, Kampung Jambu, Pattani. Allahyarhamah mengidap sakit buah pinggang yang kemudian merebak menjadi radang paru-paru. Allahyarhaman meninggalkan dua orang anak, seorang putera dan seorang puteri. Suaminya, Allahyarham Dolmat telah meninggal dunia pada 24 April 2010.

Kawan Lijah atau nama sebenarnya Limah Karim hidup menderita di bawah penindasan masyarakat kapitalis dan sistem feudal yang memandang wanita sebagai kaum darjat rendah. Beliau tertarik dengan kisah perjuangan wanita dalam angkatan AWAS.  Dengan demikian beliau berketetapan hati untuk ikut berjuang bersama anggota AWAS dalam Rejimen Ke-10 pada akhir tahun 60-an.

Dalam perjuangan bersenjata yang kusut masai, Kawan Lijah telah memperlihatkan semangat seorang serikandi terpuji, pantang menyerah dihadapan mara bahaya dan susah payah. Beliau pernah beberapa kali ikut serta  pasukan penggempur mara ke Selatan (Malaya) di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau dihantar bertugas di Pasukan Penggempur Ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah terwujudnya perdamaian 1989, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin.

Seluruh rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin menyampaikan takziah sedalam-dalamnya kepada kaum keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

5 ulasan

Moga Allah mengampunkan dosanya dan menempatkannya ke dalam golongan assolihin jua

Reply
Tanpa Nama mod

Al Fatehah moga Allah cucuri rahmat atas ruhnya. perjuangannya tak akan dilupakan.
-rahmat haron

Reply
Tanpa Nama mod

al-fatihah buat allahyaharmah..moga rohnya dicucuri rahmat..

Reply

Categories

Pengikut