AIDILFITRI DI KAMPUNG KOMUNIS

Kampung Perdamaian Sukhirin - 30 Ogos 2011 : Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia (UMNO - BN) sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (baca sini)
Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.






Abadullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10


Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya


Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing


Abdullah C.D. bergambar dengan rakan seperjuangannya setelah selesai solat Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Kami dari KINI DAN SILAM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN kepada rakan seperjuangan baik yang tinggal di Thailand atau Malaysia, kepada keluarga para pejuang berbagai aliran yang telah gugur dalam perjuangan menentang penjajah British demi kemerdekaan tanah air dan kepada massa revolusioner yang dengan sepenuh hati membantu perjuangan tersebut. Tak lupa juga kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada pengunjung KINI DAN SILAM, kepada rakan facebook kami dan kepada kaum muslimin muslimat di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan di mana jua mereka berada.

API: MERDEKA DENGAN DARAH

Poster ini bukan ciptaan parti komunis, juga bukan cipataan parti sosialis atau nasionalis tapi adalah ciptaan anak muda Malaysia generasi kini.

SEJENAK BERSAMA KUMPULAN KIRI TEMASIK

Pada 8 Ogos, satu rombongan golongan kiri dari Pulau Temasik telah melakukan lawatan singkat ke Kampung Perdamaian Sukhirin. Ketibaan mereka adalah untuk memenuhi program mengunjungi anggota PKM dan bekas perajurit TRM yang menetap di Selatan Thailand. Difahamkan bahawa sebahagian anggota rombongan ini pernah terlibat dalam kegawatan politik Singapura ketika Lee Kuan Yew “membalas budi” PKM dengan racun yang amat berbisa. Ada di antara anggota rombongan ini pernah membantu menyembunyikan dan mengundurkan anggota PKM yang sedang diburu oleh Lee Kuan Yew keluar Singapura. Bantuan yang besar ini tak ternilaikan.


DI SEBALIK KEMERDEKAAN 31 OGOS

Sudah lebih setengah abad kita mencapai kemerdekaan dari penjajah Inggeris, apakah kini kita sudah benar-benar merdeka? Apa ertinya kemerdekaan?  Siapa yang berjuang untuk kemerdekaan dan siapa pula sebaliknya?

Tulisan Saudara Hishamuddin Rais yang dimuatkan di Malaysiakini.com merupakan suatu penjelasan yang sederhana dan mudah difahami mengenai persoalan di atas.

Anak semua bangsa & Malapetaka Ogos

Hishamuddin Rais - Malaysiakini.com-  Ogos 6, 11
(http://malaysiakini.com/columns/172154)

Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

BUKU BARU: ASAL USUL SOSIAL GOLONGAN KIRI MELAYU



Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda
Rustam A. Sani
 
Publisher: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)
Year: 2011
ISBN: 9789675832307
80 Pages
RM18.00 / S$11.70
 
Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang dirujuk sebagai 'Golongan Kiri Melayu'. Secara umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi kepada dua jalur yang ketara - kiri dan kanan - sejak 1930-an.

SELAMAT MENUNAI IBADAT PUASA

Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua muslimin muslimat di mana jua mereka berada.

Categories

Pengikut