Jumaat, 29 April 2011

MASA SEJARAH PKM

1 ulasan
Pada 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. PKM adalah parti politik pertama ditubuhkan di Malaya.

PKM menjadikan Marxisme-Leninisme sebagai ideologi pembimbing dan bercita-cita untuk mendirikan sebuah negara merdeka Republik Sosialis Rakyat Malaya.

MASA SEJARAH PKM

1. April 1930 hingga Disember 1941 – Masa pertama, perjuangan bawah tanah sebelum Perang Dunia Kedua

Selasa, 19 April 2011

SYARAT DAN SEJARAH KELAHIRAN PKM

0 ulasan
PKM lahir dalam syarat sejarah berikut: Pada tahun 1917, revolusi sosialis Oktober proletar telah mencapai kemenangan yang gilang gemilang di Russia dan telah membuka zaman baru sejarah umat manusia. Di bawah bimbingan Marxisme-Leninisme, revolusi proletar di negara kapitalis dan revolusi nasional demokratik di tanah jajahan atau setengah jajahan berkembang menggelora, kekuatan imperialis telah sangat diperlemah dan dunia kapitalis mengalami krisis politik dan ekonomi yang sangat teruk. Untuk melepaskan dirinya daripada krisis itu, imperialis British melakukan penindasan dan penghisapan yang lebih kejam ke atas rakyat negara kita, sehingga kehidupan rakyat pekerja memburuk dengan dahsyatnya. Kontradiksi antara rakyat negara kita dengan imperialis British telah bertambah meruncing lagi. Dalam keadaan demikian, proletariat negara kita aktif mencari kebenaran bagi membimbing perjuangan pembebasan dirinya dan akhirnya telah menemui Marxisme-Leninisme dan mendirikan parti komunis – barisan pelopornya sendiri.

Khamis, 14 April 2011

AH CHENG AHLI REVOLUSIONER PROLETARIAT TERPUJI

0 ulasan
AH CHENG AHLI REVOLUSIONER PROLETARIAT TERPUJI


Ah Cheng

Kawan Ah Cheng (nama asalnya Shan Ru Hong, juga disebut Ah Hai dan Chen Rui) dilahirkan di Provinsi Kwangtung, Tiongkok pada 20 Oktober 1919. Beliau pernah menuntut di sekolah dasar perantau Tionghua di Kepung, Perak.

Isnin, 11 April 2011

BELASUNGKAWA UNTUK MENDIANG AH CHENG

0 ulasan
BELASUNGKAWA UNTUK MENDIANG AH CHENG


Ah Cheng, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang terpuji, ahli revolusioner proletariat, pejuang revolusioner yang taat setia, pimpinan yang lama teruji dan anggota politbiro Jawatankuasa Pusat PKM telah meninggal dunia di Hospital Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada pukul 1.00 tengah hari, 30 Mac 2011 dalam usia 92 tahun.

Pada 7 April 2011,  upacara pembakaran jenazah Mendiang Ah Cheng yang diiringi doa selamat oleh sekumpulan Sami Buddha telah diadakan di sebuah kuil Buddha di Bandar Betong. Upacara itu  dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan seperjuangan mendiang. Mej. Gen Chamlong, Timbalan Panglima Ketumbukan Ke-4 dan Datok Bandar Betong telah menghadiri  upacara tersebut.

Jumaat, 8 April 2011

MAJLIS PELANCARAN BUKU MINDA TERTAWAN

0 ulasan
minta tertawan.jpgMajlis Pelancaran Buku  MINDA TERTAWAN Intelektual,Rausyanfikir dan Kuasa
2:30 Petang , 9hb April 2011

   



Salam sejahtera,

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku MINDA TERTAWAN Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, di tulis oleh Raja Ahmad Aminullah.

Rabu, 6 April 2011

WAWANCARA: ANTARA PKM DAN BRITISH, SIAPAKAH PENGGANAS SEBENAR (Siri 2)

1 ulasan
(Wawancara R.A. Kartini, seorang mahasiswa di sebuah universiti dengan kader veteran PKM, Affandi  atau Ah An, pernah disiarkan di blog http://tongkatbahaman.com.)  


Affandi
R.A Kartini: Bagaimana perasaan saudara ketika dalam pasukan yang berjuang untuk menghalau penjajah tetapi telah dianggap sebagai pengganas dan musuh kepada rakyat sedangkan pada waktu ini perajurit PKM mendapat sokongan yang begitu kuat dari rakyat.

Sdr. Affandi: Bagi menjelaskan soal pengganas ini saya rasa perlu ada huraian yang agak panjang lebar. Soal yang ringkasnya mungkin kita perlu banyak huraian iaitu perjuangan kita untuk kemerdekaan tanah air untuk membela kepentingan rakyat; ini perlu banyak huraian. Walaupun begitu, soal pengganas ini sebenarnya timbul dari soal politik. Kita perlu tinjau dari beberapa segi, pertama harus diakui ini satu perang bukan satu gerakan pemberontakkan. Ringkas begitu saja. Namanya pun kita namakan Perang Pembebasan Nasional Anti British. Ini di pihak kita.

Selasa, 5 April 2011

WAWANCARA: BENARKAN PKM PENGGANAS? (Siri 1)

0 ulasan
(Wawancara R.A. Kartini, seorang mahasiswa di sebuah universiti dengan kader veteran PKM, Affandi  atau Ah An, pernah disiarkan di blog http://tongkatbahaman.com.)

Affandi (Ah An)
R.A. Kartini: Salam kepada saudara Affandi. Sebagai seorang yang telah membaca dan meneliti semula sejarah, saya ingin mendapat sedikit pandangan dan penjelasan dari saudara mengenai isu PKM yang selalu dilabelkan sebagai pengganas walaupun perjuangan mereka dikatakan untuk menghalau penjajah dan kemerdekaan Malaya.

Saya memilih saudara kerana faktor latar belakang saudara, dan pribadi saudara begitu teguh dan pandangan hidup terhadap perjuangan yang pernah dilancarkan terhadap penjajah sebagai satu perjuangan yang sah sama ada dari segi moral, politik ataupun undang-undang.

REJIMEN KE-10 TRM