SAJAK: ANTARA DUA TRADISI

Kalau anda mahu berbicara tentang sejarah dan masa depan bangsa,
tunggu sebentar.

Jangan cuma kata "takkan Melayu hilang di dunia".
Satu persoalan perlukan jawapan:
Dalam sejarah bangsa kita
ada dua tradisi cuma --
Jebat atau Tuah
tiada yang ketiga.

Nah
antara dua
yang manakah anda?

SANGGAHTOK SAGO: Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?

Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?


Chin Peng bersama Abdullah CD dan Suriani

Mohd Sabu juga pernah mengunjungi Che Dat atau Abdullah CD di Perkempungan Damai Shukirin, Narathiwat

Orang tua ini, Chin Peng nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata.

PASUKAN HANG JEBAT BEDAL PASUKAN HANDALAN INGGERIS DI SUNGAI SEKAM

PASUKAN HANG JEBAT BEDAL PASUKAN HANDALAN INGGERIS DI SUNGAI SEKAM

Abu Samah Mohd. Kassim
Nampaknya serangan kempen kepung basmi musuh akan terus perpanjangan dan memungkinkan pasukan akan menunggu lama lagi bagi meneruskan perjalanan strategiknya. Masalah yang penting dihadapi ialah tentang makanan pasukan yang ramai jumlahnya itu. Oleh yang demikian, pihak pimpinan menugaskan saya keluar untuk meninjau ladang-ladang dan hasil pengeluarannya dan sekaligus memandu kawan-kawan dan Orang Asli  menyelamatkan sekoi dan jagung yang sedang masak itu.

Pada 25 Januari 1954, saya bersama 18 orang kawan bertolak keluar dari perkhemahan menuju ke ladang pertama di sebuah bukit yang tidak jauh dari Sungai Sekam lalu berkhemah di sana. Pada 26 Januari setelah regu peronda yang menyiasat balik melaporkan bahawa keadaan di ladang itu tiada musuh, maka dihantarlah kawan-kawan dan Orang Asli mengutip jangung dan sekoi secara kencang, kemudian dipungah ke tempat simpanan dekat perkhemahan sementara.

SANGGAHTOKSAGOR.COM: Abdullah CD atau Che Dat: Anak jati Lambor, Parit Perak yang menggerunkan 'nafsu serakah' penjajah British

Abdullah CD atau Che Dat: Anak jati Lambor, Parit Perak yang menggerunkan 'nafsu serakah' penjajah British

Tarmizi menerima tiga buah buku Memoir Abdullah CD daripada Che Dat di rumahnya

Kenangan: Che Dat, Suriani bersama Ching Peng ketika bergerak aktif dalam PKM -
Rejimen ke-10 TRM

TERIMA KASIH ROMBONGAN CIKGU ISHAK SURIN

Pada 12-13 Februari, Cikgu Ishak Surin bersama rombongan yang terdiri dari Saudara Ali Maidin, Saudara Radhi Hashim dan Saudara Tarmizi Mohd Jam telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin. Dalam kunjungan singkat tersebut Cikgu Ishak Surin dan anggota rombongannya telah memberikan derma kepada Masjid Darul Aman dan kepada  Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin. Teristimewa sekali mereka telah menghadiahkan 50 buah  Al-Quran. Semua derma ini disumbangkan langsung melalui Bapa Abdullah C.D.. Jawatankuasa Masjid akan membahagikan sebahagian daripada Al-Quran itu kepada guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kepada anak-anak  yang menuntut di sekolah agama.

Bagi pihak Bapa Abdullah C.D. dan seluruh warga Kampung Perdamaian Sukhirin, kami merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan tersebut.

Dalam perbualan dengan Abdullah C.D., banyak kenangan lama terutama gelora perjuangan kiri bersama Ahmad Boestamam dicungkil keluar. Bapa Abdullah C.D. menceritakan bahawa sebelum beliau menyertai perjuangan bersenjata, suatu persetujuan telah dibuat antara beliau, Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Mengikut Bapa Abdullah C.D., beliau dan Ahmad Boeatamam akan masuk hutan melakukan perang gerila manakala Dr. Burhanuddin akan bergerak bawah tanah di Singapura. Akan tetapi malangnya, tak lama selepas itu Boestamam ditangkap dan dipenjarakan oleh kaum penjajah.


BUKU BARU: SITI NORKIAH SERIKANDI PAHANG UTARA


Tajuk: Siti Norkiah Mahmud: Serikandi dari Pahang Utara
Penulis: Dr. Mohammed Salleh Lamry
Penerbit: Strategic Information and Research Development (SIRD) Centre
Tahun: 2011
ISBN: 9789675832109
Harga: RM20.00 / S$13.00
Muka surat: 177

Perjuangan kemerdekaan di luar arus perdana, yang diwakili oleh golongan nasionalis kiri, bukan saja melahirkan wira yang gagah berani seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anuar, Ibrahim Chik dan Abu Samah Mohd Kassim, tetapi juga sreikandi yang cekal dan gigih seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Zainab Mahmud dan Siti Norkiah Mahmud. Berbanding dengan adiknya Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud mungkin kurang dikenali. Akan tetapi, perjuangan Siti Norkiah tidak kurang hebatnya dengan bermula sebagai Ketua AWAS Pahang (1946-1948).

RABIUL AWAL: SELAWAT DAN DOA

Pilihan gambar warga Kampung Perdamaian Sukhirin memanjatkan doa dan berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersempena kehadiran Rabiul-Awal yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Darul Aman.



TAHUN BARU CINA DI KAMPUNG PERDAMAIAN BETONG

Pada 5 Februari, bekas kader dan perajurit TRM Cina yang menetap di Kampung Perdamaian Betong (Kampung Chulabhorn Patana 10) telah mengadakan perayaan menyambut Tahun Baru Cina.

Teristimewa dalam perayaan ini ialah  Ketua Daerah Betong telah menghantar wakil menyampaikan ucapan manakala  orang Melayu dari kampung-kampung  berdekatan menghantar rombongan persembahan dikir barat untuk memeriahkan perayaan tersebut. Perayaan Tahun Baru Cina ini mencerminkan perpaduan berbagai kaum rakyat di kawasan sempadan.


papantanda Kampung Chulabhorn Patana 10 (Kampung Perdamaian Betong)

PEMUDA DAN REVOLUSI

Buku kecil Ucapan Mao Zedong bertajuk ARAH GERAKAN PEMUDA  ini diharapkan boleh menjadi rujukan buat generasi kini.

Selamat membaca

arah gerakan pemuda                                                            

KAWAN PAKLONG, PERAJURIT TUA BERSEMANGAT WAJA

KAWAN PAKLONG, PERAJURIT TUA BERSEMANGAT WAJA
Di dalam pasukan Rejimen Ke-10, Kawan Pak Long tergolong kawan yang lanjut usia, berasal dari kelas buruh, menyertai revolusi dalam masa perang Dunia Kedua iaitu Perang Anti-Jepun. Selama puluhan tahun, beliau bekerja dan berjuang dengan penuh taat setia kepada usaha perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan nasional.

Dalam memoirnya, Abdullah C.D. mengenang Kawan Pak Long sebagai Perajurit Tua Yang Bersemangat Waja:

62 TAHUN SILAM: PENUBUHAN TPNM

Penubuhan Tentera

Hari ini 62 tahun yang silam – Parti Komunis Malaya telah merasmikan penubuhan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dan Markas Agungnya.

Jawatankusa Pusat PKM memutuskan untuk menyeragamkan nama semua pasukan serta susunannya, mengisytiharkan Manifesto Penubuhan Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Markas Agungnya telah dirasmikan pada 1 Februari 1949”. – 50 TAHUN PKM, Pejabat Kebenaran, 1 Ogos 1981.

Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung  TPNM memutuskan: Dari hari pernyataan ini dikeluarkan, nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya, namun demikian, hari tentera, bendera tentera, perilaku dan disiplin tentera, nama unit dan sistem organisasi pasukan dan sebagainya tidak diubah." -- Pernyataan Bersama JKP PKM dan Markas Agung TPNM , 20 Jun 1982.


Categories

Pengikut