MEMPERINGATI PEJUANG KEMERDEKAAN MAT INDERA

Atas nama Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan Mat Indera, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dari PAS Kawasan Batu yang telah memberikan sumbangan berupa sebuah papan tanda dan usaha untuk memelihara pusara Allahyarham yang telah terbiar lama. Kami berpendapat, langkah ini adalah satu usaha positif bagi memperbetulkan sejarah tanah air yang sekian lama diputarbelit oleh kaum penjajah British dan tali barutnya yang kini masih memegang kekuasaan pemerintah tanah air.

Di bawah adalah catatan dari Dato' Tarmizi Mohd Jam yang disiarkan diruangan facebook beliau.

 
PAS Kawasan Batu telah menyerahkan papan tanda bagi pusara Allahyarham Mat Indera dan akan memperelokkan pusara yang terbiar itu sebagai ingatan genarasi akan datang terhadap tokoh dan pejuang kemerdekaan yang dijatuhkan hukuman gantung oleh penjajah British pada tahun 1953. Dalam ziarah "XPDC Terjah Juang PAS Batu" pada Sabtu, 12 Nov lalu, Yang Dipertuanya, Ishak Surin telah menyerahkan papan tanda berkenaan kepada penjaga Tanah Perkuburan Islam Kg. Jambu, Yaacob Din. Kos memperelokkan pusara sebanyak RM1,000 ditanggung sepenuhnya oleh PAS Kawasan Batu sejajar dengan peristiharan keluarga Mat Indera menjadi keluarga angkat PAS Kawasan berkenaan.

5 ulasan

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/11/video-gaya-hidup-pemimpin-melayu.html

Reply

terima kasih http://batutepijalan.blogspot.com

Reply

Penjuang ? yg membunuh anak melayu dikatakan pejuang ?

Apakah matlamat terakhir perjuangan komunis?

Semoga Allah mengampuni dosa2 mat indera.

Reply

Sumbangan yang diberikan oleh PAS Kawasan Batu saya kira merupakan bukti bahawa rakyat mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Reply

kesian orang2 melayu..dari dulu sampai skrg masih ditipu...

inggeris yg menubuhkan negara israel bila sampai ke tanah melayu diangkat jadi pejuang...
kini dan silam, masih ada org melayu percaya fitnah penjajah laknatullah yg bermandikan darah rakyat palestin!!!

Reply

Categories

Pengikut