PEJUANG ANGKATAN BAHAMAN TIDAK PERCAYA KEPADA UMNO

 Perajurit dari Perang Bahaman tidak percaya kepada UMNO. Dengan berpesan “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu" bererti jangan percaya kepada UMNO. Kerana mereka nampak jelas bahawa ketika perang Bahaman berlangsung, pembesar-pembesar Melayu ketika itu sudah bersuhabat dengan penjajah British untuk menggagalkan perang tersebut. Akan tetapi, rakyat bawahan terutama di kawasan-kawan Datok Bahaman menyokong perang tersebut dengan sepenuh hati.
 
Pada tahun 1949, di Kuala Krau terdapat seorang tua yang telah berumur dalam lengkongan 75 tahun, pernah turut serta dalam perang Bahaman melawan British. Dia juga adalah penyokong setia Pak Sako. Bila mendengar Rejimen Ke-10 telah melancarkan peperangan terhadap penjajah British, pejuang veteran itu dengan serta merta menjadi segar dan gagah, tubuh badannya menjadi ringan. Dia memanggil wakil Rejimen Ke-10 datang ke rumahnya. Dalam pertemuan itu, dia menerangkan pengalaman-pengalamannya sewaktu berperang melawan penjajah bersama Datok Bahaman dahulu.Sebagai amanat, katanya: “sebagai seorang yang pernah turut di dalam peperangan rakyat begitu, saya faham betul segala macam kesukaran yang akan ditempuh”. Dia berkali-kali menegaskan “jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” Dia berpesan lagi: “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”.
Pada hari itu juga dia menyuruh semua anak cucunya berkumpul. Dia berpesan : “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya."
Begitulah semangat peperangan di zaman Bahaman telah menjadi kebanggaan kepada generasi-generasi muda yang mewarisi tradisi mulia revolusioner itu.
Begitulah juga dalam praktiknya, Rejimen Ke-10 tak pernah terlintas akan menyerah diri kepada penjajah British dan anjing-anjing buruannya. Pada awal tahun-tahun 60-an, awan mendung menyelubugi revolusi Malaya, pihak Jawatankuasa Pusat PKM pernah mengeluarkan tawaran pengunduran diri dari perjuangan kepada sesiapa yang uzur, lanjut usia atau yang tidak mahu meneruskan perjuangan lagi. Tawaran itu dijawab sebagai “Walaupun terpaksa mati dipangkal banir, perjuangan akan diteruskan!

1 ulasan:

Sejarah terpadam telah hampir terungkai namun Pejuang-Pejuang Nasionalis di Shukirin berhati-hati berkemungkinan UMNO akan menggunakan anda sebagai talian hayat yang terakhir.

Reply

Categories

Pengikut