DISIPLIN TPNM: MENYANGGAH FITNAH UTUSAN

13 September, Malaysiakini telah menyiarkan karikator fitnah kekejaman komunis utusan (klik sini). Finahan begini sebenarnya bagaikan asam garam bagi kami dan ini adalah lumrah perjuangan. Pejuang terdahulu seperti Datok Sagor, Datok Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain juga pernah alami nasib begini. Walau apapun, kami mestilah memberikan jawapan agar mereka yang tidak tahu tentang kami tidak terkeliru.

Tahukah rakan semua bahawa kami iaitu Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang kemudiannya ditukar nama sebagai Tentera Rakyat Malaya telah mempertahankan perjuangan bersenjata selama 41 tahun lebih. Sudah pasti faktor yang utama ialah sokongan massa rakyat. Tanpa sokongan ikhlas massa, perjuangan itu tak sampai 1 tahun memandangkan kekuatan penjajah yang ratusan bahkan ribuan kali ganda dari kami, baik dari segi tenaga manusia, kewangan dan alat persenjataan.

Satu patukan yang  penting bagi kami ialah menaati disiplin.  Baik atau jahat sesuatu pasukan tentera bergantung kepada disiplin dan di sini juga terletaknya daya tempur pasukan tersebut. Disiplin kami dikenali sebagai 4 Asas Disiplin dan 10 Fasal Perhatian. Kedua-dua disiplin ini  wajib dipatuhi oleh setiap perajurit, tak kira atasan atau bawahan, tak kira masa atau tempat. Jika atasan yang melanggarnya, disiplin yang dikenakan ke atasnya akan lebih berat lagi.

Salah satu disiplin kami ialah menghormati adat  resam. Adat resam yang bermaksud di sini termasuklah adat isitiadat dan kepercayaan agama rakyat. Pernah seorang perajurit bawahan yang keluar ke kampung telah berseloroh dengan seorang kanak-kanak bangsa Thai yang bermaksud menghina tok kong yang dipakai kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu marah lalu memberitahu komander regu. Perajurit itu dengan segera dipanggil balik ke pasukan. Selain dikenakan disiplin tentera, dia diwajibkan membuat penyesalan yang jujur kerana telah melanggar disiplin menghina adat dan kepercayaan massa. Dalam surat penyesalannya yang dibacakan di depan perhimpunan seluruh pasukan, perajurit tersebut menyatalan menyesal kerana telah menghina kepercayaan massa, kerana atas sokongan yang tulus dari massa rakyat, kita dapat meneruskan perjuangan bersenjata.

Di bawah ini dipaparkan disiplin Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

EMPAS ASAS DISIPLIN

  1. Setiap tindakan patuh kepada perintah;
  2. Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas benangpun dari massa (orang ramai);
  3. Sebarang rampasan perang harus dirasmikan;
  4. Dengan ketat menyimpan rahsia tentera.

SEPULUH FASAL PERHATIAN

  1. Pertuturan hendaklah ramah-tamah;
  2. Berjual beli harus adil;
  3. Barang2 yang dipinjam harus dikembalikan;
  4. Ganti kerugian barang2 yang dirosakkan;
  5. Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan;
  6. Menghormati adat resam;
  7. Jangan memukul atau memaki orang;
  8. Jangan merosaki tanam-tanaman;
  9. Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;
  10. Jangan menganiayai tawanan perang.

5 ulasan

UTUSAN MEMANG DIKENALI SEBAGAI SUMBER MENIPU DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT. UTUSAN/ TV3 DLL JUGA ANJING SURUHAN PENJILAT NAJIS UMNO

Reply

Kalau bukan PKM yang ganas dan tanpa perikemanusiaan: nyatakan sebab Panglima Salleh dan tentera selepang Merah mencari dan membunuh orang PKM.
Kalau bukan PKM yang jahat: Siapa yang zalim serang kampung saya dulu dan bunnuh org kampung, atas alasan tak munasabah...korang tuhan ke PKM, jatuh hukum ikut syak dan sentimen.
Kesimpulannya: yang terkait dengan PKM, samada org otu Islam atau tidak... tetap bersalah kerana mendokong PKM yang ganas dan zalim. Ini bukan cerita propaganda Utusan atau pemerintah, ini pengalaman sendiri dan waris yang menyaksikan PKM haram jadah ni bunuh dan seksa org kampung. Jelaskan tanggungjawab ko pada perkara yang telah terjadi pada keluarga dan keturunan saya. Jgn cerita menipu je lebih, ini kenyataan pahit yg kami lalui.

Reply

Assalamualaikum Saudara Nazari'sSeremban. Terima kasih sudi memberikan komen.

Sudilah sekiranya saya menyatakan juga sedikit pertanyaan kepada saudara.

Mengapa parang panjang panglima saleh tu tidak pernah menetak seorangpun askar Inggeris?

Sila bergabung dengan saya di fb untuk perbincangan yang lebih lanjut. Saya akan menjawap pertanyaan saudara secara berhemah.

Reply

yg komunis di katakn zalim.inggeris dn jepun bagaimana pula?

Reply

W'kumsalam, Saya dan keluarga asal di Johor dulu asalnya masyarakat Cina Islam, PKM paksa kami sertai mereka... Kami menentang.
Pasal Parang PAnjang tak bunuh British, itu saya tak tau tetapi Selepang Merah ni la yg dtg tlg dari kekejaman PKM Cina pada Kg kami dan keturunan saya. Mana Rejimen ke-10 yg Islam tu utk sekat kekejaman masa tu?

Saya akui, Rejimen ke 10 tidak ganas, tapi tanggungjawab sosial sesama Islam utk halang keganasan PKM yg lain pada org Islam, samada terlepas pandang atau kes terencil...PKM bersalah keseluruhannya pada kaum keturunan saya yg tidak menyokog British, Jepun maupun PKM. Hanya syak dan sentimen kaum Cina kami diperlakukan mcm binatang.

Maaf... FB tidak menjadi perantaran utk perkara seperti ini, ia lebih utk kaum keluarga dan anak-anak sahaja. Blog saudara jadi landasan pejelasan PKM atas apa yg telah terjadi, keluarga saya yg mati tak bersalah tidak akan kembali...tetapi PKM cuba kembali semula dan menghiris luka lama kami ini.

Reply

Categories

Pengikut