AYAH PERDANA MENTERI MALAYSIA HADIAHKAN 350 RINGGIT KEPADA ANGGOTA JAWATANKUASA PUSAT PKM DAN ANGGOTA MARKAS BESAR REJIMEN KE-10, ABU SAMAH MOHD. KASSIM


Allahyarham Tun Razak, ayah kepada Perdana Menteri Najib pernah menghadiahkan wang sebanyak 350 ringgit kepada Abu Samah Mohd. Kassim. Perkara ini telah diabadikan Allahyarham dalam bukunya SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN.

 Dua puluh hari saya berada di rumah Tok Pawang. Petangnya, Tok Pawang memberitahu pada pagi esok dia nak pergi ke Kuala Lipis, ke rumah Menteri Besar Pahang Tengku Mohamed,nak beritahu hal-hal, tidur satu malam di sana. “Anak ada apa nak pesan kat Tengku?”

Saya menjawab “tak ada apa, cuma sampaikan salam takzim, yang lain-lain ikut Pakwa Haji lah, nak cakap apa-apa.”

Bila Tok Pawang sampai ke Kuala Lipis, Menteri Besar minta dia tidur dua malam di sana, di samping urut mengurut, dia hendak mendengar cerita-cerita di Semantan. Dengan Razak (Tun) juga Tok Pawang dapat berjumpa dan bercakap-cakap. Tengku Mohamed beritahu Tok Pawang, jika Abu Samah tak tahan lagi berjuang di dalam hutan, boleh dia hantar kereta bawa balik ke Kuala Lipis duduk di rumahnya; tetapi sekali-kali tak usah menyerah diri. Tengku mengirimkan sebuah jam tangan Rolex manakala Datuk Razak memberikan wang sebanyak 350 ringgit.

1 ulasan:

Salam buat semua Pejuang-pejuang asli menuntut kemerdekaan Tanah Melayu...

Dengan adanya blog ini Inshaallah dapat memberi penjelasan sebenar dari pihak pejuang-pejuang sebenar... kerana selama ini apa yang disajikan kepada kami generasi muda Malaysia ialah sejarah yang telah diputarbelitkan oleh Penjajah dan pewaris penjajah (UMNO/BN)

Kami doakan semoga panjang umur kepada semua saki baki pejuang tulin ini dan Inshaallah dapat kami akhirnya menziarahi para pejuang semua disana suatu hari nanti...

Dan diharap juga supaya cerita sejarah sebenar ini dapat pula kami turunkan kepada anak cucu kami pula sebagai generasi pengganti....

Hj Nabeel Hj Ahmad

Reply

Categories

Pengikut