Kampung Perdamaian Sukhirin - 30 Ogos 2011 : Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia (UMNO - BN) sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Perdana Menteri Malaysia berkata:
"Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (
baca sini)
Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.
 |
Abadullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 |
 |
Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya |
 |
Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing |
 |
Abdullah C.D. bergambar dengan rakan seperjuangannya setelah selesai solat Aidilfitri |
5 ulasan
Baru kita tahu kedudukan sebenarnya.
ReplyMerekax ini wajib diberi penghormatan
kerana perjuangan mereka.
selepas bunuh rakyat baru nak bertaubat?
Replymungkin dosa dia membunuh orang yang tak bersalah boleh di ampunkan oleh allah tapi bagaimana dosa dia terhadap keluarga mangsa yang sengsara?
baru kita tau sape kominis yg sebenarnya
kita telah disogokkan sejarah yg pejuang tanahair lagi keji dari british..
Replysoalannyer senang jer...
mana lagi jahat..
1- penjajah british atau rashid maidin
2- penjajah british atau abdullah cd..
sejarah 50 tahun kemerdekaan disajikan mengikut acuan pemerintah..
sejarah pun nak tipu...
Replytapi cuba la tipu..
lambat laun orang akan tahu jugak..
dari kecik sampai besar kita di ajar sejarah tipu.
patut la ramai yang jadi penipu..
mereka inilah pejuang sebenar...
pejuang yang tidak di beri penghormatan.. malah di hina dan di keji..
Mereka ini memang komunis.Kalau mereka ini masih di hutan mahu saya bawa Uzi cari dan hapuskan mereka seorang demi seorang. Pejuang tidak membunuh orang yang tidak berdosa.
Reply