AKU BERSEDIH .......Dr. Nasir Hashim

AKU BERSEDIH .......Dr. Nasir Hashim

Bersendirian
Air mata sedih mengalir tanpa izin
Kerana ku lihat
 Demokrasi dikebumikan dengan semboyan  
        keangkuhan
Keagamaan disandi-warakan untuk mencabul                     
       kebenaran
 Perkauman dibelai manja demi segumpal
      keuntungan dan kemelesetan diri                           Kemiskinan dilunak lunakkan dari sistem pemerintahan

Seribu janji dicurah halus untuk menderhaka
        kepada prinsip
Senda gurauan diatur rapi untuk membentes
         pemikiran
Negara yang harum dilacurkan dengan teladan
        bangsat

Sungguh kaku Negara ku yang tercinta ini
Menjadi noktah di pertengahan jalan


Ku . . . . .
Ku . . . . . lihat
   Ku lihat . . . . . demokrasi
     Ku lihat demokrasi . . . . . tersungkur  
       Ku lihat demokrasi tersungkur . . . . . merah
         Ku lihat demokrasi tersungkur merah
               . . . . . di pinggir jalan

    cuba melutut
      cuba menyiku
        cuba mendagu

            enggang menutup matanya . . . . .
                 untuk kali terakhir

Ramai tak membantu
Ramai tak mengerti

Enggan sedar
Semangat ini
     berpahatkan pada cinta
         bernafaskan pada keadilan
            berkorban untuk kebebasan

Selagi diri ini belum menemui lahad
Selagi itulah jiwa ini bertindak
    mendedahkan sistem kapitalis
      bersama konco-konco politik
        yang pincang ini

(ditulis setelah penahanan 6 orang dibawah EO (ISA))

Categories

Pengikut