FAKTA-FAKTA: HARI PEKERJA ANTARABANGSA 1 MEI



Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei adalah hari raya perpaduan dan perjuangan bagi rakyat pekerja seluruh dunia. Pada tahun 1866, sidang Internasional Pertama di Geneva telah mengemukakan slogan sistem kerja 8 jam. Pada 1 haribulan Mei tahun 1886, 200 ribu orang buruh di Chicago, Amerika Syarikat mengadakan mogok besar menuntut pelaksanaan sistem kerja 8 jam. Melalui perjuangan berdarah, kaum buruh akhirnya memperolehi hak sistem kerja 8 jam.



Pada bulan Julai 1889, dalam kongres penubuhannya di Paris, Internasional Kedua memutuskan untuk menjadikan 1 Mei sebagai simbul perpaduan, perjuangan dan kemenangan kelas pekerja, sebagai hari pekerja antarabangsa.

Semenjak itu, kaum pekerja berbagai negara pun mengadakan perarakan peringatan atau kegiatan-kegiatan lainnya pada 1 Mei setiap tahun. Kaum pekerja negara kita mulai mengadakan kegiatan-kegiatan memperingati Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei secara besar-besaran sejak penghujung tahun-tahun 30-an atau menjelang tahun-tahun 40-an.

1 ulasan:

selamat hari pekerja

Reply

Categories

Pengikut