MASA SEJARAH PKM

Pada 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. PKM adalah parti politik pertama ditubuhkan di Malaya.

PKM menjadikan Marxisme-Leninisme sebagai ideologi pembimbing dan bercita-cita untuk mendirikan sebuah negara merdeka Republik Sosialis Rakyat Malaya.

MASA SEJARAH PKM

1. April 1930 hingga Disember 1941 – Masa pertama, perjuangan bawah tanah sebelum Perang Dunia Kedua



- Awal 1930-an, PKM menerangkan kebenaran revolusioner, menyebarkan fikiran komunisme, mendirikan Liga Pemuda Komunis dan Kesatuan Buruh Merah dan menjalankan pekerjaan revolusioner di bawah syarat yang amat sulit

- 1935 memimpin pemberontakan kaum buruh di Batu Arang Selangor dan mendirikan soviet buruh. Pada tahun yang sama memimpin kaum tani Tampin, Negeri Sembilan mengadakan pemberontakan dan mendirikan soviet tani.

- 1935, Jawatankuasa Pusast PKM telah disusupi ejen dalam selimut Lai Te yang menyamar sebagai wakil Internasional Ke-3 dan merebut pimpinan tertinggi PKM pada tahun 1939. Sejak itu pimpinan pusat PKM  sentiasa dikhianati, kader pimpinan PKM tak putus-putus ditangkap kaum penjajah

- 1937- sesuai dengan keputusan Internasional, PKM membentuk front persatuan anti-fasis.


2. Disember 1941 hingga Ogos 1945- Masa Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun

- 8 Disember 1941, fasis Jepun mencetuskan Perang Pasifik dan menjalarkan api perang pencerobohan itu ke negara kita. PKM mengubah polisi terhadap penjajah British, begitu juga  penjajah British terpaksa mengatur semula polisinya terhadap PKM. Penjajah British telah membebaskan 200 orang kader PKM dari penjaranya.

- 15 Februari 1941, tentera British mengibarkan bendera putih di Singapura

- 1 Januari 1942, PKM merasmikan Rejimen Pertama TAJRM, kemudian berturut-turut mendirikan 7 rejimen lagi

- 1 September 1942, PKM telah menyelenggarakan sidang Sidang Lengkap Diperluas Ke-8 Jawatankuasa Kerja Pusat. Tapi sidang itu telah dikhianati oleh Lai Te. 2,000 orang lebih pasukan terpilih fasis Jepun mengepung tempat persidangan yang beranggotakan 30 orang sahaja. 9 orang kader pusat, 6 pengawal dan 3 pembantu telah gugur.

- 7 Mei 1943, organisasi PKM telah menyusun rancangan lari dari penjara Pudu.100 orang lebih tahanan (sebahagian besarnya anggota PKM) telah berjaya melarikan diri.

- Pertengahan tahun 1944, PKM dan Parti Komunis Thailand bersama-sama menubuhkan pasukan bersenjata anti-Jepun di kawasan sempadan Malaya-Thai

- Dalam tempoh 3 tahun 4 bulan, TAJRM telah melakukan 340 kali lebih pertempuran menentang fasis Jepun, membasmi askar Jepun 5,500 orang lebih, merampas sejumlah senjata serta merosakkan perlengkapan dan bekalan perang musuh.

- Melalui perang tersebut, barisan PKM berkembang menjadi 8,000 lebih, pasukan TAJRM berkembang menjadi 10,000 orang lebih (8 Rejimen) dan menyusun puluhan ribu pasukan lasykar rakyat.

3. Ogos 1945 hingga Jun 1948: Masa Perjuangan Damai Sesudah Perang Dunia Kedua

- 15 Ogos 1945, fasis Jepun menyerah diri tanpa syarat.

- Kerana pengkhianatan Lai Te, PKM tidak mengisytiharkan kemerdekaan, sebaliknya menerima semula penjajah British balik ke Malaya.

- 1 Disember 1945, TAJRM dibubarkan

- Mulai Disember 1946, Jawatankuasa Pusat PKM mulai melancarkan perjuangan terhadap Lai Te. Pada bulan Mei 1946, PKM telah mengenalpasti Lai te adalah ejen dalam selimut dan menendangnya keluar dari parti.

- Sepanjang tempoh masa ini, PKM telah menyusun kaum buruh, kaum tani, nelayan, pelajar dan lain-lain lapisan masyarakat berbagai kaum. Bekerjasama erat dengan PKMM, API, AWAS, BTM dan lain-lain dan kemuncaknya mendorong penubuhan PUTERA-AMCJA

4. Jun 1948 hingga Disember 1989: Masa Perang Pembebasan Nasional Anti-British

- 20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara, mengharamkan parti-parti politik yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Di bawah syarat demikianlah PKM telah mengeluarkan seruan mengangkat senjata melawan penjajah British untuk kemerdekaan tanah air.

- 8 Rejimen pasukan TAJRM yang dibubarkan dipulih semula. Sementara itu, sebahagian pemimpin dan anggota PKMM, API/PETA, AWAS, Barisan Tani Malaya dan Kesatuan Buruh Melayu juga telah menyahut seruan melawan undang-undang darurat penjajah British dengan senjata dan merebut kemerdekaan tanah air.

- 1 Februari 1949, PKM telah merasmikan pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM)

- Pada 21 Mei 1949, PKM telah merasmikan Rejimen Ke-10, sebuah pasukan TPNM Melayu dipimpin Abdullah C.D.. Sejak itu, api perang menjalar ke serata pelusuk tanah air.

- Tahun 1950, UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah menukar slogannya dari Hidup Melayu kepada Merdeka. Perjuangan bersenjata pimpinan PKM dan perjuangan bukan bersenjata oleh UMNO telah memberikan pukulan yang amat berat ke atas penjajah British sehingga akhirnya terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947.

- 1955, setelah Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, PKM secara inisiatif meminta Tunku mengadakan rundingan bagi menamatkan peperangan antara kedua pihak. Akan tetapi, Tunku tidak berniat mahu memberhentikan peperangan, hanya mahu menggunakan rundingan tersebut sebagai modal tawar menawarnya dengan Inggeris sahaja.

- 1957, Malaya diiktiraf kemerdekaan, tapi Tunku terus melancarkan perang ke atas PKM dan berlakulah perang saudara.

- Pada bulan Jun 1982, Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung TPNM telah memutuskan menukar nama TPNM menjadi TRM (Tentera Rakyat Malaya), tetapi lambang dan disiplin tentera tidak berubah.

- 1989, Suatu persetujuan untuk menamatkan perang telah ditandatangani oleh ketiga pihak – Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM pada 21 Disember di Hadyai, Selatan Thai. Di bawah perjanjian tersebut, ketiga-tiga pihak telah memberhentikan permusuhan bersenjata, PKM telah membubarkan pasukan TPNM dan memusnahkan semua senjatanya.

- Selepas persetujuan damai tersebut, PKM memutuskan untuk tidak lagi aktif dalam politik tanah air, tetapi masih memelihara barisan pimpinannya untuk membantu bekas perajurit TPNM atau TRM yang menetap di 4 buah kampung perdamaian di Selatan Thailand.

1 ulasan:

Tanpa Nama mod

betul ke penubuhan pkm di kuala pilah

Reply

Categories

Pengikut