MAJLIS PELANCARAN BUKU MINDA TERTAWAN

minta tertawan.jpgMajlis Pelancaran Buku  MINDA TERTAWAN Intelektual,Rausyanfikir dan Kuasa
2:30 Petang , 9hb April 2011

   



Salam sejahtera,

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku MINDA TERTAWAN Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, di tulis oleh Raja Ahmad Aminullah.
Dijemput semua teman-teman dan pelanggan-pelanggan untuk hadir ke majlis pelancaran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut disamping melibatkan diri dalam diskusi berkenaan Minda Tertawan, Kemiskinan Intelektual.



Majlis Pelancaran Buku : MINDA TERTAWAN -- Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
Diskusi: Minda Tertawan, KEMISKINAN INTELEKTUAL
Tarikh: 9hb April, 2011
Masa : 2.30 Petang - 5.00 Petang
Tempat: Bilik Wawasan, Rumah Universiti , Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Di Rasmikan oleh: Saudara Baha Zain


Sesi Diskusi

Penyelaras: Haris Zalkapli (Penulis, editor Akhbar Siasah 2006-2010)
Ahli Panel: 
1) Prof. Dr Syed Husin Ali (Ahli Dewan Negara, Penulis)
2) Prof. Dr Zakaria Ali (Prof. Sejarah Seni, Penulis)
3) Tan Sei Hon (Penulis, Kurator)
4) U-Wei Hj. Shaari (Pembikin Filem)


Minda Tertawan merupakan sebuah buku yang mengemukakan pandangan-pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga academia di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik.

Minda Tertawan juga mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan.

Minda Tertawan mencabar minda dan mencuit nurani menanyakan apa pendirian anda selaku intelektual berdepan dengan pelbagai persoalan tanahair dan rakyat.



Sebarang persoalan sila hubungi Chong Ton Sin 016-379 7231 @ SK Chua

019-352 3864




Minuman Petang juga turut disediakan.

Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda!!! 

Categories

Pengikut