BELASUNGKAWA UNTUK MENDIANG AH CHENG

BELASUNGKAWA UNTUK MENDIANG AH CHENG


Ah Cheng, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang terpuji, ahli revolusioner proletariat, pejuang revolusioner yang taat setia, pimpinan yang lama teruji dan anggota politbiro Jawatankuasa Pusat PKM telah meninggal dunia di Hospital Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada pukul 1.00 tengah hari, 30 Mac 2011 dalam usia 92 tahun.

Pada 7 April 2011,  upacara pembakaran jenazah Mendiang Ah Cheng yang diiringi doa selamat oleh sekumpulan Sami Buddha telah diadakan di sebuah kuil Buddha di Bandar Betong. Upacara itu  dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan seperjuangan mendiang. Mej. Gen Chamlong, Timbalan Panglima Ketumbukan Ke-4 dan Datok Bandar Betong telah menghadiri  upacara tersebut.



Rakan seperjuangan mendiang dari Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Yaha dan Kampung Perdamaian Sukhirin telah menghantar wakil untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang.
Mendiang Ah Cheng
suasana upacara

Jenazah Mendiang Ah Cheng di ruangan upacara

Mej. Gen. Chamlong bergambar dengan wakil dari Kampung Perdamaian Sukhirin

Ahli keluarga dan rakan seperjuangan Ah Cheng

Kalungan Bunga dari berbagai wakil

Sami Buddha membaca doa

Categories

Pengikut