ROZIAH: SERIKANDI PAHANG UTARA

KAWAN ROZIAH, SERIKANDI PAHANG UTARA

Perajurit wanita Rejimen Ke-10 dalam latihan "bergelut dengan tangan kosong"
Di antara beberapa banyak putera puteri terbaik Sungai Pahang, Kawan Roziah adalah salah satu daripadanya yang telah menyumbangkan jiwa raga dan darah segarnya demi usaha kemerdekaan dan pembebasan ibu pertiwi. Kawan Roziah beradal dari Kampung Peruang, Mukim Budu, Daerah Benta, Pahang.

Sebagai seorang anak tani berumur awal 20-an, Kawan Roziah seperti mana wanita-wanita lain tidak bersekolah, buta huruf. Akan tetapi beliau berusaha belajar sendiri dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Sebagai seorang wanita progresif beliau berjuang keras bukan sahaja menentang penjajahan untuk kemerdekaan tanah air, tetapi juga berjuang untuk melepaskan belenggu feudalism yang mengongkong kaum wanita. Kerana semangat perjuangannya yang luar biasa, beliau pernah terpilih sebagai wakil pergerakan Awas daerah Benta untuk menghadiri kongres Awas yang pertama di Kanjang, Selangor pada tahun 1947.



Kesedaran nasionalisme Kawan Roziah bukan muncul secara kebetulan. Kira-kira 60 tahun sebelum itu, di kampung halamannya pernah muncul pahlawan Melayu terbilang Mat Kilau memimpin kaum tani Melayu kawasan sekitarnya melancarkan perjuangan untuk menghalau penjajah British. Angkatan ini bergabung dan bekerjsama dengan angkatan Datok Bahaman melancarkan perang menggegarkan kekuasaan Inggeris di Pahang. Di medan perang, angkatan Mat Kilau dan angkatan Bahaman telah dapat mengalahkan angkatan penjajah Inggeris. Darah mengalir memerahi Sungai Teka. Perkubuan Mat Kilau dan Bahaman di kawasan sana dikenal dengan nama Kubu Napam. Sehingga darurat 1948, kesan-kesan perkubuan yang hampir luput itu masih dapat dilihat. Perjuangan gagah berani menentang Inggeris ini telah mecambahkan benih anti-British di dalam diri Roziah.

Pada pertengahan tahun-tahun 40-an, kader-kader PKMM dan PKM telah tiba di Benta. Gelombang kemerdekaan dan pembebasan umat yang dibawa oleh kedua-dua pertubuhan tersebut telah membajai benih patriotism rakyat Benta. Di bawah kesedaran baru ini, rakyat peruang telah disusun dalam API (kemudian PETA) dan AWAS, berjuang untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Ketika kesedaran masyarakat semakin meningkat dan perjuangan anti-British semakin menggelora, kaum penjajah British telah mengisytiharkan undang-undang darurat pada bulan Jun 1948 dalam mana PKM, PKMM, API, AWAS dan lain-lain yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan tanah air telah diharamkan. Ketika itu organisasi revolusioner Kampung Peruang terputus hubungan dengan pihak organisasi . Akan tetapi, dalam masa itulah Kawan Abdullah C.D. yang menjadi wakil PKM melalui Kampung Peruang dalam perjalanannya ke Kuala Lipis. Pergerakan revolusioner kampung Peruang menuntut pimpinan Abdullah C.D. memberikan kursus dan latihan mepada mereka untuk mendirikan pasukan gerila. Sejak itu satu gerup demi satu gerup pemuda pemudi revolusioner datang menerima kursus dan latihan militeri. Pergerakan gerila di situ telah berkembang meluas sampai ke daerah Benta bahkan sampai ke Bandar Benta. Akan tetapi ketika itu mereka belum ada senjata.

Dalam suatu mesyuarat, Abdullah C.D. telah membentangkan kepada mereka bahawa perang anti-British yang sedang berkobar sekarang adalah perang rakyat, perang untuk kemerdekaan tanah air. Kita harus mendirikan pasukan tentera gerila. Tugas mendesak kita sekarang ialah pertama harus mencari senapang dan kedua harus mendapatkan bekalan makanan dan wang. Atas perkara mendesak ini, pemuda-pemudi di situ sanggup bekerja keras mendapatkan senjata dah bahan makanan. Kawan Roziah atas nama pergerakan Awas sanggup mendpatkan 3,000 gantang padi manakala para pemuda pula sanggup mengutip derma dan mencari senapang.

Kedatangan Abdullah C.D. ke situ sebagai suatu rahat bagi mereka. Untuk menjaga keselamatan Abdullah C.D., Kawan Roziah dan anggota AWAS lain mendirikan kawalan di simpang-simpang jalan dengan cara mereka tersendiri, ada yang membuat kedai kecil menjual air batu, ada yang berpura-pura sedang mengerjakan tanah dan lain-lain. Pendek kata semua semua gerak geri hantu penjajah akan diketahui oleh mereka dan kaum pemuda pula akan segera bertindak.

Pada suatu petang, ketika Abdullah C.D. sedang memberikan latihan militeri kepada satu regu pemuda, tiba-tiba Kawan Roziah datang bersama 30 orang pemudi ke situ. Pada mulanya Abdullah C.D. menyangka mereka datang untuk melihat sahaja, tetapi Roziah tampil ke depan minta supaya semua wanita ini diberikan latihan militeri. Beliau berkata, kami semua nak jadi tentera.

Mendengar ucapan Roziah tersebut, Abdullah C.D. menjadi terpegun lalu bertanya untuk kepastian: “Wanita pun nak jadi tentera?”

Mereka secara serentak menjawab: “Ya, kami semua nak jadi tentera”.

Abdullah C.D. memberitahu: “Mulai dari sekarang, kamu semua boleh menjadi lasykar rakyat. Kewajipan peringkat sekarang ialah menjaga keselamatan kampong dan membuat kerja kawalan dengan baik”.

Sejak itu 30 orang wanita itupun tampil kedepan memegang sebatang kayu sebagai senjata menerima latihan militer.

--bersambung dengan SERIKANDI ROZIAH BERJUANG DENGAN GIGIH, BERKORBAN DENGAN PERWIRA

Categories

Pengikut