LAWATAN RAKAN SEPERJUANGAN DARI BANLANG

24 Mac 2011 –Seramai 9 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Banlang (Ban Chulabhorn Patana 9) melawat rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin. Lawatan mereka khusus untuk melawat ibu Suriani yang kini sedang uzur dan sakit tenat di samping bertemu dan bertukar pengalaman dengan Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan dari Rejimen Ke-10. 
bersama rakan seperjuangan di Sukhirin
Kesemua mereka adalah pejuang veteran yang pernah sama-sama berjuang di Rejimen Ke-10 pada tahun-tahun 1960-an atau yang pernah ikut serta dalam perkumpulan besar Sekolah Parti Pertama Utara Malaya yang diadakan di kawasan basis Rejimen Ke-10 Kawasan Kuala Kail, Banang Star, Yala pada tahun 1962.


beramah tamah di rumah  Abdullah C.D.

 bertukar pengalaman

Kampung Perdamaian Banlang atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 9 adalah salah sebuah dari 4 kampung perdamaian yang didirikan selepas penandatanganan perdamaian Hadyai pada tahun 1989, terletak kira-kira 40 km dari Bandar Banang Star di Wilayah Yala. Teristimewa kampung perdamaian Banlang ialah warganya terdiri dari kawan-kawan Melayu dan kawan-kawan Thai dengan majoriti kawan Cina. Kemasukan ekonomi warga bergantung pada getah dan buah-buahan.

Roshak
Seorang bekas perajurit Melayu bernama Roshak memberitahu, kalau dicampurkan kawan-kawan kita dan orang luar, jumlahnya (orang Melayu) hampir 40 orang. Tapi yang benar-benar menetap di situ  kira-kira 20 orang lebih sahaja. Kawan-kawan Melayu di situ terpaksa keluar ke kampung jiran yang jaraknya kira-kira 17 kilometer untuk menunaikan sembahyang Jumaat.


tasik Banlang pemandangan dari sisi kampung perdamaian Banlang

Di Kampung Perdamaian Banlang, terdapat sebuah muzium sejarah, sebuah tugu peringatan kesatria, sebuah rumah menyimpan abu jenazah (untuk kawan-kawan cina dan Thai). Sebuah tasik yang terbentang luas yang terjadi akibat pembinaan empangan hydroelekrtik Banlang dapat dilihat dengan jelas di kampung perdamaian ini. Di tasik ini terdapat ikan air tawar seperti tengas, kelah, baung dan lain-lain yang tinggi nilai komersialnya. Di ulu sungai pula terdapat binatang-binatang hutan seperti gajah, harimau, seladang, rusa dan lain-lain yang hidup bebas dalam habitat asal.

Tugu Kesatria di Kampung Perdamaian Banlang

Muzium Kampung Perdamaian Banlang

1 ulasan:

Abu Mukhlis mod

baru kali ini aku dapat melihat wajah-wajah pembunuh atuk dan nenek aku...

sesungguhnya kekejaman ini aku boleh maafkan, kerana aku berserah kepada Yang Maha Esa.. tetapi aku tidak akan sekali-kali mengakui mereka ini pejuang kebangsaan .. tetapi emreka adalah pemberontak yang sepatutnya dibunuh semasa hayat yang lalu...

Reply

Categories

Pengikut