KAWAN SHIE ZUI SHENG - PUTERI PULAU PINANG YANG TEGUH


Shie Zui Sheng (wanita) dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Cina juga pernah belajar di sekolah Inggeris.

Sejak kecil lagi beliau telah menceburkan diri dalam gerakan palajar dan kemudian menjadi anggota PKM. Ketika fasis Jepun menceroboh Malaya pada penghujung tahun 1941, beliau dipindahkan ke Selangor.  Pada tahun 1942, beliau ditangkap oleh lanun Jepun dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun.


Pada bulan Mei 1943, meletus perjuangan tahanan politik melarikan diri dari penjara Kuala Lumpur. Beliau dapat keluar dari penjara, tetapi tercedera dan pengsan. Beliau ditangkap dan dipenjarakan semula oleh fasis Jepun. Perjuangan melarikan diri dari penjara ini dirancangkan organisasi PKM bersama dengan tahanan jenayah dalam penjara. Di waktu senja hari tersebut, kawan-kawan PKM terlebih dahulu menahan warder, meminta warder menyerahkan anak kunci lalu membuka pintu sel satu lepas satu. Hanya pintu sel dalam satu blok yang tak dapat dibuka. Mereka segera melancarkan serbuah melarikan diri dari penjara, sejumlah besar tahanan politik dan tahanan jenayah telah berjaya merempuh keluar dari penjara. Hanya sebilangan kecil kawan tertangkap semula.

Pada penghujung Ogos 1945, fasis Jepun menyerah diri, Kawan Shie Zui Sheng dibebaskan dari penjara. Beliau ditugaskan balik ke Pulau Pinang untuk bertanggungjawab mendirikan Lembaga Pemuda.

Kerana gerakan pemuda di Pulau Pinang sudah ada sasas yang kuat sebelumnya,  tidak berapa lama, banyak bahagian Lembaga Pemuda didirikan secara berturut-turut. Kawan Shie Zui Sheng telah dipilih sebagai Setiausaha Lembaga Pemuda Pulau Pinang. Ketika kongres Pemuda Se-Malaya diselenggarakan dan ibu pejabat Lembaga Pemuda Demokrasi Baru Se-Malaya dibentuk, Kawan Shie Zui Sheng dipilih sebagai Timbalan Ketua ibu pejabat Lembaga Pemuda Demokrasi Baru.

Kawan Shie Zui Sheng mempunyai kewibawaan yang tinggi baik di kalangan pemuda mahupun di kalangan massa rakyat. Ini adalah kerana beliau telah menempuhi berbagai ujian berat di dalam penjara, mempunyai pendirian revolusioner yang teguh, bertanggungjawab serta memiliki langgam kerja yang baik, sentiasa menerima kritik dan mengkaji kekurangan sendiri dengan ikhlas hati, peramah dan mudah didekati, memperhatikan kehidupan massa, hangat mencintai massa dan rakan seperjuangan. 

Tahun 1946, untuk memperingati “hari 15 Februari” (hari kejatuhan tentera British dan kedatangan fasis Jepun), organisasi PKM telah menyelenggarakan rapat peringatan secara besar-besaran di seluruh Malaya untuk mendedahkan watak reaksioner dan pengecut kaum penjajah British. Akan tetapi pihak penjajah British yang ganas dan jahat telah menghalangnya. Manakala organisasi PKM dan organisasi-organisasi massa revolusioner menyelenggarakan rapat peringatan itu tanpa menghiraukan larangan kaum penjajah. Untuk merosakkan rapat raksasa tersebut, penjajah British telah menghantar tentera dan polisnya dimerata tempat, bahkan di sesetengah tempat seperti di Labis dan lain-lain di Johor, kaum penjajah telah menembak mati ramai massa dan anggota PKM. 

Di Pulau Pinang, Kawan Shie Zui Sheng memimpin Liga Pemuda Demokrasi  Baru ikut serta rapat tersebut bersama-sama dengan kaum buruh, berarak dan menunjuk perasaan di jalan-jalan. Sekalipun penjajah British memasang machinegun di simpang-simpang jalan dan menghalakan muncung senapangnya ke arah barisan perbarisan penunjuk perasaan dan memancutkan canon water, tetapi Kawan Shie Zui Sheng dan lain-lain tetap dengan gagah perkasa berjalan di barisan hadapan perjuangan. Kumpulan massa membentuk tembok waja dengan berganding tangan bahu membahu melakukan pergelutan dengan musuh. Didalam perjuangan itu Kawan Shie Zui Sheng  dan lain-lain telah ditangkap oleh kaum penjajah British. Akan tetapi menerusi perjuangan yang gigih dari kawan-kawan dan adanya tekanan yang kuat dari massa, beberapa jam kemudiah kaum penjajah terpaksa membebaskan kawan-kawan yang ditangkap tersebut.

Jun 1948, Perang Pembebasan Nasional meletus, Kawan Shie Zui Sheng di hantar ke Johor selatan bertanggungjawab  kerja di dalam Jabatan Propaganda Jawatankuasa Parti Wilayah Johor Selatan. Kekasihnya Kawan Yang Ching Ching bertanggungjawab kerja dalam Jabatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Johor Selatan merangkap pekerjaan di Singapura. Pada tahun 1951, Kawan Shie Zui Sheng diangkat menjadi anggota Jawatankuasa Parti Wilayah Johor Selatan.

Johor Selatan adalah satu kawasan yang sangat luas, kawasan hutannya tidak besar, berdekatan dengan Singapura, kawasan-kawasan yang luas adalah ladang getah, kebun kelapa, kebun nenas  dan lain-lain. Penjajah British tak putus-putus melancarkan kempen kepung basmi, oleh itu syarat-syarat untuk mempertahankan perang gerila adalah sangat sulit. Waktu itu banyak pasukan di Johor Selatan telah dipindahkan ke utara sedangkan Kawan Shie Zui Sheng dan Yang Ching Ching ditugaskan memimpin perjuangan di sana. Meskipun perjuangan begitu berat dan rumit, sering kali harus bertempur melawan musuh, namun mereka berpendirian teguh tak gentar menghadapi kesukaran, memperlihatkan semangat heroism revolusioner yang berkobar-kobar.

Tahun 1956, situasi perjuangan bersenjata di seluruh negara mengalami kemerosotan. Justeru di dalam keadaan sedemikian, Kawan Shie Zui Sheng  telah menulis sepucuk surat panjang disertai dengan sekeping gambar beliau dan pasangannya Yang Ching Ching untuk dihantar kepada rakan seperjuangan di luar negeri. Dalam surat itu beliau menyatakan bahawa walaupun perjuangan dan kehidupan mereka pahit getir dan bergolak, harus selalu memetik pucuk-pucuk tumbuhan liar dan menangkap ikan untuk mengisi perut, akan tetapi mereka tetap bersikap optimis terhadap perjuangan. Biar dalam keadaan apapun mereka akan mempertahankan perjuangan sampai akhir, akan berjuang seumur hidup demi tanah air.

Pada tahun 1958, perjuangan makin hari makin sukar, tapi Kawan Shie Zui Sheng dan Yang Ching Ching dengan teguh memimpin perjuangan di Johor Selatan. Hingga penghujung tahun 1958, mereka gugur dalam pertempuran menentang tentera penjajah British.
Darah mereka telah memerahi jalan perjuangan untuk menghalau penjajah British demi kemerdekaan tanah air. 

Abadilah kesatria tanah air!

Sumber: Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

Categories

Pengikut