KAMPUNG BARU DENGAN KERAKUSAN MODAL BIROKRAT


Jangan ganggu Kampung Baru 

http://www.aminiskandar.net



Perdana menteri bertukar. Menteri-menteri juga bertukar. Kesemuanya dengan agenda untuk mengambil alih Kampung Baru dari penduduk-penduduk Kampung Baru kerana tamakkan komisen yang bakal diterima jika agenda jahat ini berjaya.

Terbaru agenda untuk mengambil alih Kampung Baru dibawa oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Kata seorang makcik,

“Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.

“Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?”
katanya. Baca seterusnya disini.

Kampung Baru adalah kampung bagi orang-orang Melayu yang terakhir di Kuala Lumpur. Kedudukannya yang strategik menyebabkan ramai "Cukong" dan "Pemodal" yang geram dengannya.

Pemimpin menjadi buta mata dan hati akibat ganjaran yang diterima jika Kampung Baru berjaya dirampas. Apabila tiba masa tanah Kampung Baru dirampas nanti, apakah pimpinan NGO-NGO Melayu seperti Perkasa akan mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan hak penduduk Kampung Baru?

Bagaimana pula dengan parti Melayu tertua seperti Umno? Apakah mereka juga akan bersama dengan rakyat Kampung Baru? Atau cukong-cukong dan pemodal telah memegang "telur" mereka?

Penduduk Kampung Baru harus berjuang bermati-matian untuk mempertahankan hak mereka. Jika terlepas, pasti tidak akan kembali lagi.

Categories

Pengikut