ANAK-ANAK KAMPUNG PERDAMAIAN

22 Mac - Upacara menyampaikan sijil penamatan sekolah tadika untuk seluruh Tambun Sukhirin telah diadakan. Kira-kira 40 orang kanak-kanak dari sekolah tadika berbagai kampung di Tambun Sukhirin (8 daripadanya anak-anak Kampung Perdamaian) menerima sijil tersebut. Mereka mulai masuk ke sekolah tadika berumur 3 tahun dan tamat setelah mendapat asuhan selama 2 tahun. Memasuki umur 5 tahun, mereka akan meneruskan pelajaran di kelas pra-sekolah selama 2 tahun sebelum memasuki darjah 1.

Seorang anak dari Kampung Perdamaian Sukhirin tampil ke atas pentas menerima sijil kelulusan



8 orang kanak-kanak dari Kampung Perdamaian Sukhirin berbaris menunggu giliran

bergambar bersama guru pengasuh dengan sijil masing-masing


Dua pasangan kembar turut menerima sijil kelulusan

Categories

Pengikut