TERIMA KASIH ROMBONGAN CIKGU ISHAK SURIN

Pada 12-13 Februari, Cikgu Ishak Surin bersama rombongan yang terdiri dari Saudara Ali Maidin, Saudara Radhi Hashim dan Saudara Tarmizi Mohd Jam telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin. Dalam kunjungan singkat tersebut Cikgu Ishak Surin dan anggota rombongannya telah memberikan derma kepada Masjid Darul Aman dan kepada  Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin. Teristimewa sekali mereka telah menghadiahkan 50 buah  Al-Quran. Semua derma ini disumbangkan langsung melalui Bapa Abdullah C.D.. Jawatankuasa Masjid akan membahagikan sebahagian daripada Al-Quran itu kepada guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kepada anak-anak  yang menuntut di sekolah agama.

Bagi pihak Bapa Abdullah C.D. dan seluruh warga Kampung Perdamaian Sukhirin, kami merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan tersebut.

Dalam perbualan dengan Abdullah C.D., banyak kenangan lama terutama gelora perjuangan kiri bersama Ahmad Boestamam dicungkil keluar. Bapa Abdullah C.D. menceritakan bahawa sebelum beliau menyertai perjuangan bersenjata, suatu persetujuan telah dibuat antara beliau, Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Mengikut Bapa Abdullah C.D., beliau dan Ahmad Boeatamam akan masuk hutan melakukan perang gerila manakala Dr. Burhanuddin akan bergerak bawah tanah di Singapura. Akan tetapi malangnya, tak lama selepas itu Boestamam ditangkap dan dipenjarakan oleh kaum penjajah.





Ali Maidin menyampaikan derma wang untuk muzium

Cikgu Ishak Surin menyampaikan derma wang untuk Masjid Darul Aman

Saudara Tarmizi menyampaikan hadiah Al-Quran

bersembang panjang dengan Abdullah C.D.

sarapan di ruang makan tetamu

Abdullah C.D. memperkenalkan keadaan kampung

2 ulasan

Pilu bila mengenangkan perjuangan saudara semua dalam memerdekakan tanah air Malaya. Sanggup menginap dalam hutan lebih 41 tahun semata-mata mahu menghalau syaitan akhbar bernama penjajah British.

Semoga perjuangan kalian yg selama ini disalah tafsir, ditohmah oleh pemimpin kjaan sebagai jahat dan kejam dapat dicerahkan.

Peristiwa Bukit Kepong yang difilemkan cukup temberang dan propaganda niat mereka bagi menggambarkan penjajah itu baik dan komunis itu jahat.

Tiga buku memoir Pak Abdullah CD cukup mengesankan dlm pembacaan saya. Dari dulu memang saya tak percaya langsung Tunku dan sekutunya Umno adalah pejuang kemerdekaan.

Malang bagi rakyat, orang upahan penjajah dianggap pejuang kemerdekaan sedangkan pejuang tulen yang sengsara dan derita menghalau penjajah dituduh jahat semata-mata kerana menjadikan komunis sebagai medium.

Apapun, teruskan kehidupan baru dengan lebih yakin di Kg Perdamaian, bagi menoktahkan hari-hari terakhir seorang pejuang tulen.

Reply

Mak ckp che dat ni atok sedara sy.. pas sy search google jmp blog ni sy percaya..

Reply

Categories

Pengikut