SANGGAHTOK SAGO: Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?

Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?


Chin Peng bersama Abdullah CD dan Suriani

Mohd Sabu juga pernah mengunjungi Che Dat atau Abdullah CD di Perkempungan Damai Shukirin, Narathiwat

Orang tua ini, Chin Peng nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata.
Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya seperti dia dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri? Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.

Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? 

Tun Razak Husin, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.

Categories

Pengikut