BUKU BARU: SITI NORKIAH SERIKANDI PAHANG UTARA


Tajuk: Siti Norkiah Mahmud: Serikandi dari Pahang Utara
Penulis: Dr. Mohammed Salleh Lamry
Penerbit: Strategic Information and Research Development (SIRD) Centre
Tahun: 2011
ISBN: 9789675832109
Harga: RM20.00 / S$13.00
Muka surat: 177

Perjuangan kemerdekaan di luar arus perdana, yang diwakili oleh golongan nasionalis kiri, bukan saja melahirkan wira yang gagah berani seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anuar, Ibrahim Chik dan Abu Samah Mohd Kassim, tetapi juga sreikandi yang cekal dan gigih seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Zainab Mahmud dan Siti Norkiah Mahmud. Berbanding dengan adiknya Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud mungkin kurang dikenali. Akan tetapi, perjuangan Siti Norkiah tidak kurang hebatnya dengan bermula sebagai Ketua AWAS Pahang (1946-1948).



Siti Norkiah yang berasal dari Pahang Utara kemudian bergerila di Pahang selama kira-kira 5 tahun (1948-1953) sebelum menyertai perjalanan jauh ke sempadan Malaysia-Thailand mulai awal 1953 hingga akhir 1954. Di selatan Thailand, selama kira-kira 35 tahun (1954-1989) antara lain, dia pernah bekerja menyusun massa selama bertahun-tahun, selain pernah mengikuti Pasukan Penggempur mara ke selatan (ke Kelantan). Dia menghabiskan hampir separuh daripada umurnya di medan perjuangan, dan hanya berhenti berjuang setelah termeterainya Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada tahun 1989. Dia berjuang dan bertarung nyawa untuk kemerdekaan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Akan tetapi, dia merasa bangga kerana telah ikut memberi sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan. Kisah hidup dan perjuangan Siti Norkiah, dari muda hingga ke tua, dibentangkan dalam buku ini, dengan harapan perjuangan dan jasanya akan difahami, dihargai dan diberi pengiktirafan.


Kepada yang ingin memiliki buku ini sila hubungi:


sird@streamyx.com atau gerakbudaya@pd.jaring.my

No. 11, Lorong 11/4E 
46200 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia 
Tel: (603) 7957 8343/8342 
Fax: (603) 7954 9202

2 ulasan

Cam maner nak beli?

Reply

Terima kasih kerana memperkenalkan buku ini di blog saudara.

(Mohamed Salleh Lamry)

Reply

Categories

Pengikut