KAWAN TAN CHAY WA GUGUR DI TIANG GANTUNG REJIM REAKSIONER KUALA LUMPUR


KAWAN TAN CHAY WA GUGUR DI TIANG GANTUNG REJIM REAKSIONER KUALA LUMPUR


Tan Chay Wa dengan tenang menjalani hukuman gantung demi kebenaran dan demi tanahair dan rakyat. Beliau adalah aggota Parti Komunis Malaya yang baik. Selama hayat dikandung badan, beliau menjawat anggota Jawatankuasa Daerah Barisan Pembebasan Nasional Malaya (kemudian ditukar nama menjadi Barisan Pembebasan Rakyat Malaya).

Pada 2 Jun 1979, Tan Chay Wa telah ditangkap oleh rejim reksioner Kuala Lumpur di sebuah ladang yang terletak di Jalan Kulai, Air Hitam, Johor. Setelah jatuh ke dalam cengkaman kuku syaitan, beliau sentiasa teguh tak berganjak dan taat setia pada revolusi baik di bawah siksaan yang kejam mahupun di dalam penjara.
Oleh itu Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang diarahkan rejim reaksioner telah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 21 Januari 1981. Tuduhan yang dilemparkan kepadaya ialah “melanggar seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana memiliki sepucuk pistol dan 7 biji peluru 0.32mm” ketika beliau ditangkap di suatu ladang dalam kawasan keselamatan. Tan Chay Wa menolak perbicaraan dan hukuman yang tidak adil ke atasnya serta membuat rayuan.
8 bulan kemudian, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Tan Chay Wa dan mengekalkan keputusan asal. Oleh itu, Tan Chay Wa diringkukkan ke dalam bilik mati Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Semasa itu, Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura di United Kingdom dan Ireland atau FUEMSSO telah membangkitkan pergerakan yang menggemblengkan kekuatan adil antarabangsa untuk menyelamatkan Tan Chay Wa dan tahanan-tahanan politik yang lain daripada dikenakan hukuman mati. Pergerakan ini telah mendapat sambutan positif dan sokongan yang kuat dari ramai tokoh terkenal dan pertubuhan-pertubuhan di Britain, Peranchis, Belanda, Jerman Barat, Amerika Syarikat dan lain-lain. Mereka beramai-ramai menulis surat atau menuntut Kerajaan Kuala Lumpur berhenti membunuh orang-orang yang dijatuhi hukuman mati di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, membenarkan negeri-negeri asing menerima tahanan-tahanan politik yang dijatuhkan hukuman mati dan mengizinkan Tan Chay Wa meninggalkan Malaysia. Pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik dalam negeri yang memperhatikan hak asasi manusia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aliran Kesedan Negara (Aliran),Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia, Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Pergerakan Pekerja Muda Kristian, Parti Gerakan Demokratik (DAP) dan lain-lain juga merayu kerajaan supaya menerima usulan Organisasi Gereja Peranchis yang sanggup menerima Tan Chay Wa dan menuntut pihak berkuasa supaya membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan akta-akta lain yang mencabuli hak asasi manusia.
Akan tetapi rejim reaksioner Kuala Lumpur tidak menghiraukan kritikan dan usulan pendapat awam yang adil di dalam dan luar negeri, tetap bertindak dengan nekad mengheret Tan Chay Wa dan tahanan-tahanan politik yang lain ke tiang gantung. Ketika digantung mati oleh rejim reaksioner Kuala Lumpur, pahlawan Tan Chay Wa baru berumur 35 tahun.

Mayat pahlawan Tan Chay Wa selamat dikebumikan di Singapura oleh keluarganya. Kerana batu nisan terukir cita-cita agung dan kisah-kisah perjuangan masa hayat pahlawan yang taat setia pada nusa dan bangsa, Tah Chu Boon, abang pahlawan telah dipenjarakan setahun oleh rejim reaksioner Lee Kuan Yew atas tuduhan “memasan batu nisan yang dianggap subversive” untuk adiknya.

Pada ulangtahun ke-2 pahlawan Tan Chay Wa dengantenang menjalani hukuman mati untuk memperjuangkan tujuan yang adil, atas permintaan rakan-rakan seperjuangan dan kaum patriot yang luas, Suara Demokrasi Malaya (SDM) menyiarkan beberapa buah surat terakhir dan sajak Pahlawan Tan Chay Wa menjelang menjalani hukuman gantung. Ini adalah khazanah rohaniah yang sangat bernilai yang ditinggalkan pahlawan kepada kita. Dari surat dan sajak ini orang ramai dapat melihat semangat kesuma bangsa terbaik dan putera terpuji seorang anggota Parti Komunis Malaya. Betapa luasnya penglihatan dan betapa murninya hati beliau yang tidak mementingkan diri sendiri. Sekalipun disaat menghadapi tiang gantung musuh, beliau tetap mengkhuatirkan nasib negara dan rakyat, memperteguh keyakinan akan kebenaran, tanpa sedikit rasa kesal, hanya berdukacita kerana tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri rejim-rejim reaksioner dikuburkan oleh rakyat pada akhirnya.

Sumber: Siaran Radio Suara Demokrasi Malaya

1 ulasan:

Bapa komunis kau kata pahlawan..gile ke?

Reply

Categories

Pengikut