KAWAN ADNAN, ORANG PERTAMA DIGANTUNG MATI SETELAH DARURAT

Adnan berasal dari Bangi Selangor adalah orang Melayu yang pertama digantung mati setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat pada bulan Jun 1948 kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Beliau adalah anggota PKMM dan JKM bahagian Selangor. 
Mengikut laporan yang disampaikan Kamarulzaman Teh, beliau, Adnan, Ganapathy dan lain-lain pernah ditempatkan dalam satu sel untuk menjalani hukuman gantung. Mereka adalah kumpulan pertama yang akan menjalani hukuman gantung kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Mereka yang dikenakan hukuman gantung itu amat tinggi semangat juangnya. Walau pun sudah tahu saat akan mati, tetapi semangat mereka menyala-nyala, mereka menyanyi dan lain-lain. Adnan dengan tegas menyatakan bahawa "saya adalah anggota PKM, berjuang untuk pembebasan rakyat, biarlah saya yang pertama menghadapi tali gantung penjajah".

- dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian 2


1 ulasan:

nak tanya...PRK Tenang, tenang terkenal berkaitan PKM (1) kisah mat Indera, (2) kisah 17 PKM mati ditembak di temayo, 4 Km dari Tenang (pekan Air Panas) ada cerita tak, dan kedudukan Bukit Kepong dari Labis(Tenang) hanya 25 KM, ada apa-apa ulasan

Reply

Categories

Pengikut