PERUTUSAN TAHUN BARU PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Sehari dua lagi, 2011 akan melabuh tirai dalam pekikan lantang sejagat menuntut pembaharuan. Dalam tahun 2012 yang bakal mengganti, insan dan umah berharap agar akan dapat menyongsong suatu zaman serba baru yang lebih bermakna. Pada saat menghantar yang lama dan menyambut yang baru ini, kami dengan takzim mengucapkan selamat Tahun Baru kepada semua rakan seperjuangan lama, sahabat lama, rakan baru serta semua yang berjuang demi mewujudkankan masyarakat yang lebih baik, mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan sihat wal’ afiat dan kelancaran dalam segala usaha.

Sepanjang tahun lalu, krisis ekonomi dalam negeri-negeri maju di Amerika dan Eropah berlanjutan selama tiga tahun lebih dan masih tidak namak tanda mereda, malah sebaliknya negeri-negeri Eropah terperlus ke dalam krisi hutang semakin tenat, di hadapan rakyat sedunia, sistem kapitalis itu telah mendedahkan lebih lanjut kepincangan yang membawa maut kepada dirinya sendiri. segala kepincangannya membuat orang lebih mengenali bahawa masyarakat itu bukanlah syurga bahagia. Kelembapan pembangunan ekonomi, ketenatan inflasi, melonjaknya angka penganggur yang dahsayat, kemerosotan kualiti kehidupan, dan bertambah hebatnya polarisasi antara yang kaya raya dengan yang papa kedana, telah menimbulkan ketidakpuasan amat hebat di kalangan rakyat massa. Pergerakan memprotes di mana 99 peratus umat dalam kesusahan menentang satu peratus oligarki yang membolot kekayaan, iaitu pergerakam “occupy” (menduduki) telah menyelubungi negeri-negeri maju.

Sepanjang tahun lalu, kuasa-kuasa hegemoni yang bermaharajalela atas nama nilai univarsal demokrasi dan hak asasi manusia telah menginjak-injak kedaulatan dan survival negeri-negeri yang lemah, secara paksa menukar pemerintah yang tidak mengikut arahannya; kuasa-kuasa itu mengerahkan segala kekuatan untuk memomokkan, memblok, mengepung, menghukum dan mengancam dengan perang terhadap bangsa dan negeri yang berani menetang hegemoninya. Kuasa-kuasa itu juga mengerahkan kekuatan-kekuatan keras dan lembut, secara paksa mengubah alam/dunia Arab dan Islam, mengakibatkan kemusnahan jutaan jiwa, kehancuran negara yang indah permai dan kelenyapan kampung halaman yang bahagia; maruah umah yang soleh dihina dan diinjak-injak dengan serangan pesawat dan roket. Kekuatan-kekuatan dajal itu masih menghasut dan mencucuh api di merata dunia, memperhebatkan pergeseran dan menimbulkan huru hara.

Di pihak lain, banyak negara membangun sedang menyelidik pelan jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negerinya di sepanjang laluan liku dan selekoh yang tajam. Negara-Negara kumpulan 20 (G20) amnya yang mewakili negara-negara selatan, telah memainkan peranan semakin penting dalam ekonomi sejagat, negeri-negeri China, India, Asean dan lain-lain khasnya sedang mengubah struktor politik dan ekonomi dunia.

Di dalam negeri kita, dari pilihan raya kecil Sarawak pada April hingga ke perarakan Berseh-2.0 menuntut pilihan raya umum yang berseh pada Julai, untuk kesekian kali menunjukkan hasrat kuat rakyat menuntut perubahan, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, memperjuangkan demokrasi dan keadilan. Dalam menghadapi trend zaman di mana “akan diubah jika tidak berubah lagi”, Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA berupa undang-undang drakonian, membentangkan serentetan plan transformasi yang merangkumi politik, ekonomi, budaya, pendidikan, pentadbiran dan kehakiman, melantangkan suara kononnya “transformasi lebih unggul daripada reformasi”, persis ia sedang menjulang tinggi-tinggi panji trasformasi. Akan tetapi, tema lagu trasformasi itu sentiasa tenggelam dalam lagu lama dan persembahan canggung politik perkauman, autokrasi dan penyalahgunaan kuas dari dalaman UMNO, nampaknya ia tiada niat sebasar zarah untuk berubah.

Namun begitu, laluan bagi rakyat menuntut reformasi masih berhalangan dan lekak-lekuk. Bagimanapun gelumbang demi gelumbang reformasi yang membadai kian kuat menerjah di setiap ruang dalam negeri. Rreformasi telah mejadi aliran sejagat. Rakyat semua bangsa dalam negeri sudah amat kecewa dan putus asa terhadap rejim yang rasuah, kurapsi, autokrasi dan menyalahgunakan kuasa yang memerintah selama setangah abad lebih itu, dan teramat mendambakan perubahan.

Ekonomi negara kita juga mnghadapi jalan sendat, transformasi tidak boleh tidak dilaksanakan jika hendak mengorak langkah menuju ke arah negara maju. Boleh dikatakan bahawa struktor lama tergoyah-goyah dalam ribut bergelora, order baru meronta-ronta dalam kesulitan yang wujud. Akan tetapi, kita tetap yakin akan ramalan dalam peribahasa “air boleh menimbuklkan perahu, namun boleh jua mengaramkannya”. Segala-galanya berpaksikan kepentingan rakyat, kekuatan dan parti yang berjuang demi kepentingan rakyat, pada akhirnya akan memenangi pendukungan rakyat, sedangkan semua golongan yang menjejaskan kepentingan rakyat, memungkiri kehendak rakyat, akhirnya akan disingkirkan oleh rakyat.

Dalam tahun 2012 akan diadakan Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13), kita berharap tahun yang baru ini bakal mendatangkan harapan baru dan membuka situasi yang baru.

ALFATIHAH DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM IBRAHIM CHIK

Terkejut mendapat berita berkenaan kepergian Allahyarham Ibrahim Cik, yang lebih kami kenali dengan nama Kawan Kamar (@ Kawan Alang). Al-Fatihah... .

Atas nama Kawan Abdullah C.D. dan Kawan Suriani, serta seluruh bekas anggota Rejimen Ke-10, kami menyatakan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga allahyarham. Semoga allahyarham dicucuri rahmat Illahi dan diletakkan bersama para syuhada sejati yang diredai oleh Allah s.w.t..

Jasa dan sumbangan allahyarham sentiasa dikenangi.


—— Kampung Perdamaian Sukhirin

30 Dis. 2011.






Selepas sembahyang Jumaat, Kawan Abdullah C.D. dan kawan-kawan bekas perajurit Rejimen Ke-10 bertahlil dan memanjatkan doa buat Allahyarham Ibrahim Chik.





KOMENTARI NOVEL: MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah

Abdul Halim Ali | Dec 23, 2011 04: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12568


Persoalan

Oleh kerana analisis novel bukan kekuatan saya, maka setelah membaca teks sms Nasir, saya bersedia secara mental dengan beberapa pertanyaan.  Apakah novel Nasir satu penyataan tentang tafsiran hidup?  Satu laporan tentang kehidupan real yang beliau harungi dan melintas titik-titik noktah?  Sebagai hiburan semata, awal-awal lagi ditolak pertanyaan itu.  Ringkasnya, apakah kebergunaannya novel tersebut?

Setelah itu, konsekuen pertanyaan di atas, saya ingin tahu pula apakah tipe/jenis penerbitan Nasir: adakah itu novel sejarah, seperti karya Pramoedya Anan Toer - Bumi Manusia, Arus Balik dan lain-lain?  Ataupun novel tipe Proletarian, seperti yang dihasilkan Charles Dickens tentang kesulitan kelas proletar dalam kerangka Revolusi Industri kapitalis di-Inggeris tetapi yang ditulis novelis daripada kelas borjuis kecil.

Hal-hal yang saya kurang, malah tidak arif, juga timbul di benak saya - apakah plotnya?  Siapakah watak-watak utamanya?  Dan yang manakah antara watak itu penjelmaan peribadi Nasir sendiri?  Apakah skopnya dan apakah buku yang saya akan terima daripada Nasir itu sebahagian trilogi?  Atau jilid pertama?

Selain itu, ingin sekali saya ketahui lagi tentang novelnya: apakah latar, setting, dan scene novel tersebut kerana hal-hal itu memungkinkan saya mengilas balik apakah roh zaman itu; apakah Zeitgeistnya?  Terpenting apakah sudut pandangan Nasir, ideologinya dan umumnya pandangan dunia beliau, iaitu weltanschauungnya, istimewanya setelah 1989 kerana jarang-jarang sekali kami berjumpa, tidak seperti sebelum itu.  Reunion sosial dengan beliau malam ini amat menggembirakan saya, tentunya.

Oleh kerana pengetahuan tentang analisis kesusasteraan saya tidak seberapa, kalau tidak pun tiada, maka saya memilih menumpukan kepada lingkungan, iaitu teks sosial novel ini, latarbelakang pengarangnya, dan pandangannya, iaitu ideologi karya ini.  Dalam erti tersebut ulasan saya amat terbatas kerana tertinggal hal-hal penting, seperti estetika.

Latar Belakang Novelis

Latar belakang pengarang wajar dibincangkan dahulu, selari setting/landscape novel, dan sejarah kebangkitan sosialisme yang luas spektrumnya dalam sayap kiri - politik kiri - dari yang berwarna politik jingga/pink hingga ke warna politik merah/rouge/red.  Setting sosial terpenting novel ini adalah kemunculan kelas proletar Melayu dan kemunculan golongan inteligentsia Melayu, dua tambahan kepada struktur sosial masyarakat Malaysia.  Watak Samad melambangkan golongan intelligentsia yang terdidik formal tetapi tingkat kesedaran sosial tidak seberapa.  Itulah yang dipertimbangkan oleh Nasir dalam novelnya dan dalam rangka demikian saya mengikuti novel beliau, berpaksikan ideologi tersebut.

Perbincangan saya tentang sosialisme menjadi satu keharusan kerana adanya dua bab novel yang pada saya itulah inti, sari, esensi novelnya.  Bab 40 dan bab 53 sesungguhnya menjawab salah satu pertanyaan saya setelah menerima berita tentang peluncuran novel ini.

Watak En. Kamaruddin dijadikan kenderaan, watak itu wahana, watak itu adalah sarana pembawa ideologi sosialis.  Watak Hamzah yang bertubi-tubi melontarkan pertanyaan dalam sesi tanya jawab (Q&A) dengannya, pada saya adalah lambang kelas proletar baru muncul, asal desa, a class in itself yang kurang kesedaran kelas, tetapi yang berevolusi menjadi class for itself, kelas yang menjadi barisan depan - vanguard  perjuangan.

Golongan petani (bukan kelas) sering dikiaskan dalam literatur sosialis seperti sekarung kentang-bentuknya tak tersusun dengan sistematik berbanding kelas proletar dan yang demikian kurang maju kesedaran kelasnya.

Oleh kerana sosialisme menjadi esensi buku ini, maka tidak terelakkan saya memakai istilah-istilah sosialisme yang terdapat di dalam Kamus Dewan, terutamanya edisinya keempat.  Justru, saya memakai kategori-kategori dan juga nomenklatur sosialis dalam ulasan ringkas tentang novel ini.  Lagipun, acara malam ini acara Parti Sosialis Malaysia dan novelis Presidennya.

Ulasan En.Kamaruddin tentang masyarakat dengan analisis strukturalnya membuat dia seorang intelektual yang memiliki daya fikir tinggi.  Dia bukan daripada golongan ahli falsafah borjuis yang sekadar ingin memahami dunia, sedangkan tugas ahli falsafah pokoknya adalah mengubah dunia.

Hamzah pula lambang golongan massa - kelas proletar - yang memiliki pengalaman sosial langsung dan yang melalui pendidikan ideologi sosialisme akhirnya menjadi intelektual.  Beliau memiliki pengetahuan konkrit, tetapi perlu disusunkan gagasannya dengan bantuan intelektual.

En. Kamaruddin ternyata lebih maju daripada pemikiran kebanyakan pemimpin daripada dua belahan politik di Malaysia kerana beliau dapat membezakan konsep-konsep, yang sering di salah pakai dan akibatnya mengelirukan.  Contohnya, istilah-istilah "Kerajaan/pemerintahan" daripada "negara".  En. Kamaruddin menganalisis masyarakat, lalu membezakan kelas "borjuis" daripada strata sosial "borjuis kecil"; "proletar" daripada "petani".  Perhatikan tumpuannya adalah modal yang sering sekali dan pintar bersembunyi dan menyamar di belakang topeng hak asasi manusia. Kontradiksi utama kelas pekerja adalah modal - dulu dan sekarang.  Bila-bila pun begitu.

Salah satu yang menarik perhatian saya - bagaimana doktor perubatan panel, satu perkerjaan mulia telah dengan mudah disedutkan kedalam orbit sistem kapitalis.  Lalu, tugasnya merawat proletar sakit dan sekaligus memenuhi tugasnya "reproduction of labour for capital".  Sayangnya, tidak dimasukkan didalam wacananya para mahaguru - "mahakeliru" yang turut tersedut untuk memenuhi tugas reproduction of intellectual labour yang sama tujuannya, iaitu memenuhi keperluan modal.

Ideologi Novel

Bab 40,m.s 258 akhirnya menyerlahkan ideologi sosialisme yang diidamkan novel ini daripada beberapa variasi sosialisme dan yang beraneka dalam spektrum politik kiri.  Satu sintesis dinyatakan di situ - menolak materialisme "kering" yang tidak disintesiskan dengan keperluan spiritual para warga.  Kalau novel itu biasanya ditandai dengan suspense, maka itulah suspense saya, setelah Nasir dan saya kurang berinteraksi pada zaman pasca 1989.

Sosialisme dengan agama menjadi perdebatan yang tidak berkesudahan di Nusantara. Indonesia mengalaminya sejak PKI didirikan.  Tetapi, Indonesia mempunyai Sukarno yang berusaha gigih sampai akhir hayatnya menggabungkan tiga kuasa gerak sejarah, iaitu nasionalisme, agama, dan komunisme (sebenarnya sosialisme. Komunisme dipakai Sukarno kerana nama PKI begitu).  Marhaenisme adalah upaya beliau melokalisasi kesejajagatan sosialisme kepada keadaan sejarah konkrit rantau ini. Sosiologi dan sejarah sesuatu negeri penting.

Hal itu diulangi oleh En. Kamaruddin.  Agama sering dijadikan ubat bedil menembak sosialisme.  Mungkin baik sekiranya En. Kamaruddin memetik sepenuhnya penyataan Marx tentang agama.  Kata Karl Marx: Religion is the sigh of oppressed creature, the heart of a heartless world, just as it is the spirit of a spiritless situation.  It is the opiate of the people.  Hal ini penting kerana Marx sedikit sekali menyentuh agama dan tidak menjadikannya masalah pokok dalam kajianya.
   
Terjemahan: "Agama itu rintihan makhluk tertindas, hati dalam dunia tidak berhati perut, seperti ia menjadi semangat dalam keadaan tidak bermaya.  Agama itu bius/penahan sakit rakyat".  Para paderi kolot di Eropah yang sebenarnya mempersetankan Marx.  Tetapi, Bapak Haji Misbah daripada Syarikat Islam Indonesia sebaliknya mendukung cita-cita negara sosialis dan berbeza sekali dengan agamawan Eropah, termasuk agamawan di rantau ini.  Haji Misbah seorang Kiyai, seorang ahli agama.

Persekitaran

Menurut Emile Zola, novelis Perancis pertengahan abad ke 19, kekhususan persekitaran itu penting bagi menentukan perwatakan dalam novel.  Persekitaran dominan pada setting novel ini adalah pembebasan rakyat daripada penindasan manusia ke atas manusia melalui ideologi sosialis.  Di Eropah, Amerika Latin, Afrika, Dunia Arab, Asia, ideologi itu bergelojak.
   
Di Malaysia, pada pengamatan saya, sosialisme berkembang di Singapura dahulu, tetapi terdapat perkaitan erat asuhan ideologi tersebut dengan yang terjadi di Britain dan di China dan juga Soviet Russia.  Variasinya banyak dan kadang-kadang meruncing, khususnya setelah Moskow dan Peking bersengketa ideologi.  Revolusi Kebudayaan pertengahan 1960-an turut menegangkan lagi belahan ideologi di tempat kita sekali pun.  Parti Komunis Malaya tidak terkecuali daripada dampak demikian.  Begitu juga di kalangan intelektual individu yang berkebetulan memimpin beberapa organisasi.

Kejayaan demi kejayaan di Indo-China, terutamanya Vietnam telah memberikan optimisme kepada gerakan sosialis di Malaysia (tidak termasuk PAP dan juga DAP yang dianggap pada waktu itu "sosialisme tampal sulam").  Optimisme demikian mendorong Parti Rakyat Malaya memajukan ideologi "Marhaenisme" kepada "sosialisme saintifik".  Sosialisme jenis itu sebenarnya sama dengan ideologi asal parti dan semata-mata alat menganalisis masyarakat dalam upayanya memahami kuasa sosial di dalamnya untuk dijadikan pedoman tindakan, iaitu guna melaksanakan praxis, seperti yang dibicarakan di dalam bab 40 dan bab 53 novel Nasir.

Sementara itu, dunia berubah mulai 1989.  Tembuk Berlin runtuh.  Pengikut ideologi sosialis pun terlontar dan mencari-cari strategi baru.  Golongan Trotsky yang sekian lama tidak yakin dengan kesejagatan ideologi sosialisme secara objektif dan subjektif, menentang ideologi sosialisme sebagai pedoman untuk semua keadaan.  Lima tahun sebelum runtuhnya Tembuk Berlin, rupanya Mikhail Gorbachev telah melawan arus sosialisme atas nama pertumbuhan ekonomi Russia dengan memakai slogan "Perestroika" (rekonstruksi) dan memilih jalan Kapitalis bagi Soviet Russia. Ringkasnya, keterbukaan dan liberalisme Gorbachev juga menggunakan istilah Glasnost yang bererti satu panggilan memeriksa kembali diri.  Untungnya, Mikhail Gorbachev diusir daripada kekuasaan, tetapi kapitalisme gangsternya yang mengiringi peretroika dan glasnost masih menjadi punca masalah di Russia.

Pengaruh keterbukaannya (perestroika) khabarnya mengenakan bujukannya juga ke atas beberapa pemimpin di Malaysia.  Kecelaruan ideologi selama dua dekad belakangan ini ternyata tidak membara lagi politik ideologi.

Sayangnya, beberapa organisasi telah menggugurkan ideologi, termasuk sosialis.  Hal inilah yang merungsingkan novel Mohd Nasir Hashim, apabila terdapat pengikut-pengikut sosialisme yang amat terbujuk oleh slogan "TINA" yang dilaungkan Margaret Thatcher.  TINA adalah akronim "There is no alternative to Capitalism". Itulah teks sosial novel yang di lancarkan malam ini.

Kesimpulannya


Akhirnya, apakah terdapat imbangan antara estetika/keindahan dengan isi novel ini? Estetika tanpa isi, itu perhiasan semata.  Sebalikanya, isi tanpa keindahan, itu sekadar propaganda.  Begitulah madah seorang pujangga dari China dalam kuliahnya pada 1930-an tentang kesusasteraan.  Mungkin di dalam bab 40, bab 44, dan bab 53, imbangan itu memberatkan isi dan mengorbankan estetika, sedangkan 64 bab lain itu berimbang, pada taksiran saya.  Namun, saya lihat pada tiga bab - 40, 44, dan 53 - terdapat imbangan jenis dialektika, tetapi bukan imbangan absolut.

Nasir, Tahniah! Puas sekali sekali saya membicarakan novel tentang ideologi sosiolisme yang sekian lama tidak diperkatakan kerana dianggap wacana demikian bukan lagi PC (politically correct).

*Komentari novel ini ditulis oleh Profesor Abdul Halim Ali, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas AJK Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).  Novel yang dibincangkan adalah "Mengharungi Titik Noktah", ditulis oleh Dr. Mohamad Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

**Pembaca boleh mendapat buku ini melalui tempahan.  Sila hubungi Sivarajan 016-6798005 atau e-mel kepada sivarajan.a@gmail.com. Anda boleh klik Mengharungi Titik Noktah_Dr. Mohd Nasir Hashim untuk menonton klip video mengenai buku!

PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA MERAYU KERAJAAN TUNAIKAN PERSETUJUAN DAMAI


Kesihatan Chin Peng Diberi Keprihatinan Masyarakat
Kerajaan Didesak Membenarkan Beliau Balik Ke Tanah Airnya

Satu khabar angin “Chin Peng sakit tenat dalam keadaan koma ” disiarkan dalam Sin Chew Daily 1 Oktober, keadaan kesihatannya amat diambil berat oleh masyarakat. Peguam-Peguam yang pernah mewakili Chin Peng segera menelefon menghubungi penjaga Chin Peng, dan menerima telefon Chin Peng menyangkal khabar angain itu. Keesokan harinya 2 Disember, Sin Chew Daily dan media-media lain telah menyiarkan berita menyangkal khabar angin. Diberitakan bahawa Setiausaha PKM, Chin Peng yang kini 87 tahun itu menegaskan beliau tidak sakit tenat, malah berada dalam keadaan sihat。
Peguam Leong kata bahawa dalam telefonnya Chi Ping menyatakan:“Saya tidak sakit, malah berada dalam keadaan sihat, tinggal dalam rumah di Thailand.” Peguam Chan Kok Keong memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng di laporan media adalah tidak betul. "Dia dalam keadaan baik dan tidak dalam keadaan koma seperti laporan beberapa media,” kata peguam itu.

Berkenaan dengan kesihatan Chin Peng, Kata Peguam Chan, meman-dangkan keadaan itu, adalah wajar bagi kerajaan menyemak semula dan mematuhi Persetujuan Damai Hadyai yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu. "Saya rasa kerajaan wajar mengkaji semula dan membenarkan dia kembali ke negara ini dan mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam persetujuan itu. Chin Peng adalah seorang lelaki tua yang uzur."

Banyak rakan seperjuangan dan kawan karib di Malaysia berturut-turut menyatakan prihatin tulus hati dengan menerusi saluran Kampung Perdamaian di Thailand, dan mengemukakan hasrat pergi mengunjungi beliau, tetapi tidak dapat pergi kerana gangguan banjir teruk di Bangkok. Chin Peng me-nyatakan terimah kasih kepada semua yang memberi prihatin.

Keadaan sakit dan isu per-kembalian Chin Peng ke tanah air diberi prihatin bagitu sungguh-sungguh adalah kerana sumbangan beliau kepada perjuangan anti-Jepun, anti-British dan terwujudnya perdamaian negara kita. Dalam keluaran khas memperingati ulang tahun ke-20 Persetujuan Damai Hadyai, tulisan Zhoutong yang berjudul Tahniah Atas Hari Lahir Chin Peng Ke-85 semoga Beliau Riang Gembira. telah me-rumuskan sumbangan itu sebagai berikut: “Sumbangan anti-Jepun, Anti-British dan Penandatanganan Per-setujuan Damai memperoleh sanjungan amat tinggi; selama 20 tahun lebih ini beliau terlalu ingin pulang, perasaan rindui kampung halaman diberi simpati sejagat.”

Pelbagai Pertubuhan Merayu Kerajaan Agar Membenarkan Chin Peng Kembali Ke Tanah Air.

Pelbagai NGO berulang kali merayu Kerajaan Persekutuan mem-benarkan Chin Peng kembali ke tanah air, agar beliau menghabiskan masa terakhirnya di tanah tumpah darahnya.

Setelah berita ini disiarkann, Pengerusi Pusat Pembangunan Ke-budayaan LLG., Datuk Toh Kin Woon segera menyatakan prihatin kepada Chin Peng dan merayu Kerajaan Persekutuan memenuhi hasrat Chin Peng kembali ke tanah air.

Merayu Kerajaan menghormati Persetujuan Damai Hadyai

Datuk Toh menyatakan kepada Guang Ming Daily bahawa atas nama peribadinya beliau merayu Kerajaan menghormati Persetujuan Damai Hadyai, membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air. Pendiriaannya menuntut Kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air itu tetap tidak berubah dari mula hingga ke akhirnya, dan Kerajaan harus menghormati status Chin Peng selaku warganegara dan mengizinkan beliau kembali ke tanah air untuk menghabiskan peringkat terakhir hidupnya.

Ketua Setiausaha Persatuan Per-sahabatan Malaysia dan China, Tan Kai Hee yang telah dapat berita tentang sakit Chin Peng itu segera menyatakan berharap semoga Chin Peng cepat sembuh.

Persatuan Persahabatan Abat Ke-21 Malaysia dan para ahlinya 
merayu Kerajaan menunaikan Persetujuan Damai

Mantan Ketua Persatuan Persahabatan Abad Ke-21, Neo Kong Hor menyatakan bahawa baru-baru ini Perdana Menteri Najib mengumumkan pemansuhan ISA, seharusnya negara kita menuju ke arah lebih demokrasi, lebih menghormati hak asasi, oleh itu Perdana Menteri Najib diharapkan agar membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air. Beliau berkata, dulu Chin Peng berjuang melawan Jepun dan penjajah British, adalah tokoh penting memperjuangkan kemerdekaan. “Chin Peng membaktikan seumur hidupnya untuk tanah air, maka dari sudut kemanusiaan dan politik, sewajarnya Kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air, agar beliau menghabiskan masa tuanya

Persetujuan Damai denga PKM, tetapi masih bersikap penentang terhadap Chin Peng, ini telah memungkiri semangat perdamaian dalam Persetujuan Damai.

Dan Perhimpunan Agung Ahli Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 yang akan diadakan pada 4 Disember akan berbincang dan meluluskan usulan-usulan, antara lain usulan ketiga ialah “Memohon Kerajaan Persekutuan Malaysia menunaikan segala fasal atau klausa Persetujuan Damai Hadyai, dan sewajarnya menerima Ketua Perwakilan PKM, Chin Peng yang selaku seorang daripada penandatangan Persetujuan itu kembali ke tanah tumpah darahnya di Malaysia.”

Chin Peng adalah tokoh penting dalam sejarah Malaysia dan selaku seorang daripada penandatangan utama Persetujuan Damai Hadyai, oleh itu, sekiranya Kerajaan tidak menunaikan Persetujuan, tidak membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air, pasti akan menyebabkan umat sejagat dan semua negeri menganggap Kerajaan Malaysia tiada reputasi.

Keinginan Chin Peng

“Saya orang Malaysia, satu-satunya hasrat saya adalah akan meninggal dunia di tanah tumpah darahku ……” demikianlah ujar Chin Peng ketika menerima interviu wartawan Guang Ming Daily pada tahun 2009.

Dan ketika menerima wawancara media, Chin Peng berkata lagi bahawa baliau berhajat menziarah dan memberi penghormatan di depan pusara ibu bapanya, beliau ingin meninggal di tanah tumpah darahnya. konsep etika ini diterima merata-rata masyarakat Cina, sekiranya tidak dapat pulang ke tanah air semasa hidup, maka selepas mati abu tulangnya harus disemadikan di tepi pusara ibu bapa.nya. Jikalau Kerajaan bersikap tidak peduli akan konsep etika sejagat kaum Cina ini, Chin Peng tidak dapat kembali ke tanah air, abu tulangnya tidak dapat disemadikan di tepi pusara ibu bapanya, cuba tanya, bagaimanakah masyarakat Cina akan menilai Kerajaan sedemi-kian, dan adakah rakyat akan menerima golongan berkuasa sedemikian?


Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia


KENYATAAN EMPAT PERTUBUHAN TENTANG PEMANSUHAN ISA

Kenyataan Empat Pertubuhan Tentang Pemansuhan ISA

Setelah berita pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tersiar, keempat-empat pertubuhan persa-habatan di mana anggota-anggotanya telah menjadi mangsa kekejaman ISA segera mengeluarkan kenyataan bersama, menunjukkan bahawa ini adalah kejayaan perjuangan gigih jangka panjang rakyat negara kita.

Pada 19 Disember, Persatuan Persahabatan Phoenix, Persatuan Kawan Karib dari tujuh negeri, Yayasan Patriotik dan Perdamaian Malaysia dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia secara khusus mengadakan sidang akhabar di dewan mesyuarat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)., mengumumkan kenyataan bersama kepada media tentang pemansuhan ISA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

Kenyataan Bersama empat Pertubuhan itu diedarkan kepada para wartawan. Kenyataan Bersama itu menegaskan bahawa ISA adalah pengganti kepada Undang-Undang Darurat yang terkenal dengan kekejamannya, yang juga undang-undang drakonian yang bermaharajalela menzalimi banyak insan selama 50 tahun lebih ini. Semua kita memang teramat benci akan ISA itu, kini kita berasa terhibur kerana pemansuhan ISA. Dan akibat ISA inilah yang menyebabkan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng difitnah dan tidak dibenarkan pulang ke tanah tumpah darahnya walaupun sudah tua dan uzur. Apa yang harus dimansuhkan itu bukan hanya ISA sahaja, malahan segala peraturan dan undang-undang drakonian pun mesti dimasuhkan, supaya rakyat jelata dihindari dari kengerian undang-undang kejam dan boleh hidup dengan bermaruah.

Ceramah beberapa ketua atau ahli jawatankuasa pertubuhan itu dirumuskan sebagai berikut:

1- ISA sungguh kejam menyeksa aktivis pergerakan buruh, mereka yang memperjuangkan kebajikan kaum buruh ditahan diringkukkan ke dalam penjara gelap, menderita macam-macam seksaan fizikal dan mental.

2– Sudah tentu berasa gembira kerana pemansuhan ISA itu, siapapun akan tak boleh hilang kebenciannya apabila teringat akan seksaan ISA. Kami beribu-ribu orang diringkukkan ke dalam kem tahanan, dikenakan seksaan kejam, mengalami penderitaan fizikal dan mental, ada yang dihinggapi penyakit teruk, ada yang telah cacat cedera, malahan suami isteri dan anak-anak dicerai-beraikan, keluarganya ada yang mati dan ada yang merantau. Kini kita bukan hendak membalas balik, namun bagaimanapun sekurang-kurangnya mesti dipulihkan nama baik dan diberi pampasan sewajarnya.

3– Orang muda yang suka membantu orang lain dan bersahabat dengan banyak kawan, tetapi telah diringkukkan ke dalam kem tahanan dengan ISA, sentiasa dipukul atau ditendang, berturut-turut digiring ke kem tahanan Batu Gajah dan Gementing, Perak, tempoh tahanannya selama 10 tahun, tergolong dalam kumpulan yang terakhir keluar dari tahanan. Kini sudah 20 tahu keluar dari penjara, namun badanya masih penuh dengan luka-luka dan uzur, kena selalu jumpa doktor dan makan ubat dalam jangka panjang. Seorang kawan karib perempuan tua menambah bahawa kaum wanita dalam tahanan juga selalu diseksa dan dihina. Namun mujurnya sanggup bertahan juga berkat perpaduan di kalangan rakan-rakan setahanan, bagaimana pun kini dia sakit di sekujur tubuh, berjalan pun susah.

Didedahkan juga bahawa terdapat berpuluh-puluh ribu orang telah diusir ke Indonesia, India dan China dalam masa Undang-Undang Darurat, Mangsa pengusiran itu mengalami banyak halangan ketika hendak memohon untuk balik melawat sanak saudara. Kemudian sampai masa ISA, bilangan yang diusir ke luar negeri itu telah kurang, tetapi banyak pula yang ditahan diringkukkan ke dalam penjara dalam negeri, kesemua mangsa itu menderita segala seksaan dan kesengsaraan..

Wakil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21, Neo Kong Hor menunjukkan bahawa “Kami adalah kumpulan yang kembali ke tanah air dari kawasan basis sempadan selepas penandatanganan Persetujuan Damai, jikalau bukan kerana tiada jalan keluar di bawah penganiayaan ISA pada masa itu, bagaimanalah kami ini akan menceburkan diri ke dalam perjuangan di pergunungan?” Tambahnya lagi “Kami kembali selepas perdamaian secara hormat dicapai, kami berharap dapat nampak negara kita boleh menyongsong trend dunia dan maju seiring peredaran masa. Pemansuhan ISA boleh dikatakan sebagai satu langkah penting menuju ke arah reformasi, dan seharusnya memperlihatkan keberanian yang lebih besar supaya negara mencapai pembangunan, dan kepentingan langsung dan kepentingan jangka panjang rakyat tidak dijejaskan

Anggota Persatuan Persahabatan Abad 21 Malaysia dalam perhimpunan tahunan yang diadakan di Johor pada Disember 2011


Kenyataan Bersama Empat Pertubuhan:
Kenyataan Bersama Kami


Sempena perayaan Hari Malaysia yang hanya mulai diraikan secara rasmi setelah tsunami politik 8 Mac 2008, dalam perayaan yang telah ditundakan selama 40 tahun lebih, pada 16 September, dalam perutusan Perdana Menteri, Najib Razak yang disiarkan menjelang Hari Malaysia, telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), pengumumannya segera tersiar ke sana sini.

Sedia maklum bahawa setelah negara kita mencapai kemerdekaan, ISA adalah pengganti dan lanjutan dari Undang-Undang Darurat yang terkenal dengan ke-kejamannya dalam masa penjajahan British, adalah undang-undang drakonian yang telah dikuatkuasakan secara paksa selama 51 tahun sehingga kini. Rakyat negara ini telah mengalami penindasan kejamnya selama ini, lama sudah berhasrat keras hendak memansuhkannya, dan akhirnya dapat nampaklah pemansuhannya, ini adalah kejayaan perjuangan gigih rakyat negara kita!

Semenjak dari perisytiharan kemerdekaan, kuasa pemerintahan dan hak tafsiran negara kita tidak dapat menghidarkan diri dari dimonopoli oleh golongan yang memiliki hak istimewa yang berteraskan golongan birokrat dan krorinya. Dengan undang-undang drakonian yang berasal dari masa penjajahan seprti ISA dan lain-lain lagi, mereka melaksanakan dasar perkauman, mengaut sumber dan kekayaan negara, menyempitkan ruangan hidup rakyat dan menjejaskan hak asasi dan hak demokrasi rakyat. Oleh itu, bermaharajalela dan bertindak sewenang-wenanglah perbuatan menyalahgunakan kuasa, rasuah, korupsi dan amalan little napoleon. Kini kejahatan itu sudah sampai ke tahap tidak dapat disabarkan lagi oleh rakyat. Aspirasi yang paling dicitakan rakyat jelata luas adalah reformasi politik dan transformasi negara.

Pemansuhan ISA dan pemudahan peraturan permit penerbitan dan sebagainya seharusnya sebagai langkah penting mereformasi sistem politik, pihak kami berharap agar akan disusuli dengan pelaksanaan yang sungguh. Adalah perlu ditegaskan bahawa pemansuhan ISA sudah pun diumumkan, maka sudah tentu mesti memperhentikan semua diayah dan propaganda yang memomokkan dan memburukkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang patriotik dan melawan penjajah. Dan pihak berkuasa mesti memulehkan nama baik dan membayar pampasan sewajarnya kepada ribuan tahanan politik yang telah mengalami seksaan kejam fizikal dan mental dalam jangka panjang itu.

Kita berharap supaya mengadakan reformasi dan memansuhkan undang-undang drakonian serta akta dan peraturan yang tidak releven lagi, dan lebih lanjut menggubal peraturan dan rang undang-undang baru yang berakitan, kesemua itu tidak seharusnya dijadikan sebagai tipu helah dan gula-gula pilihan raya umum, sehingga hanya ungkapan sahaja berubah tetapi hakikatnya tetap sama. Hanya dengan bersasakan kemajuan dan hari depan negara serta kepentingan mendesak dan kepentinganjangka panjang rakyat, boleh menjadi pertimbangan akhir bagi reformasi dan tranformasi memansuhkan yang lama dan menegakkan yang baru.

Kita yakin, hanya dengan mengkabungkan tenaga pelbagai pihak bagi menghapuskan halangan yang membendung kemajuan masyarakat yang ditinggalkan dari masa penjajahan, mendorong politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya oleh transformasi daripada sistem lama yang berupa unitarianisme, diktator, mendominasi, dan memecahbelahkan kumpulan etnik ditransformasi kepada sistem baru kepelbagaian, demokratik, terbuka dan mengukuhkan perpaduan. Dan barulah membawa negara ke laluan makmur dan gagah perkasa.

Persatuan Persahabatan Phonex Malaysia
Persatuan Kawan Karib dari tujuh negeri
Yayasan Patriot dan Perdamaian Malaysia
Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

18 September 2011

(sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 bilangan 22)

PELANCARAN BUKU MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Salam perjuangan. Parti Sosialis Malaysia dan Gerakbudaya ingin melanjutkan jemputan kepada rakan-rakan seperjuangan, peminat novel dan masyarakat umum untuk menghadiri majlis pelancaran buku Dr. Mohd Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara. Majlis tersebut akan turut hadir oleh seorang moderator dan 3 orang panelis yang akan mengulaskan novel terbaru ini.

Majlis Pelancaran
Mengharungi Titik Noktah
--novel tulisan Dr. Mohd Nasir Hashim

8:30 malam, 8 disember 2011
@ KL Selangor Chinese Assembly Hall

Moderator : Wan Hamidi Hamid, Editor Roketkini
Panelis : Siti Solehah (Kak Wan), Peneroka Bandar Kg Chubadak
Halim Ali, Pensyarah & bekas Setiausaha Agong PSRM
YB Saari Sungib, Penulis & ADUN Ulu Kelang

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Letchimi Dev 016-2960224 @ Chong Yon Sin 016-3797231@ PSM 03-22747791.
Sila sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda!



Mengharungi Titik Noktah

Novel yang berkisah mengenai perjuangan pekerja dan peneroka bandar, yang dimiskinkan oleh proses pembangunan yang hanya menguntungkan kaum elitnya.

Suka, kecewa, kejayaan, harapan, pengorbanan, realiti kehidupan dan perjuangan rakyat di Malaysia. Wira-wira muda, ibu-ibu dan warga tua mendedahkan budaya pincang..beracuan penindasan yang menghancurkan kemanusiaan dan alam sejagat.

Dalam kehancuran lahirnya tunas harapan

Dalam ketandusan lahirnya Ilham perjuangan

Dalam kezaliman lahirnya penentangan


Bersatulah!!!


Rumah diroboh, pondok ditegak

Pondok diroboh, khemah ditegak

Khemah diroboh, rakyat memberontak!!!


PERJUANGAN TIDAK PERNAH MENGUNDANG NOKTAH.



CLICK Mengharungi Titik Noktah_Dr. Mohd Nasir Hashim untuk menonton klip video mengenai buku!!!


Untuk tempahan:

Email kepada sivarajan.a@gmail.com, atau
Buat panggilan kepada Sivarajan 016-6798005atau mendapatkannya dari Gerakbudaya (No.11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.) dan kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Mengharungi Titik Noktah
Dr. Mohd Nasir Hashim
Publisher: Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd & Parti Sosialis Malaysia
Year: 2011
ISBN: 9789670311029
469 Pages
RM30.00 / S$19.50
 

 

GERAKAN ANAK MUDA: MENAWAN WALL STREET

Menawan Wall Street: Perkara Yang Paling Penting Di Dunia Sekarang




Perlu ditegaskan bahawa kita mampu untuk membina sebuah masyarakat yang baik, untuk semua dan pada masa yang sama menghormati had sebenar yang boleh ditampung bumi.

berikut merupakan terjemahan SS daripada tulisan Naomi Klein (http://www.thenation.com/article/163844/occupy-wall-street-most-important-thing-world-now) tentang gerakan Menawan Wall Street (klik http://occupywallst.org/)yang telah sampai tempiasnya ke sini:

Salah seorang jurubicara dalam perarakan menyokong buruh untuk gerakan Menawan Wall Street berkata: “Kita menemukan antara sesama .” Perasaan yang merakam keindahan tentang apa yang tercipta [di sini] – sebidang ruang cukup luas (juga idea cukup besar sehingga tak mampu terkandung) untuk semua orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk kita saling hidup bersama.

Jika ada suatu perkara yang aku tahu, ianya adalah hanya terdapat 1 peratus sahaja orang-orang yang sukakan krisis. Apabila orang terdesak dan tiada siapa yang tahu apa yang perlu dibuat, maka inilah saat terbaik untuk mendorong hajat mereka yang menyokong dasar-dasar pro korporat, justeru menghancurkan halangan terakhir kuasa korporat.

Hanya ada satu perkara yang dapat menghalang taktik ini dan cukup bertuah sekali – ianya adalah 99 peratus orang. Dan inilah 99 peratus manusia yang turun menawan jalan-jalan raya dari Madison sehingga ke Madrid melaungkan, “Tidak. Kami tidak akan membayar krisis kamu.”Slogan yang bermula di Itali pada tahun 2008. Ia kemudiannya melantun ke Greece, Perancis, Ireland dan akhirnya sedang bergerak ke pusat permulaan krisis.

“Kenapa mereka membuat bantahan?” Tanya penganalisis politik, kebingungan di kaca TV . Sementara itu, seluruh dunia bertanya: “Kenapa lambat sangat? Kami tertanya-tanya bila giliran kamu akan turun.” Dan yang lebih penting: “Selamat datang!”

Ramai orang telah menarik persamaan di antara Menawan Wall Street dan bantahan anti-globalisasi di Seattle pada tahun 1999 dahulu. Itulah kali terakhir suatu pergerakan sejagat, yang terpencar (tanpa pusat kuasa tunggal) diterajui oleh anak-anak muda mengambil tindakan langsung terhadap kuasa korporat. Dan aku berbangga menjadi sebahagian apa yang kita panggil “gerakan kepada banyak gerakan-gerakan itu.”

Tetapi terdapat perbezaan yang amat penting. Misalnya, kami memilih sidang kemuncak sebagai sasaran kami: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), perhimpunan negara-negara kaya G8. Ianya bersifat sementara, ia hanya dapat bertahan selama seminggu. Yang membuatkan kehadiran juga kami bersifat sementara. Menawan Wall Street, pada sisi yang lain, telah memilih sasaran tindakan yang tetap. Ia juga tidak meletakkan suatu tarikh akhir terhadap kehadirannya di sini.

Tetapi perbezaan yang paling besar sedekad lalu pada tahun 1999, kita melawan kapitalisme pada kemuncak ledakan ekonomi yang penuh kegilaan. Pengangguran rendah, harga saham-saham mencanak naiknya. Media kemabukan dengan aliran wang yang mudah. Pada waktu itu, semuanya tentang permulaan, bukan penutupan.

Sepuluh tahun kemudian, kelihatannya seperti tidak ada lagi negara yang kaya. Hanya segelintir orang-orang yang merompak kekayaan harta awam dan memeras sumber semulajadi di seluruh dunia. Perlu ditegaskan bahawa kita mampu untuk membina sebuah masyarakat yang baik, untuk semua dan pada masa yang sama menghormati had sebenar yang boleh ditampung bumi.

Kali ini, gerakan kita tidak boleh terganggu, berpecah-belah, letih lelah atau dihanyutkan dengan kejadian-kejadian lain. Kali ini, kita wajib berjaya. Dan aku tidak bercakap tentang mengawal selia bank-bank dan meningkatkan cukai terhadap orang-orang kaya, meskipun ianya penting. Aku bercakap tentang merubah nilai-nilai asas yang mengawal masyarakat kita. Ia sukar untuk dimuatkan ke dalam suatu desakan tunggal yang bersifat mesra media dan susah juga untuk memikirkan bagaimana untuk melakukannya. Kerana kesukarannya maka ia juga tidak kurang pentingnya.

Sebaik gerakan ini semakin membesar, menumbuhkan satu demi satu kekuatannya, selalulah berwaspada bahawa akan sering terdapat godaan untuk beranjak kepada sasaran-sasaran yang lebih kecil – katakanlah, orang yang sedang duduk bersebelahan dengan kamu dalam pertemuan ini. Sememangnya pertempuran sebegini amat senang untuk dimenangi. Jangan menyerah pada godaan. Aku tidak berkata janganlah sesama kita saling bertelingkah. Tapi kali ini, marilah kita merayakan sesama kita, seolah-olahnya kita merancang untuk bekerjasama berganding bahu dalam perjuangan ini bagi tempoh panjang selama masa-masa mendatang. Jadikanlah gerakan indah ini sebagai perkara yang paling penting sekali di dalam dunia. Kerana begitulah ia. Inilah hakikatnya.

dipetik dari sampahseni

MEMALI: SEJARAH BERDARAH MELAWAN ISA

Memali: Sejarah berdarah melawan ISA

Amin Iskandar - Nov 19, 2011- malaysiakini.com


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.

Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.
 -------
Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di www.twitter.com/aminiskandar.

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Teks ucapan Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) Saudara Droman Binza sempenya meraikan kedatangan Pegawai Daerah Jeli, Kelantan di Kampung Perdamaian Sukhirin pada 18 November 2011.

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG CHULABHORN PATTANA 12 (KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Yang Dimuliakan Pegawai Daerah Jeli dan rombongan,
Yang Dimuliakan Wakil Ketua Daerah Sukhirin dan rombongan
Dan saudara saudari sekalian yang tercinta!

Parti Komunis Malaya (PKM) didirikan pada tahun 1930. Pada masa Perang Dunia Ke-2, PKM adalah satu-satunya parti politik yang menentang penjajahan fasis Jepun dengan kekuatan bersenjata di Malaya.

Pada bulan Jun tahun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat, mengharamkan semua parti politik dan pertubuhan patriotik-demokratik yang berjuang untuk kemerdekaan. Kerana itu, PKM terpaksa memperjuangkan kemerdekaan dengan cara perjuangan bersenjata.

Pada 1 Februari 1949, PKM merasmikan penubuhan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 TPNM dirasmikan penubuhannya di Kerdau, Temerloh, Pahang. Rejimen Ke-10 adalah pasukan yang terdiri daripada putera-puteri bangsa Melayu. Kebanyakan anggotanya adalah bekas anggota PKMM, API, AWAS dan BTM (Barisan Tani Malaya) yang diharamkan oleh penjajah British. Abdullah C.D. adalah Komisaris Politik pasukan tersebut.

Pada tahun 1953, induk Rejimen Ke-10 melakukan peralihan stratejik dari pangkalannya di Temerloh dan tiba di kawasan sempadan Malaya-Thailand pada tahun 1954. Tahun 1960, Rejimen Ke-10 mulai merekrut perajurit di kawasan sempadan.

Pada 28 Disember 1955, PKM dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengadakan perundingan damai di Baling, Kedah. Akan tetapi, perundingan tersebut tidak mencapai matlamat kerana pihak berkuasa berkeras mahukan PKM menyerah diri. PKM terpaksa meneruskan perjuangan bersenjata.

Pada tahun 1988, Rejimen Ke-10 melakukan perundingan damai peringkat rendah dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan DiRaja Thailand. Perundingan ini telah menciptakan syarat-syarat untuk perundingan peringkat tinggi kemudiaannya.

Pada tahun 1989, perundingan peringkat tinggi antara 3 pihak –Kerajaan Malaysia, Kerajaan DiRaja Thailand dan PKM telah berjaya mencapai persetujuan damai. Dengan demikian, pada 2 Disember l989, Perjanjian Damai 3 pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Kerajaan DiRaja Thailand dan PKM telah ditandatangani di Hotel Lee Gardens, Hadyai, Thailand.

Dalam perjanjian tersebut, PKM bersetuju menghentikan perjuangan bersenjata, membubarkan pasukan bersenjata dan memusnahkan semua senjatanya serta ambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan negara. Kerajaan DiRaja Thailand berjanji memberikan kemudahan dan bantuan kepada bekas Tentera Rakyat Malaya (TRM). Kerajaan Malaysia berjanji membenarkan bekas perajurit TRM yang berwarganegara Malaysia balik ke tanahair dan memberikan bantuan hidup selama 3 tahun, dan sebagainya lagi.

Bekas anggota Rejimen Ke-10 diletakkan di satu kampung yang diberi nama Kampung Rattana Kitti 4 ataupun disebut Kampung Perdamaian Ke-4 di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat. Penduduk pada masa awalnya terdiri daripada 167 keluarga seramai 270 orang. Kerajaan DiRaja Thailand memberikan bantuan-bantuan seperti elaun sara hidup selama 3 tahun, rumah untuk setiap keluarga, tanah kebun seluas 15 rai sekeluarga, bantuan bercocok-tanam dan berbagai kemudahan lain termasuk bantuan membangun kampung.

Pada 28 Jun l993, di bawah perhatian Puteri Chulabhorn, kampung ini diletakkan di bawah Institiut Pengkajian Chulabhorn dan diberikan nama Kampung Chulabhorn Patana 12. Dengan demikian, kampung ini telah memperolehi kemajuan yang lebih pesat dan telah dilengkapkan dengan berbagai kemudahaan asas seperti jalanraya, elektrik, air paip, air bersih, talipon, masjid, sekolah rendah, klinik, taman asuhan kanak-kanak dan lain sebagainya.

Sekarang ini, Kampung Chulabhorn Patana 12 berjumlah 138 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 500 orang, lebih 200 orang di antaranya ialah kanak-kanak.

Kampung Chulabhorn Patana 12 diselenggarakan oleh 3 badan, iaitu:

1. Jawatankuasa Kampung.

2. Jawatankuasa Ugama.

3. Badan Kebajikan.

Jawatankuasa Kampung diketuai oleh Ketua Kampung bertanggungjawab mentadbir kampung.

Jawatankuasa Ugama diketuai oleh Imam mengurus urusan ugama Islam dan berbagai aktiviti ugama.

Badan Kebajikan mengurus bantuan kemanusiaan kepada orang tua, orang cacat dan uzur dan bantuan-bantuan lainnya yang diperlukan.

Kampung Chulabhorn Patana 12 memiliki 2 keistimewaan, iaitu:

1. Muzium Kampung Chulabhorn 12. Ia didirikan pada tahun 1990. Menyimpan bahan-bahan bersejarah yang bernilai, khasnya bahan-bahan perjuangan bersenjata PKM bahagian Rejimen Ke-10.

2. Bekas kem Markas Besar Rejimen Ke-10 dan terowongnya. Ia terletak kira-kira 1 kilometer dari kampung. Kem itu digunakan Rejimen Ke-10 dari tahun l981 hingga tahun l986. Manakala terowong sepanjang 300 meter digunakan pada tahun 1983 hingga l986.


Sekian. Terimakasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.



PEGAWAI DAERAH JELI MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Kampung Perdamaian Sukhirin, 18/11/2011: Satu rombongan kakitangan kerajaan daerah Jeli telah mengadakan lawatan persahabatan Sukhirin - Jeli yang  di pekan Sukhirin. Daerah Jeli di Kelantan , Malaysia dan Sukhirin di Naratiwat, Selatan Thailand merupakan daerah yang bertetangga. Dalam kunjungan persahabatan kali ini, Pegawai Daerah Jeli telah mengambil kesempatan  melawat Kampung Perdamaian atau  secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beberapa tahun lepas, Kampung Perdamaian Sukhirin pernah menjadi tuan rumah bagi pertemuan persahabatan antara kakitangan pemerintah daerah Jeli dengan kakitangan pemerintah daerah Sukhirin.

Dalam kunjungan singkat ini, rombongan Pegawai Daerah Jeli telah diraikan di dewan perhimpunan kampung Perdamaian. Ketua Kampung Perdamaian, Drome Binza telah memperkenalkan sedikit sebanyak latar belakang kampung perdamaian yang bermula dari sejarah penubuhan PKM 1930, peristiharan darurat 1948 , penubuhan Rejimen Ke-10 TPNM pada tahun 1949 sehingga perdamaian yang menamatkan perang dalam negeri antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand 1989. Turut dinyatakan bahawa, masa kini kampung perdamaian memiliki 140 keluarga dengan anggota seramai 500 orang. Mengambil kesempatan ini Pegawai Daerah Jeli telah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kampung Perdamaian.

Walaupun kunjungan ini  selama kira-kira1 jam sahaja, tapi Pegawai Daerah Jeli sempat menziarahi Bapa Abdullah C.D. dikediamannya. Abdullah C.D. menghadiahkan 1 set memoirnya sebagai kenang-kenangan. Sebelum berangkat pulang, rombongan tersebut juga dibawa melawat Muzium Sejarah yang mempamerkan barang-barang kenangan dari pasukan Rejimen Ke-10.

Menurut maklumat yang disampaikan oleh kakitangan Pentadbiran Sukhirin, rombongan tersebut akan makan tengah hari dan sembahyang Jumaat di Pekan Sukhirin. Sebelah petang, mereka akan adakan  sukan persahabatan Sukhirin - Jeli di Pekan Sukhirin.

Pegawai Daerah Jeli diraikan di Dewan Perhimpunan Kampung

Ketua Kampung Perdamaian menyampaikan ucapan

Cenderamata dari Pegawai Daerah Jeli

Melawat Bapa Abdullah C.D.

menerima 1 set memoir dari Abdullah C.D.
isteri Pegawai Daerah Jeli bersama Abdullah C.D.
Melawat Muzium Sejarah

Menurunkan catatan dibuku pelawat muzium



MEMPERINGATI PEJUANG KEMERDEKAAN MAT INDERA

Atas nama Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan Mat Indera, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dari PAS Kawasan Batu yang telah memberikan sumbangan berupa sebuah papan tanda dan usaha untuk memelihara pusara Allahyarham yang telah terbiar lama. Kami berpendapat, langkah ini adalah satu usaha positif bagi memperbetulkan sejarah tanah air yang sekian lama diputarbelit oleh kaum penjajah British dan tali barutnya yang kini masih memegang kekuasaan pemerintah tanah air.

Di bawah adalah catatan dari Dato' Tarmizi Mohd Jam yang disiarkan diruangan facebook beliau.

 
PAS Kawasan Batu telah menyerahkan papan tanda bagi pusara Allahyarham Mat Indera dan akan memperelokkan pusara yang terbiar itu sebagai ingatan genarasi akan datang terhadap tokoh dan pejuang kemerdekaan yang dijatuhkan hukuman gantung oleh penjajah British pada tahun 1953. Dalam ziarah "XPDC Terjah Juang PAS Batu" pada Sabtu, 12 Nov lalu, Yang Dipertuanya, Ishak Surin telah menyerahkan papan tanda berkenaan kepada penjaga Tanah Perkuburan Islam Kg. Jambu, Yaacob Din. Kos memperelokkan pusara sebanyak RM1,000 ditanggung sepenuhnya oleh PAS Kawasan Batu sejajar dengan peristiharan keluarga Mat Indera menjadi keluarga angkat PAS Kawasan berkenaan.

KORBAN DAN ZIARAH YAYASAN UNIT AMAL DI KAMPUNG PERDAMAIAN

8 November, suasana di Kampung Perdamaian Sukhirin agak lengang kerana kebanyakan warga (mereka yang berasal dari sempadan) pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing. Akan tetapi kekosongan itu telah digantikan dengan aktiviti yang amat bererti - ibadah korban oleh rombongan Yayasan Amal, sebuah badan NGO. Daging korban telah diagihkan kepada seluruh warga. 

Bagi pihak warga Kampung Perdamaian Sukhirin, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yayasan Unit Amal dan kepada mereka yang terlibat dalam bahagian korban tersebut. Semoga ibadat korban ini mendapat keredaan dan ganjaran dari Allah Taala. 

KINI DAN SILAM difahamkan bahawa, ziarah korban rombongan ini  juga bertujuan mencari jawapan atas persoalan benarkan Rejimen Ke-10 "tidak bertuhan" dan "anti-agama" yang terus menerus dipropagandakan oleh Kerajaan UMNO BN, apakah Mat Indra yang memimpin pasukan Melayu menyerang Balai Polis Bukit Kepung pada tahun 1950 "tidak beragama" kerana terlibat dengan PKM?


korban diiringi gema takhbir

Ziarah kediaman Abdullah C.D.

bacaan Al-Quran dari anak-anak generasi baru
persembahan lagu-lagu nasyid
sembang santai bersama warga Kampung Perdamaian

Jamuan bersama warga Kampung Perdamaian

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

80 persen penduduk kampung ini terdiri dari bekas perajurit Rejimen Ke-10 dan anak/cucu mereka yang lahir selepas perdamaian 1989. Walaupun peperangan telah ditamatkan dan perdamaian telahpun dinikmati, namun cop "pengganas komunis", "tidak bertuhan", "anti-agama" dan sebagainya masih dikenakan ke atas mereka.

Berikut adalah pilihan gambar-gambar menyambut Hari Raya Korban di Kampung Perdamaian Sukhirin yang dirakam sebentar tadi.




Seorang anak generasi baru membacakan khutbah Aidiladha merakam gambar kenangan dengan Abdullah C.D. selesai solat.






upacara korban

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini, kepada rakan seperjuangan dan rakan-rakan dari berbagai aliran politik patriotik-demokratik.





seterusnya boleh tonton di sini

SIAPA PENGKHIANAT KEPADA NEGARA?


Membaca berita arus perdana, kita tak putus-putus berhadapan dengan pembohongan-pembohongan bahkan sesetengahnya amat melucukan. Di atas adalah keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011 yang memuatkan kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia memfitnah golongan kiri Melayu sebagai "pengganas komunis". Kenyataan ini dibuat Perdana Menteri untuk menyanggah kenyataan Tuan Haji Mohd. Sabu yang melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Indera adalah seorang pemimpin pasukan gerila Melayu yang bergerak di Johor yang terlibat menyerang balai polis Bukit Kepung pada tahun 1950. Dari sini timbullah persoalan siapa pengkhianat dan siapa pula pejuang  kemerdekaan tanah air.

Untuk mendapat jawapan sebenar atas persoalan di atas, kita cukup dengan memberikan jawapan kepada 54 solan yang dikemukakan oleh seorang mahasiswa remaja yang  disiarkan oleh blog tongkatbahaman.


54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun “merdeka…”

  1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
  2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
  3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?.
  4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?
  5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?
  6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ?
  7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
  8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?.
  9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
  10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
  11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ?
  12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?
  13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
  14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?
  15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
  16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
  17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
  18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
  19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
  20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
  21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ?
  22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).
  23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.
  24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama’ telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa ?
  25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ?
  26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama’ seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.
  27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.
  28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).
  29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?.
  30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ?
  31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.
  32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.
  33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.
  34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?
  35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?
  36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
  37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.
  38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.
  39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.
  40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?
  41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.
  42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?
  43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO – apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.
  44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan ?
  45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat ?
  46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa ?
  47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.
  48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka. ?
  49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ?
  50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan.?
  51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?
  52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO. ?
  53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.
  54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain. ?

Categories

Pengikut