MERDEKA TANPA TUMPAH DARAH: APA KOMEN KOMANDER REJIMEN KE-10

TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN

Rejimen Ke-10 sebuah pasukan tentera rakyat yang berjuang untuk menghalau penjajah British dari bumi persada. Walau apapun yang digambarkan oleh kaum penjajah dan konco-konconya, kenyataan sejarah membuktikan bahawa Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang tak terkalahkan. Bayangkan kekuatan penjajah British yang dikerah untuk menentangnya berjumlah hampir setengah juta.

Dengan berasaskan anggota seramai 17 orang, ia berkembang menjadi 3 kompeni. Melalui perjuangan yang sengit dalam tahun-tahun 1950-an, kekuatannya menyusut kepada 1 kompeni sahaja. Akan tetapi kemudian ia berkembang semula menjadi 3 kompeni lebih. 

Berikut adalah sebuah tarian bertajuk TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN yang  dipersembahkan oleh team kesenian pasukan, dirakam oleh Studio TV Rejimen Ke-10. . Lagu TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAH  yang mengiringi tarian ini digubah  sempena menyambut ulang tahun ke-30 berdirinya Rejimen Ke-10.



Tarian: Tentera Rakyat Tak Terkalahkah
Uploaded by hmn07. - Independent web videos.

SELAMAT HARI HARTAL

http://farm5.static.flickr.com/4089/5096520845_3924f7ee14_z.jpg63 tahun yang lalu, golongan kiri terdiri dari parti-parti dan pertubuhan patriotik-demokratik telah melancarkan hartal di seluruh negara menuntut kemerdekaan penuh tanah air. Penjajah British dan tali barutnya bagaikan cacing kepanasan berhadapan dengan perjuangan rakyat tersebut. Beberapa bulan selepas itu, kaum penjajah telah mengisytiharkan undang-undang darurat mengharamkan semua parti-parti tersebut dan menyumbat para aktivis dan pemimpinnya ke penjara.

Walaupun hartal itu telah berlalu, tapi semangatnya tak pernah padam. Ia terus menyala memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berjuang demi sebuah negara yang benar-benar merdeka, adil dan demokratik.


Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

Video oleh Fahmi Reza, dipetik dari http://10tahun.blogspot.com/

CERPEN: SAINGAN YANG MELUMPUHKAN

SAINGAN YANG MELUMPUHKAN.....sebuah cerpen Dr. Nasir Hashim
‘Assallammu’alaikum, silalah masuk. ’
Nada salam bersama jemputan dihembuskan dalam satu nafas.
‘ Wa’laikumsalam …. tak apalah. Saya jenguk-jenguk aje. ’
Serba salah dibuatnya. Aku melepaskan senyuman plastik. Aku bukan nak masuk. Bukan nak jenguk-jenguk. Aku nak berteduh untuk seketika aje. Tidak lebih dari itu. Lepas itu nak belah.
‘Tak mengapa. Silalah ... mana tahu ada yang suka. ’
Sebenarnya aku baru saja melintasi jalan raya. Singgah ke kedai ini kerana ingin mengelak serangan matahari. Panas terik tanpa kesudahan. Tanpa belas kasihan. Mata ku berair cuba menangkis debu-debu dan silauan matahari. Tidak payahlah bercerita tentang titisan peluh, meletup-letup membasahi bumi dan bagaimana aku berdoa panjang agar ditimpa hujan lebat. Debu-debu pula berputar ligat kerana disambar kereta-kereta yang tak sabar menguji kepantasan kudrat horse-power. Semoga mereka selamat sampai dan tidaklah menjadi tetamu-tetamu istimewa di dalam Wad Kecemasan Hospital nanti. Amin.
Aku pun masuk ke dalam. Bukan kerana jemputannya tetapi kerana inginkan deruan angin air-con yang pasti mendinginkan tubuh ku yang setengah masak ini. Tempat ini memanglah cantik dan molek. Hiasannya juga sungguh menarik, membawa gaya ala moden. Tidak nampak pembantu-pembantu wanita dan lelaki.
Mata ku terdorong kepada satu ukiran besar yang tersergam indah di pertengahan pentas pameran ini. Seekor naga yang garang dengan kedua-dua matanya yang terkeluar, memerhati setiap gerak-langkah ku. Sungguh menggerunkan. Badannya gempal dan kental, membelit-belit sisa tunggul mati. Bebola yang bercahaya terdampar pada lidah mulutnya yang merah. Kulitnya pula berkilat-kilat dan bersisik emas. Sekilas pandang, macam naga raksasa ini sedang menghembuskan api dan asap panas. Aku dalam keadaan terpukau. Terus menuju ke lembaga yang makin membesar itu. Tuan punya kedai setia mengekori jejak langkah ku.

Sajak: BERSORAK ATAS LAHIRNYA PASUKAN PAHLAWAN

HIDUP PERJUANGAN PEKERJA

Rang undang-undang ditarik balik, piket diteruskan (Mkini)      
       
                          Abdul Rahim Sabri
Okt 12, 10
8:06pm
            
          
      

Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan.

Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini.

Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka.

"Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10



klip video ini sedutan dari filem PAHLAWAN KEMERDEKAAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1986.

ABDULLAH SUDIN PIMPINAN MARKAS BESAR REJIMEN KE-10

Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya telah membawa perdamaian baru di kawasan sempadan dan Malaysia. Ketika bekas perajurit sedang giat membangun kampung dan mengusahakan ekonomi, kami telah dikejutkan dengan pemergian Abdullah Sudin, anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 7 Mei 1995.

Abdullah Sudin pernah menyertai KMM, API, PKMM, PKM dan MDU. Pada tahun 1940-an, beliau diterima menjadi anggota PKM dan Liga Anti-British di Singapura. Di samping itu beliau juga bekerja dengan akhbar Utusan Melayu dan menyusun tokoh patriot demokrat dalam Utusan Melayu.

Pada tahun 1952, polis British cuba menangkapnya. Akan tetapi beliau dapat meluluskan diri dan berpindah ke Indonesia atas pengaturan organisasi PKM.

Di Indonesia, beliau melakukan kerja parti seperti membangun ekonomi parti bawah tanah, menghubungi Parti Komunis Indonesia, kerja front persatuan di kalangan tokoh-tokoh atasan Kerajaan Indonesia dan lain-lain. Di samping itu, beliau menyusun pemuda pemudi dan pelajar Malaya di Indonesia dengan menubuhkan Persatuan Pemuda Malaya di Indonesia (P2MI).

Pada awal tahun 1965, Abdullah Sudin dilantik menjadi anggota pejabat Liga Pembebasan Nasional Malaya (LPNM) untuk Indonesia yang merupakan satu badan separuh diplomatik yang diakui oleh Kerajaan Indonesia.

Abdullah Sudin dan anggota pejabat LPNM yang lain ditangkap oleh Suharto selepas Peristiwa Gerakan 30 September (G30S) 1965. Pada bulan Disember 1966, beliau diusir dari Indonesia. Sejak itu, Abdullah Sudin dan kawan-kawannya yang lain telah meninggalkan Indonesia berhijrah ke China.

PSM: FORUM SOSIALISME 2010


psm with wording logo



Seni Kiri + Forum +Malam Revolusi


KOPERAT DIUTAMAKAN---RAKYAT DIKORBANKAN.

SERANGAN NEOLIBERAL-SUATU ANALISA KRITIKAL

BUSINESS FIRST---PEOPLE LAST

A CRITICAL ANALYSIS OF THE NEO-LIBERAL ASSAULT

23-24 Oktober 2010

SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL, KUALA LUMPUR

1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur


SOSIALISM 2010- FULL PROGRAM

SERANGAN NEOLIBERAL – KOPRAT DI UTAMAKAN

DAN RAKYAT DI MISKINKAN

OKTOBER 2 3 &24 -2010

23-okt.2010 (Saturday/Sabtu)

8.30 AM - PENDAFTARAN

9.00 AM- Persembahan Multimedia Serangan Neo-Liberal- Pengalaman Malaysia

9.10 am Opening Remark/ Ucapan Pembuka Tirai

Dr. Nasir Hashim – Serangan Neo-liberal – Koperat diutamakan & Rakyat dimiskinkan

9.30 AM – DISKUSI PANEL PERTAMA

Moderator : Mashaliza Hamzah – CIJ & SIS

SURIANI: PERSIAPAN AWAL PKM HADAPI PENINDASAN PENJAJAH

Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya berundur ke Johor...



Kira-kira dalam bulan Mei 1948, penjajah British memperketat perisikannya terhadap kader-kader PKM. Memandangkan situasi itu, kader-kader terbuka telah menyelenggarakan mesyuarat di Singapura. Ketika itu parti ada gerakan terbuka dan gerakan rahsia. Saya sebagai Ketua Setiausaha Pejabat Parti adalah kader yang terbuka. Kira-kira lebih kurang 20 orang lebih kader menyertai perbincangan. Dalam perbincangan itu, pihak pimpinan memberitahu supaya membuat persiapan rapi kerana penjajah British mungkin akan mengadakan tekanan ke atas parti dan kekuatan demokratik dan progresif.

Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya berundur ke Johor bergabung dengan gerup Jawatankuasa Negeri Johor di bawah pimpinan Ah Tien. Saya menjadi salah satu anggota Jawatankuasa Negeri di Johor Selatan.

Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Di bawah keadaan ini, perjuangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan untuk mencapai kemerdekaan. Anggota-anggota organisasi PKM yang telah bersembunyi di desa-desa atau belukar segera membentuk pasukan bersenjata. Gerup kami yang sudah ada persiapan rapi juga masuk ke hutan mendirikan pasukan gerila. Beberapa bulan selepas itu, iaitu dalam tahun 1949, pihak atasan telah memindahkan sebahagian pasukan dari Johor selatan ke utara. Saya ikut serta dalam perjalanan ini memandu 20 orang lebih kawan wanita di pasukan tersebut. Dalam perjalanan, kami menghadapi pengejaran dan penghadangan tentera British. Sebelum itu, ketika berada di Johor, saya pernah beberapa kali diserang hendap tetapi selamat. Kemudiannya, setelah kami tiba di Mentakab, Pahang, kapal terbang British mengebom unit kerja kami seminggu penuh dari pagi sampai petang, tapi kami berundur ke tepi kampung menjalankan kerja menyusun massa.
---
dipetik dari Memoir Suriani Abdullah - Setengah Abad Dalam Perjuangan

PERTEMUAN 3 PEMIMPIN

Ketibaan Pak Zaman di Sukhirin telah disambut dengan penuh mesra oleh Pak Abdullah C.D. dan Pak Rashid Maidin. Ketika video ini dirakam, Pak Rashid baru saja tiba di Kampung Perdamaian Sukhirin dari Kampung Perdamaian Yala. Video di bawah menyaksikan pertemuan 3 pemimpin penting Rejimen Ke-10.

Categories

Pengikut