DARI KEDAI HITAMPUTIH: RASHID MAIDIN DALAM KENANGAN

dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN



dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN
Durasi: 42 minit
Format: DVD-r
Penerbit: Muzium Sejarah Kampung Sukhirin
Distributor: Alteraktif
Harga: rm9
akan mula dijual pada 01okt2010 sebagai meraikan kelahiran rashid maidin pada okt 1917.

RASHID MAIDIN: BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN

Dari pengamatan seharian dan analisis politik yang sistematik, PKM telah nampak jelas bahawa akan sampai ketikanya nanti penjajah British akan melancarkan penindasan besar-besaran, ganas lagi berdarah. Maka, pihak kepimpinan pusat PKM telah mengeluarkan arahan kepada kader-kadernya di dalam pelbagai organisasi untuk berundur ke desa.


Berjuang Untuk Kemerdekaan

Usaha gigih kami dari PKM, PKMM dan pelbagai pertubuhan seperti kesatuan-kesatuan buruh dan persatuan-persatuan anak negeri, serta juga oleh tokoh progresif berbilang kaum menyebarkan cita-cita ‘Merdeka’, telah disambut hangat oleh semua lapisan rakyat seluruh tanah air. Pekikan ‘Merdeka!’ kedengaran berkumandang di sana sini. Seruan Merdeka di kalangan orang Melayu yang paling lantang ketika itu ialah dari PKMM dan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), kemudian Pembela Tanah air (PETA), (pengganti API yang diharamkan oleh penjajah British) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), Hizbul Muslimin semuanya berkongsi aspirasi dalam menjunjung perjuangan kemerdekaan tanah air.

Untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan mengabui mata rakyat, British telah menelurkan satu rancangan apa yang disebutnya sebagai Malayan Union, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu, yang mana sebelumnya sultan dan raja-raja diiktiraf sebagai ketua agama Islam dan adat istidat Melayu, serta juga sedikit sebanyak penghormatan sebagai ketua negeri dalam pentadbiran British sebelum perang. Kini, semuanya dimansuhkan di bawah skim Malayan Union. Dengan hinanya raja-raja dan sultan-sultan pula dipaksa menandatangani perjanjian tersebut. Orang Melayu terasa terancam oleh rancangan Malayan Union penjajah British itu, dan mereka bangun menentangnya. UMNO ditubuhkan oleh Dato’ Onn dalam tahun 1946 dalam suasana ini. Itulah sebabnya UMNO ketika itu hanya melaungkan semboyan ‘Hidup Melayu’, manakala kami dari PKM dan PKMM menyeru ‘merdeka’, dan dicap pula sebagai golongan kiri dan ekstremis. Kaum bukan Melayu, terutamanya bangsa Tionghua menentang skim Malayan Union ini kerana di dalam skim itu Pulau Singapura dipisahkan dari Malaya.

CHEN NAN @ HAJI HASHIM MENYUMBANGKAN JIWA REMAJA DEMI KEMERDEKAAN TANAH AIR

Nama asal Kawan Chen Nan iaLah Chen Kwang Chang. Pada masa Perang Anti-Jepun beliau bernama Lao Yang; masa perjuangan secara damai selepas tamat Perang Dunia Kedua bernama Ah Mu dan pada masa Perang Anti-British bernama Chen Nan. Kawan-kawan Melayu membahasakan beliau sebagai Kawan Haji Hashim. Nama Haji Hashim diberikan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam ketika beliau bermesyuarat bersama kawan-kawan dalam PKMM.

Kawan Chen Nan lahir di Taiping, Perak pada tahun 1921. Masa kecil menerima pelajaran dalam bahasa Cina dan Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuala Lumpur, beliau sudahpun memperhatikan peristiwa-peristiwa penting dalam negeri, mengambil berat jesejahteraan dan kesengsaraan rakyat, tidak puas hati pada pencerobohan dan pemerintahan imperialis British. Kerana itulah beliau menyertai gerakan pelajar. Dalam gerakan itu, beliau telah bertemu dengan kader Parti Komunis Malaya (PKM), kemudian beliau menjadi anggota PKM, dan menjadi seorang anasir cergas dalam gerakan pelajar.

Semasa fasis Jepun mencerobohi negara kita pada penghujung tahun 1941, kebetulan cuti penggal sekolah, Kawan Chen Nan sedang bercuti di rumahnya di Perak. Beliau berjaya mencari jalan berhubung dengan organisasi parti tempatan dan giat mengambil bahagian dalam perjuangan anti-Jepun di kampung halamannya.

Bahagian barat laut Perak sangat luas kawasannya, tapi parti masih kurang anasir cergas dalam pergerakan massa. Kawan Chen Nan membuat kerja menyusun massa rakyat di samping bertanggungjawab atas kerja perhubungan. Beliau selalu mengayuh basikal membawa sejumlah besar dokuman berulang alik berpuluh-puluh batu jauhnya untuk menyampaikan dokumen-dokumen itu ke berbagai unit. Beliau menjayakan tugas itu dengan cemerlang.

Kerana keperluan perjuangan anti-Jepun, Kawan Chen Nan diangkat sebagai anggota Jawatankuasa Parti Kawasan Barat Laut Perak pada penghujung tahun 1942. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kawasan. Pada tahun 1945 beliau dilantik pula sebagai anggota Jawatankuasa Parti Wilayah (iaitu Jawatankuasa Negeri) Perak.

RASHID MAIDIN: MENGOBARKAN SEMANGAT MERDEKA

Masa itu merdeka hanya lahir dari mulut golongan kiri sahaja. Masih ada lagi golongan United Malay National Organisation (UMNO), mereka bukan saja tidak mahu kemerdekaan, tapi menentang gerakan kami pula. Masa itu UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Mereka berkata kami berjuang, tetapi ‘buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon.’



Mengobarkan Semangat Merdeka

Kerja menerbitkan akhbar juga ada pahit manisnya. Dari segi kewangan menerbitkan akhbar, kami terpaksa berjimat cermat. Itu pun mujur jugalah pengarang kami terdiri dari orang-orang progresif yang sama-sama bercita-cita dan bersemangat kemerdekaan. Mereka tidak pentingkan sangat soal ganjaran, tapi bekerja dengan penuh kesedaran untuk perjuangan.

Untuk menjimatkan wang, kami beli kertas besar, jadi terpaksalah potong sendiri. Setelah akhbar dicetak, saya terpaksa pula mengedarnya ke kedai-kedai buku untuk dijual, kemudian memungut hasil penjualannya pula. Dalam perjalanan menguruskan masalah tersebut, kadang kala terpaksa mencari kesatuan-kesatuan buruh untuk bermalam, jadi tak perlu menyewa bilik hotel. Pada masa itu pelbagai kesatuan buruh mengenali kami. Apabila kami tiba, mereka memberi sambutan yang mesra dan juga menyediakan tempat penginapan.

KAWAN NORDIN, PUTERA TERPUJI ANAK TANI MISKIN

Kawan Nordin dilahirkan di sebuah pondok usang di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Ayahnya seorang petani miskin yang rajin dan jujur. Sejak kecil Kawan Nordin hidup dalam kesusahan.

Pada 20 Jun 1948, kaum penjajah British mengharamkan semua pertubuhan yang berjuang untuk kemerdekaan serta melakukan penangkapan di seluruh negara. Ramai aktivis politik masuk hutan memanggul senjata menentang penjajah British. Kezaliman kaum penjajah British dan anjing buruannya telah membangkitkan kesedaran nasional di dada Kawan Nordin. Dengan keinginan kuat untuk menghalau kaum penjajah British dari bumi tanah air Kawan Nordin telah menyertai pasukan asas Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada akhir tahun 1948. Apabila Rejimen Ke-10 dirasmikan pada 21 Mei 1949, beliau menjadi salah seorang anggota pengasas pasukan tersebut.

Beliau berani bertempur, tekun bekerja, memperhatikan politik, giat belajar,kemajuannya cepat meningkat. Pada tahun 1949 beliau menjadi anggota PKM dan dalam tahun yang sama beliau diangkat menjadi Ketua Seksyen. Pada tahun 1950 beliau diangkat menjadi Naib Ketua Platun.
Dalam perjuangan bersenjata yang sengit dan kusut masai, Kawan Nordin menyertai banyak pertempuran dan menegakkan banyak jasa dengan keberaniannya dalam pertempuran.

Pada waktu subuh suatu hari di tahun 1948, perkhemahan pasukan Tentera Pembebasan Nasional yang ditempatkan di Ulu Cheka, Pahang telah diserang musuh dari belakang. Pada saat yang genting itu, Kawan Nordin dengan berani dan tangkas menyerbu ke depan. Beliau menduduki tempat yang menguntungkan lalu seorang diri menggasak musuh di garis terdepan, sehingga mereka tidak berani mengangkat kepala. Dengan ini tersedialah luang untuk kawan-kawan lain menceburkan diri dalam pertempuran.

Berkat adanya kekuatan tembakan dari kawan-kawan, akhirnya musuh yang menyerang secara curi-curi itu dapat diporak perandakan.

Pada suatu hari dalam paruh kedua tahun 1949, suatu pasukan Tentera Pembebasan Nasional sedang berehat di sebuah kebun getah. Tiba-tiba sepasukan askar British muncul di pinggir hutan di belakang kawan-kawan dan melepaskan tembakan ke pasukan. Kawan Nordin segera mengangkat brengunnya melepaskan tembakan yang dahsyat membalas tembakan musuh. Ini telah menarik kekuatan tembakan utama musuh ke arahnya sehingga pasukan sempat menyusun regu penggempur membelok ke sayap musuh lalu menyergapnya. Dengan ini kita dapat menyelesaikan pertempuran dengan cepat.

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROAD TO REFORM

Majlis Pelancaran buku The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor : 7:30 malam Isnin, 27hb Sept


Salam sejahtera,


Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda ke majlis pelancaran buku The Road To Reform: Pakatan Rakyat In Selangor di Petaling Jaya.


The Road to Reform merupakan buku pengenalan tentang pengalaman reform Selangor yang pertama lagi menyeluruh, berikutan Pilihanraya Mac 2008, dengan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Dengan susunan sekitar empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya – Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan. Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini.

Antara penulis-penulis yang hadir pada majlis pelancaran buku ialah: Abdul Aziz Bari, Wong Chin Huat, Andrew Khoo, Syed Husin Ali, Tony Pua, Gurmit Singh, Barjoyai Bardai, Fahda Nur, Colin Nicholas, Ong Kian Ming, Ahmad Farouk Musa, Sivin Kit dan Mavis Puthucheary.

Tarikh: Isnin, 27 September 2010
Masa: 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, off Jalan Sultan, Petaling Jaya (Sebelah Stesen LRT Taman Jaya)

DI MANA BUMI DIPIJAK: PEMBENTUKAN MALAYSIA



2 Feb. 1963 -
Operasi 'Cold Store' di Singapura: Penindasan terhadap golongan kiri, kononnya kerana menentang pembentukan Malaysia; ada tahanan politik yang ditahan berpuluh-puluh tahun tanpa bicara.


4 April 1963 -
Indonesia umumkan 'Konfrontasi' membantah pembentukan Malaysia.


16 Sep. 1963 -
Malaysia dibentukkan (tanpa Brunei) tanpa persetujuan rakyat. Indonesia dan Filipina menentang rancangan British ini.

Penentangan terhadap Malaysia dijadikan alasan untuk menahan beribu-ribu pemimpin dan aktiis pembangkang tanpa bicara. Antaranya, Dr. Burhanuddin, Presiden PAS, Pak Sako, Pengerusi Parti Buruh, Boestamam, Ketua Parti Rakyat, dan Aziz Ishak, bekas Menteri UMNO.


1965 -
Kongres Ekonomi Bumiputera pertama menuntut kemajuan ekonomi Melayu.


9 Ogos 1965 -
Singapura keluar dari Malaysia.


31 Ogos 1957 -
Hamid Tuah dan pengikutnya yang kelaparan tanah membuka ladang tanpa izin pemerintah di Teluk Gong dengan sokongan mahasiswa serta cerdik pandai.


Okt. 1967 -
Mogok umum (hartal) di Pulau Pinang menentang kejatuhan nilai ringgit yang dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang penjajah British.


11 Mei 1969 -
Perikatan mendapat undi terbanyak, tetapi bukan majoriti, dalam pilihanraya umum ke-3 kerana parti pembangkang berpecah belah, penentuan kawasan pilihanraya dan sistem pemilihan yang berat sebelah. Di Selangor kerusi yang dimenangi oleh Perikatan dan pembangkang sama banyak.

13 Mei 1969 -
Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas perhimpunan pemuda UMNO dan Pemuda Tahan Lasak yang diketuai Menteri Besar Selangor, Harun Idris.


14 Mei 1969 -
Darurat diumumkan, Parlimen digantung. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) polis - tentera di bawah Timbalan Perdana Menteri Razak.

posting terkait:

DI MANA BUMI DIPIJAK: SEJARAH PERKEMBANGAN BANGSA KITA
DI MANA BUMI DIPIJAK: MELAKA
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG IMPERIALISME
DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG TENTERA JEPUN
DI MANA BUMI DIPIJAK: NASIONALISME BERKEMBANG
DI MANA BUMI DIPIJAK: KEMERDEKAAN
DI MANA BUMI DI PIJAK: NEO KOLONIALISME

BABAK KEDUA PENUKARAN KUDA


Pada pertengahan bulan Januari tahun 1953, McDonald memanggil Onn bin Jaafar dan rakan-rakannya ke Ipoh untuk bersidang. Mereka yang ikut serta dalam sidang tersebut ialah Onn bin Jaafar, E.E. C. Thuraisingam, P.P. Narayanan, Menteri-menteri Besar Perak dan Kelantan serta Yong Seok Ming, Sia Yu Chiang, Wai Chi Kang, Kim Sui On dan seorang Serani dari Pulau Pinang bernama V. Shelly, Tan Cheng Lock anak beranak sudah bermasam muka dengan Onn bin Jaafar, jadi mereka berdua tidak hadir.

Di sidang itu McDonald telah menganalisa situasi politik dan berkata bahawa Perikatan MCA-UMNO dikuasai orang Cina. Dia meminta para hadirin mengkaji masalah jalan keluar bagi Parti Kemerdekaan dan Onn bin Jaafar menurut situasi politik ketika itu. Dia mengusulkan penubuhan Badan Politik Pusat yang terdiri dari wakil-wakil semua parti politik dan pertubuhan, dua tiga orang pegawai British seperti dia juga boleh turut serta untuk membincangkan masalah pemerintahan sendiri. Itulah jalan yang paling baik katanya, sedangkan jalan yang kurang baik ialah menubuhkan parti yang baru. Sidang memutuskan untuk meneruskan sidang itu di rumah Yong Soek Ming di Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun yang sama. Sidang tersebut juga telah memutuskan penubuhan badan politik pusat dan mempertanggugjawabkan kerja menggubal perlembagaannya kepada 3 orang berasas tujuankan memajukan perpaduan nasional dan maju beransur-ansur menuju pemerintahan sendiri.

Pada 16 Mac, mereka bersidang sekali lagi di mana mereka memutuskan untuk mengeluarkan sebuah pernyataan atas nama Menteri Besar berbagai negeri, merayu semua parti politik supaya mengutus wakil mereka menyertai persidangan nasional demi menimbangkan masalah mengadakan kerjasama yang paling baik untuk mendirikan negera Malaya yang bersatu dan berpemerintahan sendiri. Pernyataan yang ditulis McDonald sendiri itu diluluskan oleh sidang pada 16 Mac lalu disiarkan pada 20 Mac. Bersamaan dengan itu diputuskan bahawa persidangan nasional diselenggarakan di Kuala Lumpur pada 27 April dan semua parti politik dan pertubuhan diundang menghadirinya. MCA dan UMNO menolak menghadirinya. Oleh kerana itu selain daripada orang-orang dari Parti kemerdekaan dan orang-orang peranakan, mereka yang menyertainya hampir semuanya ialah wakil dari pertubuhan dan parti politik orang India Ceylon dan Pakistan, antaranya termasuk wakil MIC. Persidangan itu telah melantik sebuah jawatankuasa yang bertugas mengajukan laporan dan usul berkenaan masalah-masalah tersebut kepada persidangan kedua. Persidangan itu memutuskan untuk mengadakan persidangan nasional kedua pada 27 September. Persidangan itu juga memutuskan:

PERANG DI MALAYA: 1 GERILAWAN LAWAN 65 ASKAR BRITISH


Tidak lama setelah Henry Gurney mati, Parti Konservatif telah berkuasa semula di Inggeris. Kekalahan Inggeris di Malaya sangat mencemaskan benggolan-benggolan Parti Konservatif. Pada bulan November tahun 1951, Setiausaha Tanah jajahan Oliver Lyttleton diutus untuk bergerak di negeri kita, kemudian Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi merangkap Pengarah Gerakan yang baru pada bulan Februari tahun 1952. Ketika itu, imperialis British dalam petunjuknya kepada Temper berkata”Malaya harus dijadikan sebuah negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai. Kerajaan Inggeris yakin benar negara ini akan tetap tinggal dalam Komanwel dan pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”. Oleh kerana itu, katanya, “tugas utama Gerald Templer ialah memulihkan undang-undang dan ketertiban Malaya agar dapat menghapuskan halangan di jalan kemajuan”.

Dalam ucapannya setelah ia memegang jawatan itu, Gerald Templer berkata bahawa dia tidak pernah menganjurkan supaya pilihan majlis tempatan ditangguhkan kerana keadaan darurat sebaliknya ia harus dipergiat. Maka itu dari tahun 1952 hingga 1954, di satu pihak Gerald Templer menganiayai massa rakyat kawasan desa dengan tindakan fasis yang lebih biadab dan melancarkan serangan besar-besaran yang berkepanjangan terhadap kekuatan bersenjata rakyat, dan di lain pihak ia melakukan pemilihan majlis tempatan dengan maksud hendak membasmi kekuatan bersenjata rakyat dan memulihkan apa yang disebut “undang-undang dan ketertiban”.

Meskipun dia telah berupaya dengan sekuat tenaga tapi dia tidak dapat menghindarkan kekalahan. The Times pernah melaporkan pada 2 Oktober tahun 1953 bahawa Gerald Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat di Malaya. Ini tidak termasuk tentera laut, tentera udara, polis dan pasukan kawalan kampung. Surat khabar itu berkata bahawa di sesetengah tempat, setiap dua orang penduduk dijaga oleh seorang anggota tentera dan setiap gerilawan di hutan perlu dijaga oleh 65 orang anggota tentera. Jumlah anggota tentera yang menjaga seorang gerilawan menjadi lebih besar lagi jika ditambah dengan tentera laut dan udara yang membantu tentera darat.

FELDA


Oleh: Dr. Nasir Hashim





HASRAT PENEROKA LADANG TIDAK KESAMPAIAN


‘Li (Rosli) bangun nak …. Bangunlah.’

Entah berapa kali rayuan Ayah berdendang di telinga ku. Aku mencelikkan mata. Jam di tangan mengisyaratkan 4:30 pagi. Menggosok mata lagi. Selalunya Emaklah yang mengejut aku pada pagi-pagi buta seperti ini. Bukan Ayah.

‘Tolong Ayah toreh getah nak. Ayah tak berapa sihat. Takut tak sempat dapat kuota kerja.’

Setahu aku, semenjak aku melangkah masuk Maktab hinggalah sudah bekerja, Ayah tidak lagi menyuruh aku menoreh getah ataupun memungut sekerap getah. Ayahlah yang selalu mengingatkan Emak supaya jangan kejutkan aku dari mimpi. Dah lah aku balik sekali sekala. Maka biarlah aku tidur sepuas-puas hati. Begitulah kehendak Ayah ku.

Tapi …. Kali ini Ayah perlukan tenaga ku. Kalaulah aku dapat membantu Ayah .…. apa salahnya. Dapatlah aku mengimbau kembali zaman muda ku di Kampong Bombai, Melaka. Dulu, bukan aku tidak pernah menolong Ayah menoreh getah, membekukan getah, memerahkan air getah dengan mesin dan menyalaikan kepingan-kepingan getah di penjuru-penjuru dapur. Kepingan getah yang kuning keemasan dapat dijual dengan harga yang tinggi sedikit. Tapi di sini, keadaan sudah berubah. Pejabat FELDA ini tidak perlukan kepingan getah tetapi susu getah dan sekerap getah sahaja.

Mungkin juga ada sesuatu yang Ayah ingin ceritakan pada ku. Baguslah. Aku sabar menanti.

Subuh tetap dingin dan kegelapan pula tidak ingin melepaskan jajahannya. Loceng Pejabat sudah pun berbunyi. Macam loceng bomba. Loceng kecemasan. Bingit telinga dibuatnya. Yang lain tidak kisah pun. Bukan pekak. Mungkin sudah biasa, sudah adjust. Semua mengheret diri dan berhimpun depan Pejabat. Lampu spotlight Pejabat menerpa muka. Menunggu ‘roll call’. Rosli mengekori Ayahnya. Dia tidak kenal peneroka-peneroka yang lain. Apa lagi dengan pakaian gelap, kepala berlilitan pelita dan lampu picit serta dikaburi dengan asap-asap rokok yang berlumba-lumba menjilat langit. Ternampak juga ibu-ibu dalam himpunan ini. Mungkin anak-anak sudah besar dan dapatlah membantu suami masing-masing. Kain towel berwarna warni melilit leher mereka. Semua membawa bekalan sarapan.

SUASANA AIDILFITRI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

menjelang solat sunat Aidilfitri





Solat Sunat Aidilfitri






Menziarahi Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani


---
Gambar dirakam oleh Aman

KENANGAN RAYA DI REJIMEN KE-10

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - SEPTEMBER 2010

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan

Abdul Hadi Awang

Publisher: Jundi Resources

Year: 2010

129 Pages

RM15.00 / SGD10.50

Buku ini ditulis oleh seorang ulama gerakan Islam tersohor tanahair yang telah puluhan tahun tidak pernah jemu untuk menyampaikan Islam yang syumul kepada masyarakat, tokoh maestro kebangkitan Islam ini juga telah mengarang lebih daripada 40 buah buku bernunsakan fikrah dan dakwah yang tersebar ke seluruh Negara semenjak dekad 80-an. Tuan Guru selain memimpin pertubuhan siasah cum dakwah terbesar di negara ini, juga disela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program. Panduan di antara ilmu dan segudang pengalaman maka lahirlah karya ini bagi menambahkan koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Palestin yang sekian lama bumi Isra’ yang dijarah oleh Yahudi bangsa terlaknat. Isu Palestin yang sentiasa bersimbah darah, penghuni Gaza yang dibantai dengan sadis oleh regim zionis dan sekutunya. Buku ini mengheret kita untuk merasai tersentuh dengan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap bumi Isra’ (Palestin), serta menguak kembali pintu sejarah susur galur bumi Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel semenjak 15 Mei tahun 1948.

-Riduan Mohamad Nor-

Di Bawah Langit Ramadhan

Riduan Mohamad Nor, Mohd Nazri Chik dan Nasrudin Yaacub

Publisher: Jundi Resources

Year: 2010

ISBN: 9839999451

77 Pages

RM10.00 /SGD7.00

Ramadhan adalah penghulu bulan, kedatangannya dirindui, menggamit dengan seribu cinta sang Pencipta, menawarkan sejuta pengampunan di langit taubat yang terbuka pintunya untuk direngkuh. Ramadhan perginya ditangisi, bak melepaskan belahan jiwa tak berpaling, bulan mulia ini dinobat sebagai bulan Al-Quran, lantaran ayat-ayat cinta ini menyapa Nabi SAW di bulan Ramadhan, sekaligus penanda waktu tugas kerasulan yang bermula. Ramadhan dijulang sebagai bulan jihad dan gendering perjuangan ditabuh, lantaran kerana pertembungan Iman dan kufur tidak pernah menghantar ratap sedih kekalahan melainkan teriakan takbir menyambut kemenangan gemilang Islam tercinta. Badar al-Kubra, Peperangan Tabuk, Pembukaan kota Makkah, Peperangan Hittin, Perang Ramadhan 1973 adalah sekelumit saksi sejarah yang tidak berdusta kepada langit kebenaran. Ramadhan adalah bulan pengampunan, membasuh noda semalam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI WARGA KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN



Gambar: bekas perajurit Rejimen Ke-10
yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin
(klik gambar untuk paparan yang jelas)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

BABAK PERTAMA TUKAR KUDA

Setelah pulang dari London pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman pun dilantik menjadi Timbalan Pendakwaraya di Kuala Lumpur oleh imperialis British, agar supaya dia dapat memainkan peranan lain pula dalam penipuan politik yang dijalankan imperialis British.

Pada tahun 1947 hingga 1948, ketika dia masih berada di London dia menyenandungkan lagu yang senada dengan Onn bin Jaafar yang ada di dalam negeri dalam usaha membela mati-matian hak istimewa dan kedudukan sultan-sultan,menentang syarat-syarat kewarganegaraan dan menganjurkan dipulihkannya keadaan sebelum Perang Dunia Kedua. Tapi setelah dia balik dari London, imperialis British pun mulai menggunakannya sebagai kuda tunggangan yang lain. Ia telah membuat pendapat awam bagi Tunku Abdul Rahman agar boeh diangkat naik takhta menggantikan Onn bin Jaafar bila perlu. Oleh kerana itu dia sentiasa bertengkar dengan Onn bin Jaafar baik di sidang UMNO mahpun di tempat-tempat lain. Misalnya dia mendendangkan lagu basi chaovinisme jika Onn bin Jaafar memakai jubah non rasialis, dan dia menyamar sebagai wakil rakyat semua bangsa jika Onn bin Jaafar menyebut-nyebut hak istimewa orang Melayu. Kadang-kadang Onn bin Jaafar berada di atas panggung. Nampaknya seakan-akan mereka sentiasa bertentangan, tapi sebenarnya ini telah diatur secara rapi oleh imperialis British dengan maksud hendak mempertahankan kekuasaan penjajahanya. Ketika Onn bin Jaafar meminta dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, imperialis British pun menyebarkan pendapat-pendapat yang tidak menguntungkannya di kalangan golongan Tunku Abdul Rahman dan anasir-anasir bangsawan feudal untuk menggagalkan usaha Onn bin Jaafar. (anaknya Hussein Onn pernah berkata pada tahun 1963 bahawa orang Inggeris telah menggunakan peristiwa itu untuk menghasut sultan-sultan menentang ayahnya).

Onn bin Jaafar yang hidung tinggi dan berwenang-wenang semakin tak laku di dalam UMNO, maka itu dia terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua UMNO pada bulan Ogos tahun 1951 dan diganti oleh Tunku Abdul Rahman.

Untuk memenuhi keperluan imperialis British yang hendak mengadakan sandiwara pemilihan, Onn bin Jaafar yang digalakkan oleh McDonald dan Henry Gurney telah bersekongkol dengan orang-orang Jawatankuasa Perhubungan Kaum dan bersiap sedia membentuk satu parti yang baru. Setelah melakukan serentetan kegiatan pujuk memujuk, mereka telah membentuk Parti Kemerdekaan Malaya pada 16 September tahun 1951. Benggolan-benggolannya termasuk Tan Cheng Lock. E.E.C. Thuraisingam, P.P. Narayanan serta Hussein Onn dan juga J. Brazier penasihat kesatuan sekerja yang dikirim oleh imperialis British untuk mensabotaj gerakan buruh negeri kita. Onn bin Jaafar berkata “Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya telah mencerminkan kepercayaannya kepada janji Inggeris tentang kemerdekaan Malaya”, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula membidasnya sebagai mengkhianati kepentingan orang Melayu dan memecat semua ahli UMNO yang menyertai Parti Kemerdekaan Malaya, tapi di samping itu dia mengeluarkan pernyataan mengalu-alukan orang-orang bukan Melayu yang menjadi ahli luar biasa UMNO.

MERDEKA dan SEBUAH NEGARA PENCURI

MERDEKA dan SEBUAH NEGARA PENCURI

(http://www.tongkatbahaman.com)

Jika rakyat buta dan jahil tentang bagaimana kemerdekaan negara diperjuang dan dicapai maka apakah makna merayakannya…! Perayaan yang saban tahun diselubungi propaganda politik UMNO. UMNO telah menulis sejarah merepeknya untuk diwarisi oleh generasi muda seperti seorang gadis yang disolek sesuka hati hingga kita tidak mengenal wajahnya yang sebenar…! Akibatnya generasi muda langsung tidak memahami sejarah bangsanya sendiri.

Sejak dari dulu pemimpin-pemimpin UMNO memang sangat cekap dalam mencuri. Mulanya mereka mencuri jasa dan usaha PUTERA-AMCJA yang terdiri dari gabungan tenaga progresif yang telah diterima oleh rakyat Malaya mendesak merdeka dari British. Golongan progresif ini diburu hingga ke hutan hanya kerana semboyan “MERDEKA“nya.

Dari sinilah orang tua-tua Melayu telah mencipta satu peribahasa “ Lembu punya susu sapi dapat nama” dan “Senohong gelama ikan duri, bercakap berbohong lama-lama mencuri”. Bermula dengan menipu tentang fakta sejarah hinggalah kini - Gagasan 1 Malaysia pula. Segala dasarnya tersirat dengan pelbagai tipu helah serampang dua mata yang curang. Mereka nampak menentang rasuah tetapi dalam masa yang sama menggunakan rasuah sebagai umpan untuk black mail dan jerat kepada sesiapa saja yang ingkar untuk melaksanakan arahan menteri dan menteri perdana. Fail rasuah akan dipegang oleh menteri perdana. Arahan siasatan akan diarahkan kepada SPRM jika pegawai ini enggan menurut arahan curangnya. Menjadikan rasuah sebagai budaya dan dasar serampang dua mata “ 1 untuk engkau… 1000 untuk aku”.

Bagi UMNO, mereka percaya hayat parti ini semakin singkat. Parti kolot ini tidak lagi diterima oleh majoriti generasi muda Melayu. Generasi muda yang jahil dan buta sejarah ini tidak dapat memahami sejarah merepek yang ditulis oleh UMNO. Kerana sejarah merepek inilah guru-guru sejarah tidak dapat memberi jawapan terhadap pertanyaan yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar mereka. Akibatnya rakyat menjadi buta dan jahil tentang sejarah bangsa sendiri. Yang mereka lihat selama 53 tahun ialah pesta bercanda pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah dan membaham harta negara yang kaya.

UMNO bukan sahaja berjaya membangunkan negara yang penuh dengan pondok toll di lebuhraya malah toll yang tidak berpondok iaitu rasuah ( Corruption exacts a huge toll on our economy – Razaleigh.com). Setiap ringgit wang rasuah adalah kos tambahan yang perlu dibayar oleh rakyat termasuk petani, nelayan dan buruh kasar . Menurut Tengku Razaleigh rasuah adalah aktiviti mencuri public fund.

“ Corruption is a form of theft. But it is a form of theft that also damages what is not stolen. This is because corruption involves the capture of decisions involving public funds. Corrupt decisions mis-allocate public resources and cause tremendous waste in the expenditure of public money. Public money is poured down the drain when projects are selected not because of the value they deliver to the public but because of what can be skimmed from them” - razaleigh.com

PENIPUAN PEMERINTAHAN SENDIRI

Setelah Perang Pembebasan Nasional Anti-British meletus, imperialis British dengan kalap sekali berteriak-teriak bahawa ia dapat menumpas perlawanan bersenjata rakyat dalam tempoh setengah tahun atau setahun setengah. Strategi perang cepat selesainya telah bengkrap dan ia terlepur dalam rawa-rawa perang jagka lama kerana kekuasaan penjajahannya amat tidak mendapat tempat di hati rakyat dan kerana perlawanan gagah berani rakyat negeri kita.

Untuk menyelamatkan diri dari kegagalannya, imperialis British telah mendatangkan tenteranya yang lebih banyak lagi bagi memperkuat serangannya di samping memainkan penipuan politik pula. Pertama-tama McDonald telah mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil bangsawan feudal, pegawai-pegawai rejim penjajah, borjuis komprador besar dan pengkhianat buruh di tempat kediaman Onn bin Jaafar pada 31 Disember 1948.

Pada 10 Januari tahun 1949, apa yang disebut “jawatankuasa perhubungan kaum” telah ditubuhkan di bawah pimpinan McDonald; antara anggota-anggotanya terdapat Onn bin Jaafat, E.E.C. Thuraisingam, Tan Cheng Lock, Yuk Sung Ling, Menteri Besar Negeri Perak Abdul Wahab bin Tok Muda Abdul Aziz, Setiausaha Agung UMNO Zainal Abidin Abbas, pengkhianat buruh P.P. Narayanan dan sebagainya. Selanjutnya pada 27 Januari tahun 1949, Tan Cheng Lock yang pernah berspekulasi dalam AMCJA serta H.S. Lee bekas kolonel tentera Chiang Che-shek (Chiang Kai Shek) dan Leong Yuh Koh bekas pegawai daerah rejim Chiang Kai Shek serta lain-lainnya telah meneratak MCA atas arahan McDonald dan Henry Gurney. Akan tetapi orang ramai tidak tertipu oleh Jawatankuasa Perhubungan kaum itu. MCA sentiasa sangat terpencil di tengah-tengah massa Cina. Pada 5 Oktober 1951 Henry Gurney telah menulis surat kepada Tan Cheng Lock di mana dia menuduh MCA tak berguna dan menyuruh MCA supaya memperhebat kegiatan politiknya untuk memikat orang Cina supaya bekerjasama dengannya. Dia mengugut, kalau tidak berbuat demikian, harta benda kapitalis besar Cina akan habis licin.

RANCANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN PERJUANGAN MENENTANGNYA

Untuk memperalatkan lebih lanjut Onn bin Jaafar dan sebangsanya, imperialis British telah mengumumkan dibatalkannya rancangan Malayan Union dan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengulangkaji masalah sistem perlembagaan pada keseluruhannya pada bulan Julai tahun 1946. Pengerusi Jawatankuasa itu ialah Macdonald dan 11 orang ahlinya terdiri dari 5 orang pegawai British dan 6 orang wakil Sultan berbagai negeri dan UMNO. Setelah bergerak di belakang tabir selama 3 bulan, mereka menelurkan konsep persetujuan tentang Persekutuan Tanah Melayu. Konsep tersebut menetapkan 9 buah negeri dari Melaka di Semenanjung serta Pulau Pinang bercantum menjadi Persekutuan Tanah Melayu; nama Gabenor imperialis British ditukar menjadi Pesuruhjaya Tinggi, kedudukan sultan sebelum Perang Dunia Kedua dipertahan, hak istimewa orang Melayu ditegaskan dengan maksud yang tersembunyi; pembatasan permohonan kerakyatan dari orang bukan Melayu diperketat dan lain sebagainya. Konsep itu dengan sepintas lalu menggambarkan apa yang disebut “hari depan perkembangan pemerintahan sendiri”. Jelas sekali, inilah rancangan busuk imperialis British yang hendak memulihkan kekuasaan penjajahannya dengan bersekongkol dengan bangsawan-bangsawan feudal dan golongan pertengahan Melayu.

TUKAR TIUB SEMPENA HARI MERDEKA

Selasa, 2010 Ogos 31

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA



MERDEKA :

laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.

lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946.

KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu

gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen


MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:


ini bohong. ini tipu besar. ini lebong.

ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan.

parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi
yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas
mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.

kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur
di hutan pahang.

kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu.
arwah emak dia angkat senjata.

ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan
great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.

MUSTAPHA HUSSEIN: PEJUANG KEMERDEKAAN

Categories

Pengikut