Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 adalah sebuah kampung yang didirikan khas untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya dengan bantuan Kerajaan Diraja Thailand. Sejak dari Darurat 1948 kaum penjajah British telah melebel mereka sebagai pengganas dan anti-agama kerana mereka menentang penjajah secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka hingga kini, lebel ini diberikan pula oleh kerajaan Malaysia.
Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah adalah mereka yang dilebel pengganas dan anti-agama tersebut.




















