Rabu, 30 Jun 2010

BERPERANG DAN BERHIJRAH

3 ulasan



Oleh: Minda Panji Darman





“Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah.... Al-Imran: 110)
JIKA rakyat dan orang Islam di Malaya betul-betul membaca al-Quran dan memahami ajarannya pasti mereka tidak dapat ditembusi oleh sebarang dakyah, tipudaya dan propaganda kaum Imperialis Inggeris. Tidak mungkin sama sekali Malaya dijajah begitu lama hingga 450 tahun. Penjajahan yang begitu lama telah menyebabkan orang-orang Melayu berada di dalam kegelapan yang panjang. Dalam kegelapan ini tidak mustahil juga wujud dari bangsa ini musuh-musuh dari kalangan mereka sendiri yang menentang tindakan revolusioner sebangsanya untuk keluar dari tekanan luar pada masa itu.

Ahad, 27 Jun 2010

ZIARAH PEJUANG-OLEH AHMAD NIZAM HAMID

0 ulasan
Kawan Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Pari Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989. Berikut adalah petikan posting dari blog Saudara Ahmad Nizam Hamid, LANAILESTARI.

Sabtu, 26 Jun 2010

TEKS UCAPAN KAWAN AFFANDI, PENTERJEMAH MEMOIR ABDULLAH C.D.

0 ulasan
Tiga bahagian memoir terjemahan dalam bahasa Tionghua ini semuanya berjumlah 440,000 huruf layak digelar sebagai sebuah karya sejarah yang agung. Memoir ini bersama satu lagi karya sejarah yang agung berjumlah lebih empat ratus ribu huruf Tionghua, iaitu My side of History dari Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, menjadi dua buah dokumen sejarah yang amat penting dan bermakna..


Jumaat, 25 Jun 2010

BLOG BARU TONGKAT BAHAMAN

0 ulasan
KINI DAN SILAM mengucapkan selamat belayar kepada blog TONGKAT BAHAMAN (http://www.tongkatbahaman.com) yang baru dilancarkan pada bulan Mei lepas. Dengan ciri reka bentuk menarik, blog ini turut membongkar sejarah tanah air yang cuba dilindungi dari pengetahuan umum.

“Tongkat Bahaman adalah sebuah laman web yang bersifat kritikal terhadap semua pandangan, fahaman atau ideologi sekalipun. Memperjuangkan kebenaran dan kebaikan, menentang kebatilan dan kebejatan seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran:”

Khamis, 24 Jun 2010

MAT INDERA: PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR

0 ulasan
Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat dibunuh.
Mat Indera bersama rakan guru agama kerajaan Johor.

Rabu, 23 Jun 2010

MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR

10 ulasan
Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya.

Selasa, 22 Jun 2010

FILEM BUKIT KEPUNG DAN PERTEMPURAN MENYERANG BALAI POLIS

5 ulasan
Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.

Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan "surrender", "buang senapang tak mati", agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.

Isnin, 21 Jun 2010

PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D.: ALU-LUAN DARI WAKIL PENAJA

0 ulasan
Rejimen Ke-10 , pasukan Melayu dari PKM, adalah barisan pahlawan, barisan pengibar panji antara rejimen-rejimen TPNM yang lain. Kenyataan terbukti bahawa Kampung Perdamaian Sukhirin yang didiami bekas perajurit-perajurit Melayu juga yang terbesar dan teramai sekali penduduknya antara empat kampung perdamaian PKM di selatan Thai.

ALU-ALUAN

Saudara-saudari sekalian,

Sahabat-sahabat lama dan

Kawan-kawan sekalian,

Ahad, 20 Jun 2010

PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH 20 JUN '48

0 ulasan
Tamat Perang Dunia Kedua, imperialis British segera menghantar tentera ekspedisinya mendarat di Malaya dan meletakkan semula negeri kita di bawah pemerintahan langsung empayar Britain. Kerana tidak rela diperhamba lagi, rakyat negeri kita telah menyuarakan seruan memperjuangkan kemerdekaan. PKM, PKMM dan lain-lain pertubuhan patriotik demokratik berbagai aliran semua kaum rakyat negeri kita melancarkan serentetan perjuangan melawan pemerintahan imperialis British. (gambar kanan : Inilah wajah-wajah algojo sebenarnya disebalik Undang-Undang Darurat 1948)

Sabtu, 19 Jun 2010

PELANCARAN BUKU

0 ulasan


PELANCARAN BUKU
TARIKH: Sabtu 26 Jun 2010
MASA: 11am – 1pm
TEMPAT: KL and Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela
PROGRAM: Kata-kata aluan oleh Nora Murat (Amnesty International)
Panel:
  • Edmund Bon Tai Soon (Chairperson Constitutional Law Committee Bar Cauncil)
  • M. Ravi (Dedicated abolitionist and Yong Vui Kong’s lawyer in Singapore)
  • Alan Shadrake (Penulis)

Jumaat, 18 Jun 2010

DARURAT DAN KEMERDEKAAN

1 ulasan
Dua ciri penting Darurat ialah, pertama dengan melaksanakan Undang-undang Darurat penjajah British cuba memadamkan semangat kemerdekaan yang sedang menggelora ketika itu yang dipelopori oleh PKM, PKMM dan lain-lain; kedua ia telah membangkitkan perlawanan bersenjata golongan patriotik-demokratik di bawah pimpinan PKM.

Sila rujuk KEDAI HITAM PUTIH (http://thekedaihitamputih.blogspot.com/) untuk mendapatkan buku DARURAT DAN KEMERDEKAAN

Khamis, 17 Jun 2010

JOMO: SASARAN 30% EKUITI BUMI TIDAK AKAN TERCAPAI

0 ulasan








Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai
http://www.malaysiakini.com

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.
"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Rabu, 16 Jun 2010

AMANAT PEJUANG BAHAMAN KEPADA REJIMEN KE-10

2 ulasan
“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.”
“Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”.
“Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.”
100 tahun lebih yang lalu, daerah Temerloh pernah berkobar pemberontakan kaum tani Melayu melawan penjajah British di bawah pimpinan Datok Bahaman. Pemberontakan yang bermula di daerah Temerloh itu dengan cepat merebak ke seluruh Negeri Pahang. Pada masa itu kaum tani di sana di bawah pimpinan Datok Bahaman telahpun mengenal sifat-sifat pencerobohan dan niat jahat penjajah British yang hendak merompak kekayaan bumi tanah air dan hendak menghamba abdikan rakyat.

Selasa, 15 Jun 2010

Isnin, 14 Jun 2010

MASSA RAKYAT DI KAMPUNG BERKURUNG TEGUH MENYOKONG REJIMEN KE-10

0 ulasan
Kampung-kampung di sekeliling bandar Temerloh seperti Buntut Pulau, Pangkalan Manggis, Bangau Tanjung, Bangu Parit, Bukit Pak Silat, Batu Satu, Tanjung Lalang, Batu Tiga, Gantuk, Songsang, Kenalau, Tualang terdiri organisasi massa yang kukuh sebagai pangkalan gerila kita.

pondok pengawal untuk mengawasi orang ramai dalam kampung berkurung

Ahad, 13 Jun 2010

BRIGS DIRIKAN KAMPUNG BERKURUNG NAK PUTUSKAN HUBUNGAN TPNM DENGAN ORANG RAMAI

0 ulasan
Semasa Darurat (1948-1960) seramai 1.2 juta penduduk desa (iaitu kira-kira 1/7 penduduk Malaya ketika itu) telah dipindahkan dari tempat kediaman mereka, kira-kira 650 ribu orang (42% India, 38% India dan 16% Melayu) telah dikumpulkan semula di estet-estet getah, lombong bijih dan sekeliling pekan yang wujud pada masa itu. (gambar kiri: General Brigss)



Lori dan trak tentera digunakan untuk memindah paksa orang ramai ke kampung-kampung berkurung

Sabtu, 12 Jun 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS BERSAMA KAWAN-KAWAN KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

1 ulasan
Semua dijemput hadir ke dua majlis bersama bekas anggota Rejimen Ke-10. Kepada yang berminat sila ikuti panduan di bawah.

(1) JEMPUTAN KE UPACARA PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D. (EDISI CINA)

1. Tema: Upacara Pelancaran Memoir Abdullah C.D.

2. Masa: Pukul 7.30 malam 19 Jun 2010

3. Tempat: Tingkat 2 Bangunan Kesatuan Cina Selangor, KL (Dewan She Fang Shan)
Agenda:

a. Menayangkan gambar2 kehidupan biasa Pengerusi PKM Abdullah C.D.

SAJAK TT: MEREKA PUN DATANGLAH

0 ulasan

MEREKA PUN DATANG LAH


tukar tiub

mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

Jumaat, 11 Jun 2010

SULUH MALAYA

1 ulasan
Majalah Suluh Malaya terbitan 18 Mei 1946

Khamis, 10 Jun 2010

KAWAN ASMARA PUTERA TERPUJI NEGERI JOHOR

0 ulasan
Kawan Asmara seorang pahlawan yang gagah perkasa dalam pertempuran dan tidak gentar menghadapi musuh yang ganas. Beliau adalah seorang anggota PKM yang setia, jiwa raganya dipersembahkan untuk kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat.

Nama asal Kawan Asmara ialah Hashim bin Osman. Beliau lahir pada tahun 1925 di sebuah kampung di Segamat, Johor dan sejak kecil lagi telah kehilangan ibu bapa. Kawan Asmara sempat belajar selama 3 tahun di sekolah Melayu dan beberapa tahun di sekolah Inggeris, kemudian menyambung pelajaran di sekolah pertukangan untuk belajar ilmu injin dan bertukang besi. Tapi malangnya, Perang Pasifik telah meletus, Malaya telah diduduki fasis Jepun, maka pelajarannya pun terbengkalai.

Rabu, 9 Jun 2010

BERTEMPUR DENGAN ASKAR AUSTRALIA DI BUKIT CHEMPEDAK

1 ulasan
Askar Australia adalah antara askar komanwelth yang dibawa kaum penjajah British ke Malaya. Mengikut catatan 8 batalion askar Australia telah dikerahkan untuk mempertahankan kekuasaan British di Malaya. Pasukan komanwel ini dipropagandakan sebagai handal bertempur, banyak pengalaman, pernah menegakkan jasa dalam Perang Dunia Kedua dan lain-lain oleh penjajah British. Akan tetapi hakikat mereka sebagai tentera upahan penjajah terbongkar apabila berhadapan dengan pasukan tentera rakyat yang berjuang untuk rakyat dan tanah air. Senjata moden mereka tidak dapat menundukkan perajurit tentera rakyat yang hanya menggunakan persenjataan yang amat sederhana atau ketiggalan zaman.















Perajurit Rejimen Ke-10 sedang berlatih militeri

Selasa, 8 Jun 2010

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - JUNE 2010

0 ulasan
New books from Gerakbudaya - 1st Release for June 2010

Dear friends and customers,

The following books are now available.

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2

Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor

Publisher: Jundi Resources

Year: 2010

ISBN: 9789834460686

229 Pages

RM25.00

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentangi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur. Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular. Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

PERANG-PERANG PATRIOTIK ORANG MELAYU MENENTANG INGGERIS

2 ulasan

1831 – 1833 - Perang Naning - Melaka

1866-1873 - Perang Raja Mahadi - Selangor

1874 dan 1876 - Perang Sungai Ujung - Negeri Sembilan

1875-1876 - Perang Maharajalela dan Sagor -Perak

1891-1895 - Perang Bahaman di Pahang

1915 - Perang Tok Janggut di Kelantan

1928 - Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu























Datok Maharajalela (kiri) dan Datok Bahaman (kanan)

Isnin, 7 Jun 2010

RESOLUSI KONGRES PSM KE-12

0 ulasan
RESOLUSI KONGRES PSM KE-12 KENYATAAN AKHBAR KONGRES KE 12

6 JUN 2010


psm with wording logo

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Berjaya mengadakan Kongres Parti ke 12 antara 4-6hb. Jun yang dihadiri oleh 250 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina, Selangor.

Kongres juga membentang tiga kertas kerja mengenai 1)1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib, 2) Isu transisi kepimpinan dalam PSM dan 3) isu Krisis cuaca dunia dan menyelamatkan Alam Sekitar.

Kongres juga telah membincangkan 26 usul yang dibawa oleh cawangan dan fron PSM. 16 usul telah diterima, 5 usul telah ditolak, tiga usul telah ditarik balik dan dua usul akan dibincang di bahagian Jawatankuasa parti yang lain.

Ahad, 6 Jun 2010

ASAL USUL NEGARA HARAM ZIONIS ISRAEL

3 ulasan
Sejak 3500 tahun Sebelum Masehi, Palestin telah didiami oleh orang-orang Arab Palestin. Ia terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean di sebelah barat, Lubnan di utara, Syria dan Jordan di sebelah timur dan Laut Merah serta Semenanjung Sinai di sebelah selatan. Kedudukannya amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan telaga minyak yang paling kaya di dunia. Ia juga sebagai batu loncatan ke Benua Asia dan Afrika. Oleh itu banyak negara barat mengidam-idam untuk menguasainya.

Sabtu, 5 Jun 2010

KEMBARA ANAK MUDA MENCARI KEBENARAN

2 ulasan
Anak-anak muda hari ini sudah terbuka mindanya, melebarkan sayap melangkaui tempurung sempit propaganda penjajah. Untuk tujuan tersebut, mereka berusaha mencari di mana sahaja bahan sejarah dapat dicungkil.

Jumaat, 4 Jun 2010

SELAMAT BERSIDANG PARTI SOSIALIS MALAYSIA

1 ulasan

KONGRES PSM KE 12 - JUN 4 SEHINGGA JUN 6 DI KUALA LUMPUR

SOSIALIS MENJANA KUASA RAKYAT



Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mengadakan Kongres Parti ke 12, buat kali pertamanya di Kuala Lumpur iaitu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Khamis, 3 Jun 2010

SETAKAT MANA KEIKHLASANNYA MENENTANG ZIONIS ISRAEL?

0 ulasan
Tahniah ku ucapkan kepada PM Malaysia kerana turut sama mengutuk kekejaman kaum Zionis Isreal ke atas kapal bantuan kepada rakyat Gaza. Aku berharap kutukan PM itu terbit dari sanubari hati yang mendalam. Apakah PM juga akan mengutuk Henry Gurney, pakar strategi Zionis yang memusnahkan tanah air dan rakyat Palestin yang kini masih diiktiraf sebagai Pahlawan Bangsa di Malaysia? Apakah PM juga bersedia memulaukan berbagai ejensi yang ada kaitan dengan Zionis Isreal?

---

TAHNIAH KEPADA KONGRES PEMUDA SOSIALIS

0 ulasan
KINI DAN SILAM mengucapkan tahniah sehangat-hangatnya kepada kongres pemuda sosialis yang diadakan pada 30 Mei 2010. Usaha kawan-kawan sosialis bererti usaha untuk kemakmuran dan keharmonian masyarakat kita dan juga bahagian penting dalam perjuangan mengisi kemerdekaan yang amat besar ini.

Semoga kawan-kawan dengan sungguh-sungguh mempelajari pengalaman-pengalaman penting yang telah dirintis oleh pendahulu kita seperti PKM, KMM, PKMM, API/PETA, AWAS Barisan Tani Malaya dan lain-lain dari berbagai aliran fahaman poplitik masyarakat kita dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

Rabu, 2 Jun 2010

PENJUAL UBAT: ISRAEL TAK AKAN KEKAL

1 ulasan

Israel tak akan kekal..

Presiden Palestin Mahmoud Abbas pernah berkata mereka mahu mengiktiraf Israel dan tidak mahu Israel dihancurkan serta mahu mewujudkan sebuah Negara Palestin di sebelah Negara Israel.

Mahmoud Abbas memang CELAKA BESAR..!! Baca disini..

Selasa, 1 Jun 2010

DUNIA MENGUTUK KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL

0 ulasan

Anggota PBB kutuk Israel

Gelombang protes atas aksi Israel bergulir di banyak negara

Gelombang protes atas aksi Israel bergulir di banyak negara

Anggota Dewan Keamanan PBB mengutuk Israel menjelang sidang darurat nmengenai penyerangan konvoi bantuan kemanusiaan Gaza.

REJIMEN KE-10 TRM