KUTUK KEZALIMAN ZIONIS ISRAEL

KINI DAN SILAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap kaum Zionis Irael ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Kami juga mengutuk mereka yang bersubahat dengan rejim Israel baik secara langsung atau tidak langsung.

ABDULLAH C.D.: MENUBUHKAN PAPERI


MENUBUHKAN PAPERI
Abdullah C.D.


Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, berbagai aliran dan berbagai ideologi telah berganding bahu, mengenepikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam perjuangan bersama menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Berbagai aliran dan ideologi ini ialah nasionalisme, sosialisme, agama dan komunis.

Golongan ideologi yang berlandaskan Islam juga besar peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sebelum darurat diisytiharkan, golongan ini pada pokoknya tergabung dalam Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak.

GST YANG MEMISKINKAN

GST YANG MEMISKINKAN

Nasir Hashim




Asap yang berkepulan, berlumba-lumba menjilat bumbung zink yang sudah berkarat. Sekilas pandang, disangka rokok gudang garam yang punya angkara. Nampaknya tidak begitu. Asap itu adalah wab-wab panas yang membuak-buak dari cawan kopi Si Mamat. Mungkin jenis kopi Tongkat Ali ataupun Kopi Jantan. Mamat dan Mak Minah, tawkeh warung, saja yang mengetahuinya. Namun begitu, bau yang sungguh menawan dan semerbak wangi ini tidak disenangi nyamuk-nyamuk aedis yang berbuntut belang. Sudah pun terbang jauh.

Mamat menghirup kopinya lagi. Kepulan wab itu berdansar dilelubang hidungnya. Dia tak peduli. Khusyuk sangat agaknya. Baunya menggamit selera sesiapa saja yang berani mendekatinya. Terjelir-jelir lidah Mamat cuba menahan kepanasan. Setia meniup dan menghirup kopinya. Ada masanya, dia termenung panjang macam dirasuk candu. Mungkin masih memikirkan gelagat pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang lalu. Entahlah. Biarkanlah. Asalkan dia seronok.

PENGKHIANATAN UMNO KEPADA TANAH AIR, BANGSA DAN AGAMA

Semalam, aku berpeluang solat Jumaat bersama Bapa Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan lain yang menetap di Kampung Perdamaian. Abdullah C.D. masih sihat, begitu memasuki masjid beliau bersolat sunat.

Selesai solat Jumaat dan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain, aku mengikuti Abdullah C.D. ke rumahnya. Belum sempat aku melabuhkan punggung, Abdullah C.D. mencapai helaian kertas sambil berkata: "Tengak, tengok ini.“ Sambil menerima pemberiannya aku duduk di sebelahnya. Beliau terus bercerita panjang tentang beliau, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan lain-lain semasa dalam PKMM dulu.

KEPUTUSAN PERSIDANGAN PAPERI

Paperi - Keputusan Persidangan Perwakilan Paperi Yang Pertama
---
catatan: nama-nama yang tertera dalam dokumen di atas adalah nama samaran

UMNO DAN JUDI: APA KATA PAPERI


PAPERI adalah singkatan kepada Parti Persaudaraan Islam Malaya, sebuah organisasi Islam bawah tanah yang dibentuk oleh Abdullah C.D. pada 20 April 1965.

Berikut adalah petikan ucapan selamat hari raya aidil fitri jawatankuasa Pusat Paperi pada tahun 1975 yang menyentuh masalah judi dalam tubuh UMNO. Ketika ucapan ini disiarkan, umno di bawah Hussein Onn dan Pas di bawah Asri sedang asyik “memadu asmara”.

BELAJAR DARI SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT KOREA SELATAN

30 tahun inspirasi Gwangju
Amin Iskandar
Mei 21, 10http://www.malaysiakini.com



Perjuangan untuk menegakkan kebebasan dan demokrasi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Kebebasan dan demokrasi ditegakkan dengan darah dan air mata.

Perjuangan untuk memartabatkan kebebasan dan demokrasi memakan ramai korban.

Itulah yang berlaku di Korea Selatan satu ketika dahulu. Hari ini ramai yang mengenali negara tersebut oleh kerana produk-produk seperti Samsung, Kia, LG, Hyundai dan drama-drama yang romantis.

Namun ramai yang tidak mengetahui di Korea Selatan pernah berlakunya satu peristiwa yang menjadi inspirasi kepada gerakan prodemokrasi di seluruh dunia.

HAPUS JUDI TUMBANGKAN BN

Pada saat ini masyarakat kita sedang berjuang menentang kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan lesen judi sempena bola sepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Meluluskan lesen judi samalah dengan menghalalkan judi. Amat malang bagi Malaysia kerana kerajaan yang mengaku “negara Islam” menghalalkan judi.

“Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat”

PKMRM MEWARISI KESINAMBUNGAN PERJUANGAN PATRIOTIK BANGSA MELAYU

PERKENALAN TENTANG PARTI KEBANGSAAN MELAYU REVOLUSIONER MALAYA (PKMRM)

Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) didirikan pada 24 Mei 1981 dalam sidang khas antara kader-kader pasukan bersenjata dan kader-kader bawah tanah Rejimen Ke-10. Seorang kader PKMRM menjelaskan bahawa mereka merasa terdapat suatu kekosongan setelah PKMM dihramkan pada tahun 1948, lebih-lebih lagi setelah pemergian Dr. Burhanuddin dan pimpinan PKMM yang lain. (gambar kiri: keratan akhbar SULUH RAKYAT, lidah rasmi PKMRM, dicetak di Rejimen Ke-10)

BUKU REJIMEN KE-10 DI KEDAI HITAM PUTIH

Memoir Suriani Abdullah: Setengah Abad Dalam Perjuangan



Buku: Memoir Suriani Abdullah.Setengah Abad Dalam Perjuangan.

KENANG-KENANGAN: API PERANG BETERBANGAN

Artikel ini ditulis oleh Abdullah C.D. apabila beliau pulih dari sakit kena racun dengan bantuan seorang kawan. Kemudian artikel ini diterbitkan sempena 40 tahun Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1989.

API Perang Beterbangan

40 TAHUN REJIMEN KE-10: PERAYAAN BERSEJARAH


61 tahun yang lalu, pernah berdiri sebuah pasukan gerila Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang berjuang menentang penjajah British secara bersenjatadi bawah pimpinan Abdullah C.D..

Di bawah adalah sebuah rakaman video yang ditebitkan Studio TV Rejimen Ke-10 menyambut ulang tahun ke-40 Rejimen Ke-10. Rakaman ini dibuat di perkhemahan Markas Besar Rejimen Ke-10 di kawasan hutan Chendik, Narathiwat pada tahun 1989.



PERKAUMAN ADALAH STRATEGI WARISAN PENJAJAH

UMNO mengasuh Melayu dengan asabiah sempit.

ISU perkauman di Malaysia amat mudah ditiup dan mudah dihidupkan. Golongan yang malas berfikir dan berusaha untuk mencapai cita-cita politik mereka, perkauman adalah paling mudah untuk dijadikan alat.

Sesuatu kaum lebih superior dari kaum lain, alat yang paling mudah untuk mendapat penyokong kaum tertentu bagi kaum mereka, tanpa perlu melalui ideologi tertentu.

Arab memainkan semangat kebangsaan Arab, sehingga berlaku kebencian masyarakat Arab terhadap bangsa lain walaupun mereka sesama Islam secara umumnya.

PSM MINTA PERKESO TINGKATPERLINDUNGAN PEKERJA

PSM minta Perkeso tingkat perlindungan pekerja
Abdul Rahim Sabri
Mei 19, 10
1:22pm

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengandungi tuntutan termasuk meminta Perkeso bertindak tegas terhadap majikan yang gagal mencarum dan menimbang menaikkan pencen minimum kepada RM500.

CIRI-CIRI KHUSUS REVOLUSI MALAYA DALAM KONTEKS ASIA TENGGARA

Perkenalan: Artikel CIRI-CIRI KHUSUS REVOLUSI MALAYA DALAM KONTEKS ASIA TENGGARA asalnya ialah teks ceramah Abdullah C.D. yang disampaikan kepada segenap kader dan perajurit Rejimen Ke-10 pada tahun 1987. Kemudian artikel ini dimasukkan sebagai satu bab dalam Memoir Abdullah C.D. bahagian ketiga.


CIRI-CIRI KHUSUS REVOLUSI MALAYA
DALAM KONTEKS ASIA TENGGARA

(Oktober 1987)

Masyarakat Malaya hari ini adalah masyarakat berbilang kaum yang terbentuk beransur-ansur dalam sejarah sejak akhir abad ke-19. Dalam sejarah, orang Melayu merupakan pengasas masyarakat bertamadun negara kita dan Alam Melayu. Walau bagaimanapun, hubungan antara tiga kaum utama di negara kita - Melayu, Cina dan India - telah terjalin sejak 2,000 tahun dulu dan menjadi lebih kerap sejak berdirinya Kerajaan Melaka pada abad ke-15.

LAWATAN RAKAN SEPERJUANGAN DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA

16 Mei, satu iringan kereta meninggalkan Kampung Perdamaian Sukhirin diiringi lambaian selamat jalan dari rakan seperjuangan di kampung tersebut. Mereka ialah bekas perajurit TRM yang pulang ke Malaysia yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia yang tiba pada 15 Mei.

Dalam majlis sambutan ringkas yang diadakan oleh Kampung Perdamaian Sukhirin di sebelah malam, wakil rombongan tersebut menyebut “Kami datang ke sini untuk menziarahi dan menyatakan hormat kami kepada Kawan Abdullah C.D. dan Kawan Suriani Abdullah, juga hormat kami kepada kawan-kawan Rejimen Ke-10.

MAJLIS PERKAHWINAN DI KAMPUNG PERDAMAIAN

15 Mei – Suatu Majlis perkahwinan telah diadakan di Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12). Majlis sederhana tersebut diadakan oleh Saudara Ibrahim Chik Yat atau nama perjuangannya Tahan (gambar kiri) seorang bekas perajurit muda dari kawasan sempadan kerana mengahwinkan anak perempuannya.

Majlis tersebut telah dimeriahkan oleh rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin, saudara-saudari dari kampung-kampung Selatan Thai dan juga saudara-saudari bangsa Thai dari kampung-kampung berdekatan. Yang teristimewa lagi ialah ketibaan rombongan rakan seperjuangan yang tergabung dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia. Mereka adalah rakan seperjuangan Rejimen Ke-10 yang pernah bekerjasama erat dalam masa perjuangan bersenjata di masa lampau.

BELAJAR DARI SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT FILIPINA

Legasi Aquino berterusan
Amin Iskandar
Mei 13, 10 http://www.malaysiakini.com
1:40pm

Pilihan raya bersejarah pada 10 Mei lalu di Filipina menyaksikan Senator Benigno "Noynoy" Aquino III dipilih menjadi presiden baru negara tersebut menewaskan pencabar terdekatnya seperti bekas presiden Joseph Estrada, ahli perniagaan bergelar jutawan Senator Manny Villar dan bekas menteri pertahanan di kabinet Arroyo, Gilbert Teodoro. Kemenangan anak lelaki tunggal kepada Benigno "Ninoy" Aquino dan bekas presiden Corazon "Cory" Aquino sememangnya telah dijangkakan berdasarkan kepada undian dan tinjauan yang dijalankan oleh beberapa badan. Kesemua dapatannya menyaksikan Noynoy mengungguli carta teratas. Contohnya tinjauan terakhir yang oleh Pulse Asia menunjukkan Noynoy Aquino memenangi 39 peratus undi popular berbanding 20 peratus yang diperolehi oleh Manny Villar dan Joseph Estrada.

APA JADI BILA JUDI DIHALALKAN, PERHIMPUNAN MEMBANTAH JUDI DIHARAMKAN

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh
Abdul Rahim Sabri, http://www.malaysiakini.com
Mei 14, 10
3:38pm




Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

PROGRAM UMUM DAN PROGRAM KHUSUS PARTI KOMUNIS MALAYA DALAM MASALAH BANGSA-BANGSA

"Laksanakan persamaan hak di segala bidang dan perkuatkan perpaduan semua bangsa... Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa umum bagi pergaulan rakyat semua bangsa... Hormati agama Islam dan lain-lain agama yang dianuti rakyat semua bangsa... Laksanakan penyatuan semula Semenanjung Malaya dengan Singapura melalui permesyuaratan..." - PKM

SAJAK: SATU KEBANGKITAN

Satu Kebangkitan

Sekarang di tampuk kekuasaan
sudah bertakhta dwi - tunggal
yang bijak berpura-pura
yang satu tak mahu mengaku dirinya ekstrimis;
tapi sejarah telah menyaksikan
bahawa mereka berdua
adalah algojo yang tangannya merah
berlumuran darah rakyat murba
Tionghua, Melayu, India,
yang nahas
dalam peristiwa Mei 13
yang mengganas.

MEMPERINGATI 13 MEI

JUNJUNG TINGGI-TINGGI PANJI PERPADUAN NASIONAL, HANCURKAN POLISI PENINDASAN BANGSA

(Memperingati Ulangtahun Ke-13 Peristiwa 13 Mei)

-Ulasan Suara Demokrasi Malaya 13 – 16 Mei 1982-


Peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang terjadi pada 13 Mei tahun 1969 hingga kini sudah genap 13 tahun, namun masih segar dalam ingatan orang ramai.


13 tahun yang lalu, di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan sekitarnya telah terjadi peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang amat mengerikan. Askar reaksioner yang diperintahkan sama dengan penjahat bersenjata mengganas dengan sewenang-wenangnya. Akibatnya massa rakyat ditimpa kerugian jiwa dan harta benda yang sangat besar.

SEJARAH REVOLUSI TIONGKOK

Revolusi Tiongkok Pertama tahun 1925-1927 adalah sebuah revolusi proletarian yang otentik. Tetapi revolusi tersebut gugur sebelum waktunya karena kebijakan-kebijakan keliru yang diinstruksikan oleh Stalin dan Bukharin, yang menempatkan klas pekerja Tiongkok di bawah borjuasi yang konon demokratis pimpinan Chiang Kai-shek. Partai Komunis Tiongkok (PKT) melebur ke dalam Kuomintang (KMT). Bahkan, Stalin mengundang Chiang Kai-shek untuk menjadi anggota Komite Eksekutif Komunis Internasional (Komintern).

PIALA PERSAHABATAN SERIKANDI SURIANI



Piala Persahabatan Serikandi Suriani Anjuran PSM Semenyih dan JERIT



Untuk mengetahu siapa Suriani, klik sini:

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM HASHIM

Saudara Ahmad Cik Amat atau nama perjuangannya Hashim telah meninggal dunia pada 6 Mei 2009, 4.00pm waktu tempatan di rumahnya di Kampung Punggok, Tanjung Mas. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun kerana sakit tua.

Allahyarham adalah antara tokoh veteran perajurit kawasan sempadan yang menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 pada tahun 1969.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

BERITA BERGAMBAR: PENGANTIN BARU DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Pada 6 Mei, upacara naik pelamin sepasang pengantin telah diadakan dengan meriahnya di Kampung Perdamaian Sukhirin. Pengantin wanita adalah anak generasi baru Kampung Perdamaian Sukhirin manakala jodohnya adalah seorang jejaka dari Weang yang bersempadan dengan daerah Sukhirin.

Dengan kejayaan majlis ini, seluruh warga kampung perdamaian mengucapkan selamat pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan mereka mendapat berkat dan kekal ke akhir hayat.

LAGU PEMUDA PELAJAR REVOLUSIONER

PEMUDA PELAJAR REVOLUSIONER

Pemuda pelajar revolusioner
Semangat juang meluap berkobar-kobar
Membela kebenaran dengan penuh sedar
Maju majulah pemuda pelajar

Dengan buruh dan tani sebati diri
Turun ke desa pergi ke factory
Bangkitkan massa kembang revolusi
Mengabdi rakyat bela pertiwi

Berkejar ke selatan kejar ke utara
Nasib buruh tani dibela semua
Perarakan raksasa membanjiri kota
Kekuatannya sungguh perkasa

Persatuan pelajar terus perjuangan
Tak takut penjara tak takut belantan
Semakin berjuang bertambah kekuatan
maju jayalah pemuda pelajar!


---
siaran Suara Revolusi Malaya

PUISI PERAJURIT: PERTEMPURAN DI SUNGAI SEKAM


PUISI PERAJURIT: PERTEMPURAN DI SUNGAI SEKAM

Pada 15 Oktober 1953, penjajah British melancarkan kempen kepung basmi ke atas pasukan TPNM di kawasan Cameron Highlands. Ketika itu, Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 baru tiba di kawasan tersebut. Kapal terbang penjajah melakukan pengeboman dan memesingan hutan sekitar termasuk ladang-ladang Orang Asli.

KAWAN TANGGOK , PUTERA SUNGAI PAHANG YANG TEGUH



musuh dapat mencungkil biji matanya tapi tak dapat mencungkil rahsianya

Pada bulan November 1948, di tengah-tengah berita kemenangan pasukan asas Rejimen Ke-10 menyerang pos-pos kaum reaksioner di Tekai Estet dan Gong Estet kawasan Kuala Krau, di Temerloh pula seorang gerilawan dengan tak semena-mena telah tertangkap oleh musuh sewaktu menjalankan tugas. Musuh telah menyiksanya tetapi tidak mendapatkan apa-apa hasil daripadanya. Musuh lalu silih berganti menggunakan macam-macam siksaan dan bujukan untuk menggoyangkan pendiriannya, namun semuanya tak berhasil. Akhirnya musuh dengan kejam mencungkil sebiji matanya dengan ugutan untuk dibunuh mati. Tapi itupun tak mampu menundukkannya. Semangat kepahlawanannya yang tak mengenal tunduk di hadapan musuh itu telah sangat menggempar kaum penjajah dan mengkagumkan orang ramai.

PELANCARAN PUSTAKA KIRI MALAYSIA



CORDIALLY INVITES YOU TO OUR LAUNCH -
A MINI LIBRARY WITH MAJOR THOUGHTS
An effort to create more progressive activists and thinkers
.
PLEASE JOIN US ON
9 MAY 2010

MAT SABU: TAHAP PENENTANGAN ORANG MELAYU MASIH RENDAH

Banyak perkara yang kita tidak suka kepada Tun Mahathir tetapi ada perkara yang beliau lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Samada beliau berlakun ataupun tidak hakikatnya Tun Mahathir adalah seorang yang berani. Antara langkah awal yang boleh dianggap berani dibuat oleh beliau ketika mula menjadi Perdana Menteri ialah beliau telah membuat dasar pandang ketimur, yang membawa maksud kita tidak lagi pergi memandang kebarat didalam mencari kemajuan.

TUNJUK PERASAAN BESAR-BESARAN 1 MEI 1940 DI SINGAPURA

M.KINI: DEMO HARI BURUH ENAM DITAHAN POLIS

Demo Hari Buruh: Enam ditahan polis
http://www.malaysiakini.com Mei 1, 10 11:56am


Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 orang berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam, dekat Dataran Merdeka - tempat pelbagai program awam diadakan.

Penyelaras program S Arutchelvan dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul.

Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada mereka untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.

SAMPAHSENI: HARI DAN BULAN BAHAGIA

Hari Dan Bulan Bahagia

Selamat-selamat, 1 Mei tarikh mengingat kemenangan kelas pekerja dalam perjuangan menuntut waktu kerja 8 jam.
bersama kelas pekerja membantah cukai GST. bersama kita membantah pembukaan pasaran ke arah pasaran kunun bebas.
pembukaan pasaran
tanpa hak-hak demokratik rakyatnya,
tanpa hak-hak asasi manusia,
tanpa kehakiman adil, hanya akan menjadikan Malaysia sepenuhnya ekonomi dunia ketiga - dengan pengurangan kelas menengah, dengan melebarnya jurang kekayaan miskin-kaya, dengan sumber alam semulajadi dikeruk, seperti misalnya, seperti yg pernah terjadi di Amerika Selatan, air hujanpun akan dicukai, diperas ke tangan-tangan kuasa besar dunia, ke poket syarikat-syarikat raksasa multi nasional (MNC).

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA ANTARABANGSA 1 MEI



Categories

Pengikut