
BERKUMPUL DI BUKIT AMAN JAM 3.00 PETANG
SEMUA DI JEMPUT DATANG KE BUKIT AMAN JAM 3 PETANG
PEMIMPIN –PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Pada masa yang sama, saya juga cuba mengkaji sejarah penubuhan PKM di Negeri Sembilan. Mengikut catatan sejarah, PKM ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Oleh itu saya menganggap Negeri Sembilan sebagai negeri yang bersejarah dan penting bagi gerakan kemerdekaan nasional dan gerakan patriotik-demokratik. Apabila saya tiba di Negeri Sembilan pada tahun 1946, saya berusaha menyingkap kembali sejarah penting yang berlaku 16 tahun sebelum itu.
Zahid yang saya lantik sebagai pembantu dan sebagai salah seorang pimpinan pada peringkat negeri telah membantu saya menghubungi mereka yang pernah terlibat dalam gerakan sebelumnya. Saya selalu pergi ke rumah Zahid dan kadang-kadang bermalam di sana. Isterinya keturunan Tionghua yang memeluk agama Islam, adalah aktivis gerakan anti-Jepun, peramah dan kasih mesra. Dia dengan penuh semangat menyokong gerakan kemerdekaan dan memberikan kemudahan-kemudahan kepada Zahid dan saya dalam menjalankan tugas perjuangan. Oleh itu, rumahnya menjadi tumpuan untuk kerja-kerja Jabatan Kerja Melayu dan PKMM.
Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, pernah muncul pertubuhan API di bawah pimpinan Boestamam. Setelah API diharamkan didirikan pula PETA di bawah pimpinan Wahi Anuar membangkitkan semangat pemuda Malaya untuk kemerdekaan tanah air. Lagu IKATAN PEMUDA, lagu rasmi PETA - selalu dinyanyikan di perhimpunan-perhimpunan pertubuhan kiri sebelum darurat.
Mengapa golongan miskin selalu terpinggir? Sebahagian mereka hidup amat menderita bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa kehidupannya lebih buruk dari haiwan. Satu jawapan kepada soalan ini ialah kerana penindasan kelas. Kelas kapitalis sememangnya adalah kelas pemeras dan penindas - memeras kaum pekerja untuk mengeruk keuntungan yang melimpah ruah. Akibat wajar dari pemerasan dan penindasan tersebut kaum pekerja terutama kaum buruh dan tani menjadi semakin melarat. Akibat dari sistem kapitalis itu, muncullah bermacam-macam penyakit masyarakat sebagaimana kita lihat hari ini. Hidup berpoya-poya, membazir, sombong dan bongkak menjadi budaya kaum kapitalis.
21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.
Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.

8. Perasaan Tak Puas Hati Pasukan Volunteer Mendalam
Anggota-anggota pasukan volunteer yang mempunyai semangat bencikan Jepun yang meluap-luap dan keazaman menghentam pasukan Jepun itu sangat tak puas hati kepada dasar British yang takut dan tak berani bertempur terhadap Jepun itu berkata “orang putih yang bertubuh tinggi itu penakut, tak mahu melawan si pendek Jepun yang zalim”. Anggota-anggota pasukan volunteer dari pegawai hingga ke perajurit sangat tak puas hati terhadap British yang mengambil sikap lari, lari tak mahu melawan Jepun itu telah berputus asa. Oleh itu selama 2 malam berturut-turut , lebih 50 orang termasuk pegawai peringkat sarjan dan koperal telah melarikan diri balik menuju kampung halaman masing-masing. (gambar kiri: tentera British menyerah diri kepada tentera fasis Jepun)




kegoyangan British. Tentera Jepun dari Kota Bahru terus mara ke Ulu Kelantan tanpa menerima pukulan. Manakala British pula meletup musnahkan satu lepas satu jambatan kereta api. Buat permulaan, British meletup musnahkan Jambatan Kusial iaitu sebuah jambatan kereta api yang terpanjang di Asia, seterusnya meletup musnahkan jambatan kereta api Kemubu, Bertam dan lain-lain.KEDUDUKAN ISLAM POLITIK DALAM PERTENTANGAN KELAS:
DR. NASIR HASHIM
A. Pengenalan
Tajuk Forum ini menimbulkan beberapa persoalan tentang konsep kelas (dan pertentangan kelas) di dalam dunia Islam. Kalaulah kita berpendirian bahawa konsep Sosialisma memang wujud di dalam dunia Islam maka bagaimanakah kita hendak membuktikannya. Memandangkan masyarakat Islam merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis bagi mengatur kehidupan mereka, maka tidak salahlah sekiranya kita merujuk kepada ayat-ayat di dalam Surah-Surah Al-Quran. Al-Hadis pula merupakan kata-kata Nabi Muhammad SAW yang memperjelaskan lagi isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran. Malangnya ramai yang tidak tahu atau menghalusi intisari (‘essence’) Al-Quran yang bersabit dengan perjuangan kelas.
1. Wujudkah konsep Pertentangan Kelas di dalam Islam ?
Mengikut ayat dalam Surah Al-Qasas 28:5 :-
“Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”
“And We wish to give blessings to those who have been exploited on earth and wish to make them leaders, also make them the inheritors (of this earth).”
Oleh: Minda Panji Darman
National Organization adalah sebuah parti gerombolan daripada 41 buah persatuan-persatuan Melayu yang kecil yang muncul pada tahun 1946, bergabung kemudian membentuk sebuah parti tanpa perlembagaan. Parti ini kemudiannya dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar (gambar kanan) yang berjuang atas nama perpaduan Melayu di bawah pengaruh Inggeris dengan semboyan lunak “Hidup Melayu” .
Pada petang 6 April, Ms. Achara Ashayagachart telah sampai di kampung bersama dengan Ketua Kampung (Naiban) yang menyambut beliau di lapangan terbang Narathiwat. Ms. Achara pernah bertemu dengan bekas pemimpin PKM ketika menghadiri majlis memperingati genap 20 tahun perjanjian perdamaian Hadyai pada November tahun lalu.
2. Perubahan Rancangan Strategi Jepun
Perubahan rancangan strategi Jepun daripada menyerang Soviet Union di sebelah utara kepada serangan ke selatan ialah bermula pada bulan April dan Mei tahun 1940 di mana setelah Jerman menawan hampir separuh Eropah – Norway, Denmark, Belgium, Belanda, Luxemburg dan Peranchis. Dan pada bulan Ogos tahun 1940 pula angkatan tentera Jerman mulai menghujankan bom ke atas Inggeris melalui operasi Singa Laut-nya. Oleh itu Jepun telah menggunakan kesempatan yang baik ini di mana kuasa-kuasa imperialis Eropah sedang terancam.
![]() | Hishamuddin Rais Apr 5, 10 - 11:16pm http://www.malaysiakini.com |
SUMBANGAN PASUKAN VOLUNTEER NEGERI-NGERI BERSEKUTU MEMPERTAHANKAN MALAYA DARIPADA SERANGAN FASIS JEPUN
Oleh: Abu Samah Mohd. Kassim
(Kenang-kenangan ulangtahun ke-50 kekalahan fasis Jepun)
Pasukan Volunteer (Tentera Sukarela) Negeri-negeri Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) ditubuhkan pada tahun 30-an oleh penjajah British untuk mempertahankan tanah jajahannya Malaya daripada diceroboh oleh kuasa-kuasa asing. Negeri-negeri Yang Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor, imperialis British juga ada mendirikan tentera sukarelanya.
Tentera sukarela ini menjalankan latihan setiap satu atau dua kali di daerah masing-masing dan mengadakan latihan bentuk battalion di markas masing-masing setiap 6 bulan sekali yang memakan masa 2 hingga 3 minggu, manakala setahun sekali diadakan latihan secara besar-besaran apa yang dikatakan mobilais keluar daripada Negeri Bersekutu masing-masing. Tentera sukarela ini tidak mempunyai gaji, cuma diberi elaun 50 sen sehari sewaktu mengadakan latihan manakala makan dan unifom diberi percuma.
Di bawah adalah kenang-kenangan yang ditulis oleh Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim mengenai penglibatannya di dalam pasukan volunteer menentang tentera fasis Jepun. Kenangan ini ditulis beliau pada tahun 1995 sempena memperingati 50 tahun kekalahan fasis Jepun. Beliau adalah bekas Lans Copral - No. 18370 FMSVF.Perbahasan Terhadap Titah Baginda Yg Di Pertuan Agung 24/3/10
Saya hanya dapat peluang berbahas pada hari ke-enam. Sudah sampai ke takat itu, masa yang diberi pada setiap ahli Parlimen telah mengecut ke 20 minit. Oleh itu saya terpaksa tinggalkan beberapa hujjah untuk meringkaskan ucapan saya.
Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung
Pada 16hb Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit. YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan Org Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.
Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau. Kepentingan Orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62% Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM 3000 se bulan. 62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting – kepentingan golongan ini di beri keutamaan. Mana-mana polisi yang membawa kesan negative pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak. Apa gunanya pembangunaan ekonomi Negara jika ia membawa tekanan pada majority dalam Negara itu. Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.
Perjalanan kali ini agak luar biasa, tak seperti yang sudah-sudah. Kami tanpa utusan, terpaksa menempuhi kawasan tanpa manusia, dan tanpa ladang Orang Asli. Saya menggunakan kompas dan peta untuk menentukan arah yang hendak dituju. Masalah perbekalan harus bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan di dalam hutan rimba.