
Sejak zaman pemerintahan penjajah British sehinggalah kemerdekaan dipegang di bawah UMNO, tak terhitung berapa ramai kaum tani, kaum setinggan, penduduk miskin kota dll yang menghadapi nasib malang tersebut. Sebahagian tragedi sebegini mendapat liputan akhbar manakala sebahagian lagi tidak ramai yang mengetahuinya kerana penduduk terlibat takut untuk mempertahankan hak mereka dan tidak berani meminta bantuan masyarakat.