Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air yang kita nikmati hari ini turut disulami dengan keringat dan darah massa Orang Asli. Dalam berbagai tahab perjuangan kemerdekaan, ternyata Orang Asli telah memberikan sumbangan yang besar. Dalam Memoirnya, Abdullah C.D. telah mendedahkan sebahagian fakta tentang sumbangan Orang Asli kepada perjuangan kemerdekaan – sejak dari Perang Perak sehingga Perang Bahaman dan dari perjuangan menentang fasis Jepun sehingga perjuangan bersenjata menentang penjajah British di bawah pimpinan PKM. Di Rejimen Ke-10 terdapat 3 orang perajurit Orang Asli. (Gambar kiri: Mek Poh, kakak kepada 2 beradik Orang Asli di Kompeni Ke-23, Rejimen Ke-10 TRM)Ahad, 31 Januari 2010
SUMBANGAN PENTING ORANG ASLI DALAM PERJUANGAN UNTUK KEMERDEKAAN TANAH AIR
Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air yang kita nikmati hari ini turut disulami dengan keringat dan darah massa Orang Asli. Dalam berbagai tahab perjuangan kemerdekaan, ternyata Orang Asli telah memberikan sumbangan yang besar. Dalam Memoirnya, Abdullah C.D. telah mendedahkan sebahagian fakta tentang sumbangan Orang Asli kepada perjuangan kemerdekaan – sejak dari Perang Perak sehingga Perang Bahaman dan dari perjuangan menentang fasis Jepun sehingga perjuangan bersenjata menentang penjajah British di bawah pimpinan PKM. Di Rejimen Ke-10 terdapat 3 orang perajurit Orang Asli. (Gambar kiri: Mek Poh, kakak kepada 2 beradik Orang Asli di Kompeni Ke-23, Rejimen Ke-10 TRM)Sabtu, 30 Januari 2010
Wanita ditembak polis tanpa sebab...
Ong Vic Kee | Jan 29, 2010 04:42:38 pm|http://www.merdekareview.com
Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
RAKAN SEPERJUANGAN DI SUKHRIIN BERTAHLIL UNTUK ARWAH AHMAD TAHA
KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN:29 Januari 2010 – Bekas komander dan perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Kampung Chulabhorn Patana 12 telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah rakan seperjuangan mereka Allahyarham Ahmad Taha yang meninggal dunia pada petang Jumaat lepas, 22 Januari di Hospital Temerloh.
Jumaat, 29 Januari 2010
Insiden Kepala Babi: Anasir dari UMNO dan Polis terlibat?
| Jan 29, 2010 11:58:20 am|http://www.merdekareview.com/
Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota UMNO terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?
Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat.
NASIONALIS, AGAMA, SOSIALIS DAN KOMUNIS DALAM KONGRES ISLAM DI GUNUNG SEMANGGOL
Khamis, 28 Januari 2010
CERITA ABDULLAH C.D.: BAGAIMANA PENJAJAH BRITISH MENCETUSKAN RUSUHAN KAUM DI BATU KIKIR
Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain. (gambar: Abdullah C.D., Komisaris Politik Rejimen Ke-10 dan Pengerusi PKM)
Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.
Rabu, 27 Januari 2010
RASHID MAIDIN MELEPASKAN DIRI DARI PENJARA DENGAN AKAL CERDIK
Selasa, 26 Januari 2010
BATALION AFRICAN RAFLES KETIKA BERTUGAS DI TEMERLOH
Pada permulaan saya bekerja di Temerloh menghadapi kesukaran kerana askar-askar musuh sangat mengganas. Di Temerloh ketika itu British menempatkan satu battalion African Rafles yang didatangkan dari Kenya, Afrika. Kerana kejam dan ganasnya askar-askar Afrika ini telah menyebabkan bandar Temerloh sunyi dan lengang, orang ramai tak begitu berani keluar bandar. Di kawasan luar bandar pula khasnya kaum wanita tak berani keluar daripada rumah untuk membuat pekerjaan.Isnin, 25 Januari 2010
OH PALESTIN
http://sampahseni.blogspot.com
Sunday, January 24, 2010
gunung menyuburi rimba,
jika sakit mendorong menung,
menung merangsang dewasa,
lorong hidup banyak cabarnya,
landas hidup banyak tuahnya,
jika rakit menjadi kapal,
kapal meningkat bahtera,
jika bangkit melawan gagal,
gagal membibit hemah,
lorong hidup banyak cabarnya,
landas hidup banyak tuahnya."
HARI PAHLAWAN REVOLUSIONER 1 SEPTEMBER
Ahad, 24 Januari 2010
PAHLAWAN DOLAH - PERAJURIT KECIL YANG TAK TAKUT MATI
Sabtu, 23 Januari 2010
AHMAD TAHA, PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG PULANG KE RAHMATULLAH
KINI DAN SILAM telah menerima massage dan emel dari sahabat-sahabat bahawa Saudara Ahmad Taha telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 7pm 22 Januari 2010 di Hospital Temerloh. Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah tumpah darahnya Kampung Buntut Pulau. Alfatihah…..
Allahyarham Ahmad Taha dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
DYMM SULTAN JOHOR MANGKAT - ALFATIHAH
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu.
KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lian-lain tetapi tidak mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM.
Jumaat, 22 Januari 2010
SURIANI ABDULLAH: PERANG ANTI-JEPUN ADALAH PERANG RAKYAT
Perang Anti-Jepun adalah Perang Rakyat
Perang Anti-Jepun selama 3 tahun 8 bulan itu sukar dipertahankan sekiranya tanpa sokongan aktif dari massa rakyat, dan tanpa kesanggupan se hidup se mati, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul antara massa rakyat yang luas dengan Parti Komunis dan Tentera Anti-Jepun.
ZAMAN RAKYAT: TERBENTUKNYA KELAS KAPITALIS BIROKRAT
Khamis, 21 Januari 2010
CERITA SURIANI ABDULLAH KETIKA DALAM PENJARA FASIS JEPUN
Pada suatu hari, ketika menjadi Setiausaha Kawasan Tanjung Tualang, saya jatuh sakit kerana banyak hari berturut-turut bekerja sampai jauh malam. Sungguhpun begitu, kerana banyak kerja yang harus cepat diselesaikan, saya kobarkan semangat keluar ke kampung dan ke tepi bandar. Sewaktu pulang, saya merasa badan terlalu lemah, lalu meminta kawan-kawan bermalam di rumah massa yang terletak di hujung kampung. Untuk ke tempat penginapan masih jauh lagi. (telah saya ceritakan dalam bab 3). Rumah itu sudah tidak dihuni lagi, dindingnya ada yang dah terkoyak. Rabu, 20 Januari 2010
HAKIM CINA MENJATUHKAN HUKUMAN KE ATAS SEORANG ISLAM KERANA TAK HADIR SOLAT JUMAAT
Dalam masa Perang Dunia Kedua, kedua belah tebing Sungai Perak merupakan pangkalan anti-Jepun. Rakyat berbagai kaum di situ menyertai persatuan anti-Jepun di bawah pimpinan PKM. Di kawasan ini, fungsi kekuasaan rakyat pernah dijalankan. Sungguhpun begitu keadaan ini berubah apabila penjajah British menjalankan hasutan dan mencetuskan rusuhan bangsa-bangsa. (lihat posting terdahulu)Selasa, 19 Januari 2010
JASMAN KADER TAJRM DAN REJIMEN KE-10 TPNM
Nama sebenar Jasman ialah Jamal bin Haji Sulaiman, tetapi beliau menggunakan nama samaran sebagai J.H. Jasman. Beliau lahir di sebuah kampung di Sengarang, Batu Pahat, Johor pada tahun 1918. Ibu bapanya berasal dari Kalimantan Selatan (masa itu di bawah pemerintahan Belanda) dari suku bangsa Banjar.
Jasman mendapat pelajaran awal di sekolah kampung dengan bayaran sendiri. Setahun kemudian dia meneruskan pelajaran di Sekolah Melayu Parit Kemang, Sengarang dan di sebelah petangnya pula belajar sekolah Arab. Beliau lulus darjah lima sekolah Melayu dan mendapat pilihan menjadi guru pelatih.
Isnin, 18 Januari 2010
PUBLIC FORUM/FORUM RAKYAT
Tajuk:
- CUKAI YANG MISKINKAN LAGI RAKYAT!
Ahli Panel/Panelists:
- YB Tony Pua, MP for Petaling Jaya Utara, DAP National Publicity Secretary.
- G. Rajasekaran, Setiausaha Agong MTUC
- Dr. Subramaniam Pillay, Exco Member of Aliran, Associate Professor, Business School, University of Nottingham
- Dr. Jeyakumar, MP for Sungai Siput, CC Member, Parti Sosialis Malaysia
TENTANG REJIMEN-REJIMEN TENTERA ANTI JEPUN RAKYAT MALAYA

Pertamanya Rejimen Pertama. Rejimen Pertama didirikan pada 1 hari bulan Januari tahun 1942. Pada mulanya 15 orang kawan daripada Sekolah 101 dari Singapura. Mereka datang ke Selangor dengan setiap orang membawa selaras pistol point 3.2 saja. 3 orang barulah dapat memiliki selaras tomygun. Setiap orang ada sedozen bom tangan dan sejumlah ubat ledak. Apabila mereka tiba di Selangor, bersama-sama dengan kawan-kawan di Selangor, jumlahnya 50-60 orang telah membentuk Rejimen Pertama.
Ahad, 17 Januari 2010
PERIOD PERTAMA PARTI KOMUNIS INDONESIA: 1914-1926 - SEBUAH RINGKASAN
http://www.marxist.com/periode-pertama-partai-komunis-indonesia.htm
For the first time in Bahasa Indonesia, a marxist analysis of the first period of develepment of the Indonesian Communist Party, which was published earlier on our site in English.
4: PENGALAMAN SEJARAH DAN TRADISI MULIA PARTI KITA
Bahagian Keempat: Pengalaman Sejarah Dan Tradisi Mulia Parti Kita.
Sabtu, 16 Januari 2010
LAGU AMAN DAMAI, BERIKAN CINTA PADA SEMUA
seharusnya aku ke bukit bintang tengahari tadi. untuk memberikan bunga tanda cinta yang semuanya akan selamat, suatu acara, "Everything gonna be allrite," dan aku gagal. kesiangan, berjaga hingga ke pagi tadi.
jadi hanya kata haruman ranum mekar untuk semua. tak dapat aku memberi kuntuman bunga dari jambangan rimbun dan warna-warna mendamaikan. di manapun, kita sedang menikmati irama bahasa ria yg cukup indah, seperti alunan kata Ubi Lepih dari lagu nyanyinya Meor Yusof Azidin,
"aku si pengembara berkelana di lembah kehidupan meniupkan seruling lagu aman lagu damai
3: ERTI BESAR PERANG ANTI-JEPUN
Perang Anti-Jepun yang dipimpin oleh Parti kita mempunyai erti yang sangat besar. Satu, ia telah memberikan sumbangan-sumbangan yang besar bagi usaha pembebasan nasional Malaya. Ini ada dua segi. Satu seginya ialah perkembangan Parti dan tentera kita telah menambah kekuatan pembebasan nasional Malaya. Sejak mulanya anggota Parti berkembang dari 1,000 orang sampai 7,000 orang, tenteranya berkembang sampai 10,000 orang, lasykar rakyat 50,000 orang, kawasannya separuh kawasan pedesaan telah dikuasai oleh kita dan penduduknya separuh lebih atau 1/3 telah dipengaruhi oleh kita.
Jumaat, 15 Januari 2010
SEDIKIT CERITA BERKENAAN KERJASAMA DENGAN PENJAJAH BRITISH DALAM MASA PERANG ANTI-JEPUN
Sebenarnya British adalah musuh kita. Setelah kaum fasis Jepun menduduki Malaya, maka kita telah bekerjasama dengan kaum imperialis British, bersama-sama melawan pencerobohan fasis Jepun. Sebenarnya imperialis British juga di pihak Berikat. Maka bagaimana caranya kita gunakan pertentangan antara British dan Jepun, bagaimana pula kita berhubung dengan pihak British untuk melawan fasis Jepun, cerita konkritnya begini:Khamis, 14 Januari 2010
INI SEMUA KERJA ORANG GILA LAH...
Kerja gila yang berlaku akhir-akhir ini..
1. Orang UMNO gila..
UMNO menjadi gila bila begitu lantang membantah penggunaan nama ‘Allah’ oleh Majalah Herald sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah kisah pun tentang Islam.






