BELASUNGKAWA OLEH AHMAD NIZAM HAMID


al-Fatihah.
saya mendapat khabar duka,Siti Mariam Binti Idris,83 tahun telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.Allahyarhammah dilahirkan di Kg Lubuk Kawah,Temerloh dan tuntutan zaman ketika itu telah membawa beliau menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya di bawah PKM.Beliau sanggup meninggalkan keluarga dan memanggul senjata menjadi gerila bagi melawan penjajah Inggeris.Allahyarhammah meninggal dunia di Kg.Perdamaian Sukhirin Chulaborn Pattana Sukhirin Thailand.InsyaAllah saya akan menulis kenang-kenangan bersama Allahyarhammah di blog saya.kepada saya beliau adalah manifestasi semangat anak Pahang dan Temerloh yang bersedia berkorban bagi mengejar cita-cita kemerdekaan dan beliau adalah produk sejarah zamannya.Al-Fatihah

2 ulasan

al-fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa. Amin.

Reply

Salam!Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti.AlFatihah,semuga ruhnya ditempat dikalangan orang2 beriman.Amin.Wsalam!

Reply

Categories

Pengikut