ALFATIHAH UNTUK MAK YAM OLEH PENJUAL UBAT

 (http://penjualubat.wordpress.com/)

Penghujung tahun 2009..saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand (sebuah perkampungan tempat bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas Perjanjian Damai 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989). Klik disini..




Disitu jugalah saya dan rakan-rakan mula mengenali Mak Yam atau nama sebenarnya Siti Mariam binti Idris. Mak Yam juga dikenali dengan panggilan “Atom” dikalangan Perajurit Rejimen ke 10 Tentera Rakyat Malaya. Melihat kepada wajahnya ketika itu tiada siapa pun dikalangan kami yang menyangka orang yang bertubuh kecil, begitu manis dengan senyuman, begitu penyayang dan mesra serta ramah adalah seorang pejuang yang gigih menentang penjajah dan juga pernah bertempur dengan askar penjajah suatu ketika dahulu.
Mak Yam dan suaminya Mamat..


Jumaat, 5 Disember 2010 lebih kurang jam 7 petang, sahabat saya Saudara Fadhil Baharom (Exco Pemuda PAS Kedah) telah menghubungi saya melalui telefon memberitahu..”Mak Yam sudah meninggal dunia..” begitu pilu dan sedih rasanya, bagi saya pula pertemuan saya dahulu dengan Mak Yam adalah kali pertama dan terakhir dengannya berbanding dengan rakan-rakan lain yang mengunjungi lagi Perkampungan Sukhirin selepas itu. Al-Fatihah untuk Mak Yam, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt hendaknya..Amin..

Takziah diucapkan kepada Bapak Mamat (suami Mak Yam), Bapak Abdullah CD, Ibu Suraini, Saudara Mat Amin serta penduduk Perkampungan Sukhirin diatas kehilangan seorang sahabat, juga seorang Srikandi yang sama-sama berjuang menentang penjajah yang menguasai tanahair kita suatu ketika dahulu.

Categories

Pengikut