PENIPUAN PEMERINTAHAN SENDIRI

Setelah Perang Pembebasan Nasional Anti-British meletus, imperialis British dengan kalap sekali berteriak-teriak bahawa ia dapat menumpas perlawanan bersenjata rakyat dalam tempoh setengah tahun atau setahun setengah. Strategi perang cepat selesainya telah bengkrap dan ia terlepur dalam rawa-rawa perang jagka lama kerana kekuasaan penjajahannya amat tidak mendapat tempat di hati rakyat dan kerana perlawanan gagah berani rakyat negeri kita.

Untuk menyelamatkan diri dari kegagalannya, imperialis British telah mendatangkan tenteranya yang lebih banyak lagi bagi memperkuat serangannya di samping memainkan penipuan politik pula. Pertama-tama McDonald telah mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil bangsawan feudal, pegawai-pegawai rejim penjajah, borjuis komprador besar dan pengkhianat buruh di tempat kediaman Onn bin Jaafar pada 31 Disember 1948.

Pada 10 Januari tahun 1949, apa yang disebut “jawatankuasa perhubungan kaum” telah ditubuhkan di bawah pimpinan McDonald; antara anggota-anggotanya terdapat Onn bin Jaafat, E.E.C. Thuraisingam, Tan Cheng Lock, Yuk Sung Ling, Menteri Besar Negeri Perak Abdul Wahab bin Tok Muda Abdul Aziz, Setiausaha Agung UMNO Zainal Abidin Abbas, pengkhianat buruh P.P. Narayanan dan sebagainya. Selanjutnya pada 27 Januari tahun 1949, Tan Cheng Lock yang pernah berspekulasi dalam AMCJA serta H.S. Lee bekas kolonel tentera Chiang Che-shek (Chiang Kai Shek) dan Leong Yuh Koh bekas pegawai daerah rejim Chiang Kai Shek serta lain-lainnya telah meneratak MCA atas arahan McDonald dan Henry Gurney. Akan tetapi orang ramai tidak tertipu oleh Jawatankuasa Perhubungan kaum itu. MCA sentiasa sangat terpencil di tengah-tengah massa Cina. Pada 5 Oktober 1951 Henry Gurney telah menulis surat kepada Tan Cheng Lock di mana dia menuduh MCA tak berguna dan menyuruh MCA supaya memperhebat kegiatan politiknya untuk memikat orang Cina supaya bekerjasama dengannya. Dia mengugut, kalau tidak berbuat demikian, harta benda kapitalis besar Cina akan habis licin.

Dalam masa itu, di satu pihak imperialis British mulai menggembar gemburkan konon perpaduan semua kaum adalah prasyarat bagi pemerintahan sendiri, di lain pihak ia secara besar-besaran menyebarkan hujah karut bahawa orang Melayu patut menikmati hak keistimewaan dan ketidak seimbangan ekonomi berbagai kaum harus dilenyapkan. Yang pertama merupakan dalihnya untuk menentang tuntutan rakyat untuk kemerdekaan, dan yang belakangan merupakan siasatnya untuk memecahbelahkan perpaduan bangsa-bangsa.

Untuk menyesuaikan diri dengan keperluan imperialis British, tukang politik ambisius Onn bin Jaafar berusaha mengenakan jubah yang indah-indah, dalam masa sekelip mata sahaja orang ultra chaovinis yang menggunung dosanya itu telah berubah menjadi pemelihara perpaduan rakyat semua bangsa, dan pengawal bangsawan feudal yang amat busuk namanya itu menjelma menjadi pemegang panji anti-feudal; peon imperialis yang bermuka tembok itu segera menjadi pejuang kemerdekaan. Kadang kala dia menganjurkan UMNO patut menerima orang bukan Melayu yang dimaksudkannya ialah Tan Cheng Lock, E.E. Thuraisingam dan sebangsanya menjadi anggota luarbiasa parti kadang kala dia meminta supaya perlembagaan UMNO dipinda dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditukar menjadi pertubuhan Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu yang menerima orang-orang bukan Melayu. Sebentar ia mendendangkan lagu tentang meniadakan kekuasaan feudal, sebentar lagi ia berteriak-teriak pula kedudukan sultan sebagai kepala negara berperlembagaan harus dipertahankan; sekejap dia memekikan semboyan hidp melayu, sekejap dia melantangkan semboyan merdeka, bahkan dia secara terbuka meminta supaya dia dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi . Kerana perbuatan menawarkan diri itu sudah keterlaluan, maka dia terpaksa mengganti perkataan “dia” dengan “orang Melayu”, tapi siasatnya terlalu tolol. Para pegawai kanan imperialis British juga mengetahui “orang Melayu” tersebut merupakan gantinama Onn bin Jaafar sendiri.

Kekelamkabutan imperialis British bukan saja tidak diperbaiki malah semakin parah biarpun Onn bin Jaafar dan konco-konconya berbakti dengan sekuat tenaga kepada penipuan politiknya dan biarpun imperialis British memperhebat pengusiran massa desa, dalam keadaan demikian imperialis British memainkan tipu muslihat pula.

Sejak bulan April tahun 1951, apa yang dinamakan sistem bermenteri telah dilaksanakan. 6 orang ahli Majlis Mesyuarat Undangan yang dilantik telah diangkat menjadi apa yang dikatakan “Menteri” kepada 6 buah kementerian. Onn bin Jaafar diangkat menjadi Menteri Dalam Negeri, E.E. Thuraisingam menjadi Menteri Pelajaran dan H.S. Lee menjadi Menteri Kesihatan. Setelah itu sejak penghujung tahun 1951, imperialis British terlebih dahulu mengadakan pilihanraya majlis perbandaran di Pulau Pinang kemudian di Kuala Lumpur pula. Seterusnya ia berturut-turut mengadakan pilihan majlis bandaran di 70 buah lebih Bandar yang sedang dan kecil berserta pilihan majlis tempatan di kampung-kampung baru. Pilihan majlis negeri diadakan mulai 1954. Akan tetapi, kerana dipulaukan massa rakyat, maka sandiwara pilihan itu bukan saja terlalu canggung, bahkan amat lengang suasananya pula, hanya 7,000 orang saja yang mendaftarkan diri menjadi pengundi di Kuala Lumpur yang berpenduduk 300,000 orang lebih. Pengundi-pengundi di Bandar-bandar yang sedang dan kecil dan kampung-kampug baru boleh dihitung dengan jari. Kerana penipuan politik berturut-turut mengalami kegagalan dan Pesuruhjaya Tinggi Henry Gurney kena serang hendap pada 7 Oktober tahun 1951, maka rejim penjajah British segera menjadi kacau bilau dan situasinya pun semakin tidak menguntungkan imperialis British dan anjing buruannya. Justeru dalam keadaan demikianlah imperialis British telah membuat persiapan secara menyeluruh untuk menukar kuda dan menimbang untuk memperpendek proses perkembangan apa yang disebut “pemerintahan sendiri”.

---
sumber maklumat: Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

posting terkait

BAGAIMANA PENJAJAH BRITISH MEMUPUK KAUM BERKUASA UMNO NAIK TAKHTA
DI SEBALIK MALAYAN UNION
RANCANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN PERJUANGAN MENENTANGNYA

Categories

Pengikut