SELAMAT DATANG KAWAN CHIN PENG


UCAPAN PENGERUSI MAJLIS SELAMAT DATANG KAWAN CHIN PENG, INDRADJAJA ABDULLAH
Kawan Pimpinan Kawan Chin Peng yang dihormati dan dicintai, serta rombongan pimpinannya yang dihormati,

Kawan Pimpinan Kawan Abdullah C.D, yang dihormati dan dicintai, dan kawan-kawan sekalian yang dihormati,

Salam mualaikum waramatullah wabarahkatuh

[gambar kiri: Indradjaja sedang menyampaikan ucapan sambutan]
Hari ini, kita segenap anggota Kampung Chulabhorn Ke-12, dengan rasa yang amat terharu dan gembira yang segembira-gembiranya menyambut ketibaan Kawan Pimpinan Kawan Chin Ping dan rombongannya. Dikira, inilah lawatan kali kedua beliau ke kampung kita setelah terjalinnya Perjanjian Damai Hadyai.

Tentu masih segar di benak kebanyakan anggota kampung kita, bahawa 20 tahun yang lampau, Kawan Chen Ping telah melawat kampung kita, kampung pertama yang beliau lawati di antara keempat-empat buah kampung yang dibina di bawah Perjanjian Damai Hadyai. [gambar kanan: Chin Peng diraikan rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin] Pada masa itu, anggota kampung kita berjumlah baru berjumlah kira-kira 200 orang lebih. Walaupun selama 20 tahun ini, seiring dengan peredaran masa, sesetengah anggota kampung kita telah meninggal dunia disebabkan oleh berbagai faktor seperti faktor usia, penyakit dan sebagainya, bagaimanapun, penduduk kampung kita tetap maju dan berkembang. Jumlah penduduk kampung kita telah meningkat kepada 500 orang penduduk. Ertinya, lebih separuh daripada anggota kampung kita ini terdiri daripada jenerasi-jenerasi baru. [gambar kiri: tarian sambutan persembahan dari anak-anak bekas perajurit]

Kita gembira, kerana di kampung yang bertuah ini, kita sekali lagi dapat melihat pimpinan yang memimpin kita dan memberikan perhatian tak putus-putus kepada kita di berbagai segi, baik semasa zaman perang dahulu, mahupun di masa aman setelah perjanjian damai terjalin.

Kita terharu, kerana lawatan beliau ini dilakukan dalam keadaan usia beliau yang sudah begitu lanjut, beliau kini sudah berusia 85 tahun, dan keadaan kesihatan beliau yang sudah sangat terganggu. Tapi dalam keadaan kesihatan yang sedemikian pun beliau masih sanggup menjenguk kita. [gambar kanan: bergambar dengan anak-anak bekas perajurit]

Lawatan beliau ke kampung kita, kampung yang berasal dari bekas-bekas anggota Rejimen Ke-10 PKM ini, sebagai destinasi pertama dalam rangkaian lawatan beliau ke kampung-kampung perdamaian, juga mempunyai erti yang amat besar, kerana ia adalah pertanda bahawa pimpinan sentiasa memastikan sumbangan dan peranan kawan-kawan Melayu kita baik di zaman perang dahulu mahupun di masa aman sekarang ini, dalam perkataan yang lain ialah baik dalam konteks negara Malaysia mahupun konteks negara Thailand.

Akhir kata, kita mengharapkan semoga kawan-kawan Pimpinan kita panjang usia dan sihat walafiat.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.



1 ulasan:

Tanpa Nama mod

Pak Abdullah CD

Perjuangan Kemerdekaan dan LAUNGAN MERDEKA ditaja PKMM selepas Perang Dunia Ke II diantaranya dikepalai oleh Pak Abdullah CD !! Pak Mat Amin, siapa lagi yang seangkatan dengan Bapak yang masih hidup ?

Dan Kepada Kerajaan Malaysia dan Rakyat Malaysia yang menyambut Kemerdekaan pada 31 Ogos 2010 ini, tiadakah tempat biarpun sejengkal untuk Pak Abdullah CD dihari tersebut ?? Biarpun tidak dipentas terhormat hanya diKerusi Roda dicelah celah rakyat jelata !? Aduh sedihnya ...fikkirkanlah dengan hati yang tulus ikhlas wahai kerajaan dan rakyat malaysia sekelian ....!!!Terima Kasih.

SemanTan

Reply

Categories

Pengikut