SEJARAH BAHAMAN DALAM BUKU KAWAN SIBAR

Salam semua,

Selamat meneruskan ibadat puasa Ramadhan (hari ketiga di Malaysia dan hari kedua di Selatan Thailand).

Menunggu masa sahur, aku terbaca perkenalan buku tulisan Allahyarham Abu Samah Mohd Kassim, cicit saudara pejuang bangasa kita Datok Bahaman di blog hitamputih. Buku ini tidak hanya menceritakan sejarah beliau dari awal sampai akhir tetapi juga mencatatkan sejarah perjuangan Datok Bahaman. Cerita ini beliau dapat dari mulut Datok Mat Lela yang balik ke Semantan setelah peninggalan Datok Bahaman di utara Siam.

Menyebut perkara di atas, terbayang di ruang mataku susuk Allahyarham Kawan Sibar (nama perjuangan Abu Samah) berdiri berjam-jam di dalam dewan gerila beratapkan daun cucuh menyampaikan ceramah tetang perjuangan pahlawan bangsa Datok Bahaman. Mendengar cerita perjuangan Datok Bahaman membuatkan setiap kami lebih teguh di dalam perjuangan dan lebih membenci penjajah British.

"Pahlawan bangsaku, semangatkau tersemat teguh didadaku"
"Kami meneruskan cita-citamu".
"Ya Allah, aku bermohon cucurilah rahmat buat pahlawan bangsa ini"

Kata-kata yang tidak dituturkan di atas terbit dalam hatiku setiap kali mendengar ceramah tentang perjuangan Datok Bahaman.

Begitulah cerita legenda ini memperteguh tekad perjuangan kami. Tiada istilah jemu walaupun banyak kali disampaikan, sebaliknya, semakin banyak didengar, semakin teguh dan gagah lagi langkah kami.

Hari ini, kaum penjajah British telah berhambur secara lahirnya, tetapi bayangan penjajah masih mencengkam. Dalam erti kata lain, perjuangan Bahaman masih belum selesai. Lebih ramai lagi cucu cicit Bahaman akan lahir meneruskan perjuangan datuk neneknya.




http://thekedaihitamputih.blogspot.com/2010/08/buku-sejarah-dan-perjuangan-kemerdekaan.html

Buku: SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Penulis: Abu Samah Mohd Kassim

Terbitan: Nan Dao Publisher

Harga: RM 36

Halaman: 314 muka surat

Kandungan:

Prakata
Perkenalan Ringkas Tentang Keluarga

1. Semangat Antipenjajah Mula Berputik
2. Pasukan Volunteer Pertahankan Malaya Daripada Serangan Fasis Jepun
3. Pendudukan Fasis Jepun
4. Dalam Masa Aman
5. Undang-Undang Darurat Dan Perjuangan Bersenjata Anti-British
6. Markas Besar Rejimen Ke-10 Berpejabat Di Semantan
7. Perjalanan Jauh Mencatat Sejarah
8. Pangkalan Basis Sempadan
9. Pasukan Penggempur Mara Ke Tanahair
10. Markas Besar Rejimen Ke-10 Di Sukhirin-Chanet
11. Mewujudkan Perdamaian
12. Pembangunan Selepas Perdamaian

Penutup

Perang Melawan Imperialis British Yang Hendak Menakluki
Negeri Pahang Yang Dipimpin Datok Bahaman.

1. Sedikit Perkenalan Tentang Datok Bahaman
2. Perang Melawan Imperialis British Yang Hendak Menakluki
Negeri Pahang Yang Dipimpin Datok Bahaman.

Categories

Pengikut