MERDEKA? APA ITU...

Merdeka? Apa itu...

(Kiriman dari anak muda generasi baru sempena hari kemerdekaan ke-53)

Jika kemerdekaan 31 Ogos 1957 berlatarbelakangkan Inggeris, apa pula beza sambutan kemerdekaan pada 2010. Bezanya hari ini kita tidak lagi nampak kelibat penjajah Inggeris meliar-liar di kampung atau dibandar tetapi telah ditukar dengan kelibat pemimpin-pemimpin dari parti penyamun warisan penjajah iaitu UMNO di kaca televisien, radio, surat khabar, dan lain-lain media propaganda kepunyaan mereka. Mereka mendakwa merekalah yang memerdekakan negara ini dari British. Tetapi patung di Tugu Negara menunjukkan orang-orang Inggeris yang mengibar bendera Malaysia dengan memijak jasad tentera rakyat. Persoalan timbul, mengapa muka Inggeris pucat lesi itu terpacak di tugu yang sepatutnya dimuatkan dengan gambar-gambar pahlawan-pahlawan negara yang telah gugur beratus tahun dahulu untuk kemerdekaan hari ini supaya diingati semula?

Merdeka bermaksud kita bebas dari segala bentuk cengkaman. Hari ini, kita belum tentu selamat jika melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan kerajaan UMNO. Mungkin malam esok kita tidur dibilik yang berbeza dari bilik tidur di rumah kita. ISA adalah rentetan kepada Darurat 1948 yang dicetuskan oleh penjajah untuk menangkap semua pemimpin berhaluan kiri anti Inggeris dan yang cintakan keadilan dan demokrasi.

Perjuangan menentang Inggeris telah dilancarkan semenjak British menjejakkan kaki dan mencengkam hasil bumi Malaya termasuk Sabah dan Sarawak. Terlalu banyak tokoh yang melawan penjajahan Inggeris yang tidak tersebut nama mereka. Kita sering mendengar nama-nama seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Pak Sako, Dr Burhanuddin, dan lain-lain tetapi amat jarang kita mendengar nama seperti Mustapha Hussain. Mustapha Hussain adalah nasionalis Melayu. Pernah bertanding bagi jawatan Presiden UMNO melawan Tunku Abdul Rahman tetapi kalah dengan 1 undi sahaja. Beliaulah pelopor slogan "Merdeka" yang menyeru kearah kemerdekaan. Mungkinkah jika beliau menang, penjajah akan memerangi UMNO dan politik hari ini berlainan?

Bagaimana British boleh menjadi begitu pemurah.

British telah memberi kemerdekaan separa masak kepada Tunku Abdul Rahman atas berbagai sebab. Dua sebab terpenting ialah kerana

• Perjuangan yang menggelora dari rakyat berbagai kaum selepas Perang Dunia Kedua dan tekanan dari Parti Komunis Malaya yang membuat ambushing terhadap Inggeris yang telah mengorbankan banyak nyawa dan menghauskan ekonominya.

• British mahu menjaga harta benda seperti ladang-ladang estet dan pemilikan-pemilikan yang lain. Dengan itu mereka mencari barua iaitu UMNO untuk menjaga kepentingan tersebut sebelum mereka beransur-ansur meningalkan Malaya dengan tidak mengalami kerugian.

Kemerdekaan hari ini bukanlah mudah dicapai seperti yang digambarkan di TV1,TV3 dan lain-lain media arus kerajaan. Ia juga bukan dicapai dengan manis mulut pandai berpelat Inggeris di London. Ia adalah hasil rentetan perjuangan yang panjang. Yang digambarkan oleh media kerajaan ialah tentera Malaysia memerangi PKM (selepas merdeka), tidak pula kita gambarkan tentera rakyat dari PKM memerangi Inggeris.(sebelum merdeka) Siapa yang datang dan menjajah kita? Inggeris ataupun PKM? siapa yang melawan Inggeris? Perjuangan yang membuahkan hasil dan yang terakhir ialah perjuangan bersenjata dari Parti Komunis Malaya.

Mengapa PKM perlu berjuang mengangkat senjata?

Perjuangan kemerdekaan menghalau British ibarat menghalau tetamu yang tidak diundang nyah dari rumah tempat kita berteduh. Mula-mula ada seseorang memberi salam mahu berkenalan dan bersembang diluar pagar rumah. Apabila lama kelamaan dia bosan dan meminta untuk masuk berbual didalam rumah. Tuan rumah pun mengizinkan, kemudian dia meminta untuk bermalam hanya semalaman kerana hari sudah lewat. Selepas itu, dia makin kerap mahu bermalam dirumah kita kerana katannya sungguh enak berada dirumah ini. Pada waktu malam pula, selepas tuan rumah tidur nyenyak, dia memikirkan untuk menyamun harta benda yang ada dirumah tersebut dan membawa pulang kerumahnya. Setelah berjaya menyamun, dia mahukan rumah itu pula lalu dipaksanya tuan rumah supaya menukar nama pemilikan. Akibat takut yang amat sangat, tuan rumah pun menukarkan pemilikan dan telah kehilangan tempat berteduh. Apabila hujan, mahu juga si bekas tuan rumah mencari tempat berteduh dirumah itu tetapi telah dihalaunya. Akibat tidak tahan lagi dengan perlakuan si penyamun, tuan rumah menjadi berang lalu mengumpulakan segala kekuatan ahli keluarga dan seluruh kampung untuk mengusir penyamun itu keluar dari rumah itu dengan apa cara sekalipun. Maka merekapun cuba mengajak penyamun berunding tetapi tidak dilayannya. Akibat tidak ada jalan lain lagi, tuan rumah telah bawalah segala jenis parang, tombol, dan lain-lain senjata untuk mengasak supaya si penyamun keluar. Tindakan ini telah disengasalahertikan oleh polis dan mengecap tindakan ini sebagai mengganas lalu polis berkomplot dengan si penyamun kerana mereka menerima rasuah. Akibat takut dengan amukan oleh orang kampung, si penyamun melantik si polis untuk menjaga harta benda dirumahnya lalu penyamun lari meninggalkan rumah dan kampung itu. Sebelum penyamun meningalkan rumah tersebut, dia memberitahu si polis bahawa jangan cuba memburukkan namanya atau dia akan datang semula menyamun.



31 Ogos 2010 ini, kita perlu merongkai tulisan-tulisan sejarah arus kerajaan yang sudah terbelit dek penulisan sejarawan UMNO. Sumbangan dari semua pihak kearah kemerdekaan haruslah diiktiraf dengan mengenepikan permusuhan. Para sejararawan negara perlulah menulis sejarah dengan jujur dan benar untuk tatapan generasi mendatang agar mereka sedar kesenangan yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dengan darah oleh moyang mereka dahulu. Dari sini, kita dapat melahirkan masyarakat yang teguh jati diri (menolak rasuah) yang cintakan tanah air dan berjuang untuk membela rakyat dari ditindas.

Selamat Hari Merdeka!


1 ulasan:

Tanpa Nama mod

Saya melihat kemerdekaan daripada perspektif agama.British memberi kemerdekaan kepada Malaya setelah mereka berpuashati bahawa Malaya akan mengikut telunjuk mereka.Lihatlah kandungan Perlembagaan Persekutuan,apakah kandungannya?Siapakah yang menggubalnya? Apakah kedudukan agama Islam didalamnya?Siapakah yang menjadi policy maker Malaya yang merdeka? Dimanakah mereka mendapat pendidikan &bagaimanakah pemikiran mereka? Kenapakah tertubuhnya UMNO &PAS? Kenapakah orang Melayu tidak boleh bersatu? Penjajah sudah tiada kini.Merdekakah kita dari segi pemikiran?Siapakah yang mempertahankan sistem peninggalan penjajah ini? Dimanakah kita letakkan kedudukan hukum Allah? Sama2 lah kita fikirkan

Reply

Categories

Pengikut