MASTIKA: "BAPA BOREK ANAK RINTIK"



Terima kasih blog wasiat pejuang yang menyiarkan posting bertajuk FITNAH MAJALAH MASTIKA TERHADAP ABDULLAH CD


Dengan bantuan seorang rakan, aku berjaya mendapatkan majalah tersebut. Terima kasih ku ucapkan buat anak muda yang tak dapat kusebutkan namanya di sini.

Majalah Mastika adalah majalah yang hanya dibaca oleh golongan yang sukakan kisah-kisah dongeng, karut marut dan palsu. Kasihan sungguh siapa yang membaca mastika kerana intisarinya berkisar pembohongan semata-mata. Mastika diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang secara tidak langsung mendidik masyarakat Melayu supaya menjadi dungu dan suka berkhayal. Sama jugalah seperti akhbar Utusan Melayu yang berperanan sebagai media acuan penjajah yang gemar memutarbelitkan fakta sejarah dan memecahbelahkan masyarakat. “Bapak Borek Anak Rintik” adalah ungkapan yang sesuai untuk memaparkan kandungan majalah Mastika dan akhbar Utusan. Kedua-duanya saling tak tumpah, eloklah “Si penipu berkawan dengan si penyamun”

Tak lama berselang, seorang anak muda yang mengakui dirinya wartawan Majalah Mastika telah melawat Bapa Abdullah C.D. di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat. Dalam rencananya, penulis upahan tersebut secara terang-terangan menghina dan memfitnah bapa Abdullah C.D. Mungkin juga penulis yang hanya berharap ganjaran besar dari hasil putar belit itu tidak tahu bahawa dalam tahun-tahun 30-an, sebelum UMNO dirancangkan lagi, Bapa Abdullah C.D. sudah pun berjuang menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air.

Selama 21 tahun perdamaian, Bapa Abdullah C.D. tak putus-putus menerima lawatan dari berbagai golongan masyarakat, tak kurang juga wartawan bertaraf antarabangsa seperti BBC dan sebagainya. Daripada sebanyak itu manusia yang datang menemui beliau, aku tak bertemu lagi dengan manusia jahat seperti penulis upahan Majalah Mastika.

Bapa Abdullah C.D. kini berusia 86 tahun, masih sihat wal afiat. Walau bagaimanapun beliau mendapat gangguan pertuturan akibat terkena racun sepai yang dihantar oleh Badan Intelijen Bersama yang dikendalikan oleh Kerajaan UMNO /Barisan Nasional dengan tujuan membunuhnya. Allah yang menentukan segalanya. Hikmat disebalik peristiwa itu, Bapa Abdullah C.D. berjaya diselamatkan dan berpeluang pulang semula ke tengah masyarakat untuk menjelaskan misteri perjuangan beliau dari awal sampai akhir. Dan Alhamdulillah beliau telahpun menerbitkan satu siri Memoir Abdullah C.D. yang dimuatkan dalam 3 buku berasingan (Bahagian 1,2 dan 3). Selain itu beliau juga telah menulis 2 buah buku PERANG ANTI BRITISH DAN PERDAMAIAN dan DARURAT DAN KEMERDEKAAN.

penulis Mastika juga cuba berbohong dengan menyatakan “Abu Samah masih hidup …….”

Pemergian Abu Samah sudah diketahui umum. Aku ikut serta merakam gambar dan video peristiwa bersejarah itu. Kini bahan-bahan tersebut menjadi simpanan Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin. Siti Norkiah dan Haji Mokhtar Mahmood Baginda menjadi saksi hidup peristiwa bersejarah ini.

Di akhir tulisannya, penulis secara terang-terangan mendedahkan sifat sebenarnya sebagai pembela penjajah dengan menganggap menentang penjajah sebagai “dosa” dan beliau mahukan Abdullah C.D. menyesal kerana tegas menentang kaum penjajah.

Sepatutnya penulis Mastika itu berterima kasih kerana bapa Abdullah C.D. yang disebutnya sebagai “pengganas” menerima lawatannya dengan penuh ikhlas. Akan tetapi lain pula balasannya. Sambutan yang ikhlas itu telah dibalas dengan fitnahan dan tohmahan.

Aku tidak hairan mengapa hal ini berlaku pada anak muda ini. Sejak ratusan tahun dahulu, kaum penjajah datang ke sini dengan mendendangkan diri sebagai “pembela orang Melayu” walaupun tangan mereka berlumuran darah dan keringat orang Melayu. Kepada orang Melayu yang menentang kaum penjajah maka akan dianggap sebagai “dosa” , “menderhaka”, “pengganas” dan sebagainya.


Setelah merdeka, UMNO telah melaksanakan apa yang diinginkan kaum penjajah British. Di samping bersekongkol dengan kaum pemodal penjajah memeras rakyat pekerja kita, UMNO juga telah menjalankan undang-undang penjajah (ISA), dasar pendidikan penjajah, memperelok kaum penjajah, dan memutarbelitkan fakta sejarah perjuangan bangsa kita.


Itulah kejayaan UMNO. Jadi tak hairanlah walaupun sudah 53 tahun merdeka, penjajah Inggeris masih didendang dan penentang Inggeris dihina dan dianiaya.

6 ulasan

diharap menerima kecelakaan lah yang menulis tentang penipuan itu

Reply

suruh dia tulis cerita hantu toyol sudah lah.

Reply

Salam,

Saya tidak berminat membeli majalah Mastika dan tidak membaca artikel berkenaan. Bagaimanapun, ulasan Sdr. Hati Merah sudah cukup untuk membuktikan bahawa artikel tersebut mengandungi fakta yang salah dan ditulis untuk memfitnah. Jadi artikel tersebut mungkin tidak perlu dipedulikan sangat.

Reply
Tanpa Nama mod

masalah ialah apabila tugasan ini diserahkan oleh sang beruk kepada si gorila untuk menulis.

Reply

saya kadangkala membaca mastika...apabila sudah bosan dengan bahan bacaan serta artikel2 ilmiah...cuma baca dan enjoy bahan bacaan yang ringan dan menarik, tanpa perlu berfikir atau mentafsir, seperti membaca light fiction...ya...saya sebut fiction...maka janganlah anggap semua pembaca mastika sebagai..."golongan yang sukakan kisah-kisah dongeng
dan palsu." What gave you the right to condemn others that way? Just because the article written was not to your liking....or was it because it seemed to be pro govt...since it is evident that you are anti UMNO and probably anti govt too. siapa yang memberi awak hak untuk menghukum seseorang itu sebagai penipu, penyamun, beruk, gorila dan lain2...sedangkan dalam tulisan awak pun tiada terdapat bukti2 kukuh dari sumber2 yang credible. its just your word saja...sama seperti penulis mastika...menulis fiction. have a nice day.

Reply
Tanpa Nama mod

Tak tahu nak komen apa. I ni peminat mastika yang fanatic. I tak setuju cara awak mengkritik mastika. puteri santubong,sarawak .

Reply

Categories

Pengikut