LOYAR BURUK

Melihat gelagat kehakiman Malaysia yang sentiasa menjadi buah catur Kerajaan BN, menyebabkan aku teringat semasa di sekolah dulu. Pada suatu petang, sebelum tamat kelas, cikgu minta kami murid-murid terangkan apa cita-cita kami bila dewasa nanti. Ada antara kami yang nak jadi guru, ada yang nak jadi doktor, askar, polis dan sebagainya.

Seorang murid berkata: “saya nak jadi loyar, cikgu”

“Nak jadi loyar buruk”, celah cikgu. Kami jadi terpinga-pinga. Mengapa cikgu kata loyar buruk?

Seterusnya cikgu menjelaskan: “loyar ni banyak putar belit, sebab itu orang kata loyar buruk.”

Pada masa dahulu ada seorang pesalah dikenakan hukuman gantung dan seorang loyar yang dibayar oleh pesalah tersebut. Puas loyar itu berbahas tetapi tak berhasil. Akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman gantung ke pesalah itu.

Maka hukuman gantung pun dijalankanlah dengan disaksikan oleh loyar tersebut. Apabila pesalah itu digantung, loyar itupun berkata, “cukup”, hukuman telah dilaksanakan, segera turunkan orang itu. Maka, orang itupun diturunkan sebelum dia mati.

“itulah sebabnya cikgu katakan loyar buruk”

Selepas itu mahkamah di seluruh dunia tidak lagi menyebut hukuman gantung saja, tapi menambahnya dengan hukuman gantung sampai mati.

Walaupun kisah itu berlaku pada zaman dahulu, tapi aku merasa masih berlaku di zaman sekarang. Dalam kes kepulangan Chin Peng, amat jelas pihak mahkamah berdiri di sebelah Kerajaan UMNO/BN. Beberapa bulan lepas Kerajaan UMNO membuat heboh tentang apa yang dianggapnya sebagai “ keganasan” Chin Peng atau PKM. Berjela-jelalah tulisan tokoh2 upahan UMNO menjelaskan betapa kejamnya PKM dan Chin Peng.

Yang dijadikan isu untuk menolak kepulangan Chin Peng itu sebetulnya tidak masuk akal sedikitpun.

Dalam PERKARA 4 - PEMASTAUTINAN DI THAILAND DAN KEBEBASAN BERGERAK dalam PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN menyebut:



4.1 Mereka yang menetap di Thailand bebas untuk memasuki Malaysia melalui saluran-saluran halal bagi menziarahi saudara mara dan sahabat handai mereka dan untuk bercuti.

Chen Ping memiliki passport rasmi dan boleh memasuki Malaysia melalui cara halal. Mengapa kerajaan Malaysia secara terang-terangan melanggar fasal di atas. Walaupun fasal di atas telah terang lagi bersuluh membenarkan bekas anggota PKM pulang melawat sanak saudara di Malaysia melalui saluran halal. Akan tetapi Kerajaan Malaysia tetap mahu mengingkari juga. Maka loyar buruk pun diperintahkan untuk membuat putar belit.



Kesimpulanya walaupun terpaksa berbohong kepada rakyat dan menipu diri sendiri, Kerajaan Malaysia tetap mahu meneruskan niat jahatnya menodai perjanjian bersama 1989.

Sebenarnya aku tidaklah hairan kerana semua jentera negara dipergunakan untuk membela kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan negara. Selain undang-undang digubal untuk kepentingan UMNO dan menjejaskan demokrasi dan hak kebebasan rakyat, mahkamah juga dipergunakan untuk membela kepentingan mereka. Jika hakim bertindak mengikut lunas keadilan sebenarnya, maka nasibnya samalah seperti dengan yang dialami oleh Tun Salleh Abas di masa Mahathir Mohamad dahulu.

2 ulasan

Umno dulu kini dan selama nye adalah anjing suruhan penjajah zionis Inggeris....

Mereka selama nye adalah musuh kpd rakyat tanpa mengira siapa pun jua kerana telah tertanam kukuh dlm jiwa pemimpin mereka segala sifat2 rakus , angkuh dan sombong warisan penjajah.

Kepimpinan tertinggi umno juga hanya akan di warisi oleh mereka2 yg menjadi ahli freemason spt para PM yg lepas2.

Sebab itu kita telah melihat dgn jelas apabila Mahathir meletakkan syarat supaya Abdullah Badawi hanya akan memegang jawatan itu utk satu penggal shj dan menyerahkan nye kpd Najib.

Pimpinan selepas Najib pula ialah org2 spt Hishammudin dan Mukhriz....warisan keluarga pimpinan umno yg menyertai freemason.Zahid Hamidi juga nampak nye cuba 'melayakkan' diri utk menjadi pemimpin masa hadapan dgn sanggup menyembah menteri Israel satu waktu dahulu.

Reply
Tanpa Nama mod

Adakah chin peng warganegara thai? sekarang ini

Reply

Categories

Pengikut