HARI TUA SEORANG PEJUANG

Abdullah C.D. atau Cik Dat Anjang Abdullah adalah tokoh yang tidak asing lagi dengan sejarah tanah air. Beliau adalah penaja dan pemimpin pasukan gerila Melayu Rejimen Ke-10 TPNM.

Selepas tercapainya persetujuan damai 3 pihak pada 2 Disember 1989, beliau menetap bersama bekas perajuritnya di Selatan Thai. [gambar kiri: Seorang pegawai tentera (pupan) menyampaikan hadiah kepada ibu Suriani dan Abdullah C.D.] Di sini beliau mendapat penghormatan yang sewajarnya dari masyarakat setempat termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Ada pegawai tempatan menyebut, “kita menghormatinya kerana beliau bukan orang biasa, beliau setaraf menteri”. Mungkin kerana dorongan faktur tersebut, para pegawai tempatan sentiasa menziarahi beliau, menyampaikan buah tangan dan macam-macam.

Bila ditanya mengapa Bapa tidak pulang ke Malaysia? Beliau menjawab “saya adalah orang pertama yang mendafar mahu pulang ke Malaysia”. [gambar kanan: Gabenor Wilayah Narathiwat ketika melawat pimpinan Rejimen Ke- 10 di Kampung Perdamaian Sukhirin]
Pada majlis makan malam selepas upacara penandatanganan persetujuan damai, beliau telahpun mengisytiharkan untuk pulang ke Malaysia. Akan tetapi, jelasnya, sebelum pulang, saya harus selesaikan dahulu masalah kehidupan, pembangunan kampung dan lain-lain kebajikan untuk bekas perajurit di sini.

Beliau menjelaskan lagi bahawa, rombongan pertama yang pulang ke Malaysia tidak mengikut syarat yang dipersetujui bersama. Mereka dikenakan soal siasat. Pihak PKM telah menyatakan bantahan keras atas perlanggaran tersebut. Selepas itu barulah masalah kepulangan rombongan kedua, ketiga dan seterusnya berjalan lancar.

Selepas itu, Abdullah C.D. dan pemimpin lain sudah tawar hati untuk pulang ke Malaysia. Beliau lebih selesa tinggal bersama rakan seperjuangan di Selatan Thailand.








2 ulasan

terima kasih kerana dilahirkan ke dunia ini.walaupun pelbagai rintangan yg datang, tapi tetap teguh dalam perjuangan.walaupun sejarah mu sentiasa digelapkan oleh manusia2 durjana..
terima kasih kerna perjuangan mu!!

Reply
Tanpa Nama mod

Hormat Bapa Pejuang

Perjuanganmu telah mempercepat proses kemerdekaan

Dol

Reply

Categories

Pengikut