DI MANA BUMI DIPIJAK: MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH



MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH

1786 -
Francis Light menipu Sultan Kedah untuk mendpatkan Pulau Pinang bagi Syarikat India Timur (EIC).


1819 -

Tipudaya Stamford Raffles berjaya dapatkan Singapura daripada Sultan Riau.


1824 -
Melaka ditakluk British. EIC tubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka).

1850-an
Permintaan timah meningkat. Pemberontakan Tai Ping, Perang Candu dan kebeluran di China mendorong pelarian datang bekerja di lombong bijih timah.


1874 -
British menguasai Perak melalui Perjanjian Pangkor, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pada tahun 1888.

Maharajalela memimpin penentangan di Perak. JWW Birch dibunuh di Pasir Salak

Di Pahang penentangan dipimpin Datok Bahaman serta Mat Kilau


1885 -
British mengangkat Temenggong Abu Bakar menjadi Sultan Johor pertama.


1895 -
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) ditubuhkan.


1909 -
Siam serahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British.

Syarikat kapal korek British menguasai pengeluaran bijih timah.

Harga getah melambung. Ramai buruh dibawa dari Selatan India, walaupun keadaan kerja teruk dan kadar kematian amat tinggi.

Dasar 'pecah dan perintah' penjajah. Pekerja pendatang dianggp pemastautin sementara - tidak seperti di tanah jajahan British lain.


bersambung...

Categories

Pengikut