
1951 -
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan oleh Hizbul Muslimin dan aktivis Islam dalam UMNO.
23 Jun 1951 -
Dato' Onn letak jawatan sebagai Presiden UMNO, diganti Tunku Abdul Rahman setelah menang tipis melawan Mustapha Hussein.
Mac 1953-
Perikatan (UMNO-MCA-MIC) ditubuhkan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
11 Nov. 1955 -
Parti Rakyat Malaya (PRM) didirikan untuk memperjuangkan nasionalisme, sosialisme dan marhaenisme (membela petani miskin) oleh Ahmad Boestamam selepas 7 tahun ditahan tanpa bicara. Perasmian oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
28 Dis. 1955 -
Perundingan Baling antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock) dengan PKM (Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin).
1956 -
Dr. Burhanuddin menjadi Presiden PAS atas asas Islam, nasionalisme dan sosiaisme.


0 ulasan:
Catat Ulasan