DARI ARKIB SEJARAH

DARI ARKIB SEJARAH

http://tukartiub.blogspot.com/

DARI ARKIB SEJARAH - BANGKOK 14 OKTOBER




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




FAKTA SEJARAH SEORANG TUN

Adalah tidak tepat jika dikatakan TUN Ling Liong Sik sebagai TUN yang pertama di bawa ke mahkamah.

TUN
yang pertama dihalau dan di nyahkan oleh rakyat ialah TUN THANOM KITTIKACHORN seorang ditaktor tentera Thailand.

TUN
Thanom telah dihumbankan oleh gerakan mahasiswa Thailand pada 14 Oktober 1973.

TUN Thanom bersama anaknya Narong dan Praphas Charusathien adalah tiga bengolan tentera yang memerintah Thailand.

TUN Thanom bersama dua orang jahat ini telah dihambat keluar dari Tahiland hasil datri gerakan mahasiswa dfan anak muda Thailand. Para aktivis dan pemimpin peljar dari Thamassart Universiti telah memulakan gerakan anti-militer. Di Thamassart telah menjadi kubu kuat gerakan mahasiswa dan anak muda Thailand.

Pada awalnya hanya pelajar sahaja yang berdemo – keadaan berubah apabila demo merebak ke anak anak sekolah dan disambut hangat oleh orang-orang kampong. Beribu ribu warga mula turun ke jalan raya. Mereka berkumpul dan berkhemah di sekitar Tugu Demokrasi di Bangkok.

Akhirnya satu juta rakyat Thailand telah bangun dan menghambat keluar TUN Thanom Kittikachorn.

Derajah kebesaran TUN ini telah dia anugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia.

Apa yang jelas pada 14 Jun 1971 Field Marshal Kittichorn telah melakukan lawatan resmi ke Kuala Lumour. Semua akhbar dan media Malaysia telah melaporkan nama nya sebagai TUN Thanom ( tak percaya pergi arkib negara ).

Di hari ini juga mahasiswa Universiti Malaya dan UKM telah berdemo menghalang kereta TUN Thanom ini di Lebuh raya Perseketuan. Pelajar membantah kejahatan TUN ini terhadap warga Melayu di empat wilayah Selatan Thailand. Tunjuk perasaan pelajar Universiti Malaya dan UKM ini telah dilaporkan secara meluas oleh media Thailand.

Di Malaysia seperti biasa hanya laporan kechil tentang tangkapan 16 orang pelajar.

Keberanian pelajar Malaysia ini telah mencabar anak anak muda Thailand. Dan inilah yang melahiran Gerakan Oktober 73 di Bangkok.

Tetapi apabila TUN Thanom ini dihumbankan oleh pelajar dan lari meninggalkan Bangkok pada bulan Oktober 1973 tetiba akhbar dan media di Malaysia senyap dan tidak lagi menulis namanya sebagai TUN.

Tidak jelas apakah derajah TUN ini telah diambil kembali dari orang jahat ini. Atau mak rasa TUN ini memang tak ada kelaS.

nota:
timbulkan sifat rajin membaca dan melihat sejarah
jangan kena tipu dan jadi bodoh macam peminat senario kah kah kah


nota :
gerakan baju merah yang terus
berjuang di thailand itu
ada dari jenerasi 14 oktober.

tak percaya? sila baca.


nota:
akhbar Mahsiswa Negara akhbar resmi
Persatuahn Mahasiswa Universiti malaya
telah mengeluarkan berita LARINYA SEORANG TUN.

sila teka siapa penulisnya kah kah kah
---
dipetik dari
http://tukartiub.blogspot.com/

Categories

Pengikut