Selasa, 3 Ogos 2010

CHIN PENG DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Pada 27 Julai, Kerajaan UMNO / BN telah mempergunakan mahkamah untuk menghalalkan tindakannya menodai perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 dengan menghalang kepulangan Setiausaha Agung PKM Chin Peng dengan alasan "pengganas". Dalam masa ini pula beliau melawat rakan seperjuangannya di Kampung Perdamaian Sukhirin yang berlangsung dari 29 Julai hingga 1 Ogos 2010.

Lawatan beliau memberikan erti yang besar buat Kampung Perdamaian Sukhirin dan kepada bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10. Lawatan beliau kali ini adalah sebagai menebus rindu kepada rakan seperjuangannya.

Bapa Abdullah C.D. dan jawatankuasa Kampung Perdamaian Sukhirin telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan kedatangan beliau.



lanjutannya akan menyusul
---

13 ulasan:

PATRIOT1930 berkata...

Beruntung anak-anak muda di kampung sukhirin dapat bertemu Chin Peng. Bagi saya ini adalah tinggalan sejarah, tiada peluang untuk berjumpa dan berbicara bersama para pejuang kemerdekaan Malaya untuk generasi muda yang akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Beruntung kepala hotak kau...komunis ni lah yang bunuh datuk aku dulu....sial. Kalau balik lah Malaysia ni...ramai orang kat sini yang akan tembak kepala kau!!!!!????

Celaka punya komunis!!!!!

Mat Amin berkata...

Kepada Tanpa Nama,

Sila pakai nama sendiri. Kalau merasa sendiri benar, kita berdebat secara profesional.


dasar anak didik penjajah!!!!!

PATRIOT1930 berkata...

Tanpa nama@ tanpa otak. Kalau ada otak kita jadi berani, bila tak pakai otak jadi pengecut. Bila jadi pengecut baling batu sembunyi tangan, jadilah tanpa nama.

Bila kita tak pakai otak, kita jadi barua Inggeris. Besar kemungkinan datuk Tanpa nama pun tak guna otak, itu sebab kena bunuh jadi anjing British. Yang akan tembak kepala aku pun semua anjing2 dan barua British-UMNO.

Tanpa Nama berkata...

sempena bulan ogos bulankemerdekaan
tahniah kepada pejuang kemerdekaan yang telah membunuh Pesuruhjaya British Henry Gurney pada 1952. Shabas Pejuang sejati anti penjajah !!

SemanTan

Pemikir Ore Kelate berkata...

Adakah Mat Amin berani menafikan tentang keganasan Bintang 3 yang menganas terhadap rakyat jelata selepas Jepun kalah di tanah Melayu atas dasar ingin menghukum pengkhianat jepun?
Tidakkah kamu sedar bahawa Doktrin Marxism yg kamu agungkan adalah doktrin yang tidak mengiktiraf agama?
Saya bersetuju dengan Tanpa Nama, memang komunis itu celaka?
Di Kelantan, cuba kamu tanyo org2 tuo di ulu kelantan atau di Pasir Puteh, semuo benci menate komunis...#
Kalu bok berdebat boleh jupo, bilo?
ambo nok tengok jugok muko ore komunis ni...

Tanpa Nama berkata...

pemikir ore kelate....

bintang tiga lain
regmen ke 10 lain
Reg ke 10 ni ore melayu belako ramai dari Temerloh Pahang .
berjuang nok halau inggeris
mereka ni dari AWAS dan API
Angkatan Wanita Sedar dan Angkatan Pemuda Insaf (Angkatan Penghalau Inggeris !!) Pembesar kita yang mesra Penjajah dan Umno buat onar cop demo ni golongan kiri dan kominis.Seperti jugok Tok Janggut di Kelate dicop penderhako. Demo tok Tahu ko ??

SemanTan

Tanpa Nama berkata...

hahahha pemikr ore kelate kamu dah baca semua doktrin tu ker, kamu tu yang tak tau mender pasai ideolagi nie. hahahhaha wat malu jer, tu la pasai baca buku sejarah karangan mamat celaka british dan melayu petualang, tu pasai jd g2

Mat Amin berkata...

Kepada Pemikir Ore Kelate
komen saudara menunjukkan saudara tidak membaca semua posting KINI DAN SILAM. Perkara2 yang ditimbulkan semua telah dibincangkan di blog ini. Kesan kedua ialah ucapan saudara sama dengan Utusan Malaysia dan propaganda penjajah British 60 tahun dahulu.
Pada masa Jepun, selain TAJRM masih ada 3 lagi kekuatan , 1. Fasis Jepun. 2. Penjajah British dan 3. Penyamun Kuomintang. Ini tidak termasuk penjahat kecil2an. Jadi mengapa semua pembantaian ini diletakkan di atas bahu TAJRM?
Bintang Tiga tidak ada membunuh rakyat jelata (rakyat biasa). Yang dihukum (termasuk juga yang dibunuh) kesemuanya adalah orang-orang yang dianggap ejen Jepun yang berdosa besar (mengakibatkan kematian orang ramai ataupun anggota pasukan anti-Jepun) dan amat dibenci orang ramai. Cerita tentang Bintang Tiga membunuh rakyat jelata itu cuma cerita rekaan yang dibuat-buat sahaja (mulanya oleh askar Jepun untuk menyelamatkan diri, walaupun waktu itu mereka sudah menyerah diri, kemudiannya pula oleh penjajah British yang baru saja balik ke Malaya dan cuba memperkukuh kedudukannya, dan adalah pula sejumlah gerombolan Kuomintang yang menyamar sebagai Bintang Tiga untuk menangguk di air keruh).
Kita ambil contoh pembunuhan ke atas Henry Gurney. Kaum penjajah dan Utusan Malaysia menganggap itu adalah keganasan PKM, lalu dibesar2kan dan propaganda ini masih diteruskan sampai sekarang. Tapi bagi mereka yang celek hatinya melihat pembunuhan itu sebagai suatu kemenangan besar bukan sahaja bagi rakyat Malaya tetapi juga bagi umat Islam terutamanya Palestin.

Marxisme cumalah ideologi bukannya ugama. Buat apa Pemikir Ore Kelate nak samakan tarafnya dengan agama? Marxisme bukan agama. Marxisme lawannya kapitalisme. Kapitalisme sejak dulu lagi bencikan Marxisme, kerana ideologi Marxisme menentang sistem kapitalisme. Fahami dulu apa itu Marxisme yang sebenar. Jangan jadi pak turut saja, hitam kata orang hitam, putih kata orang putih. Kita sendiri pula tak ada pendirian, rugi jadi manusia begitu.
Kalau agama boleh hidup di bawah system kapitalis yang memeras, menindas kaum pekerja untuk mendapat keuntungan besar, mengamalkan riba dan apa saja yang dapat mendatangkan untung, mengapa agama tak boleh hidup di bawah system sosialis komunis yang mengamalkan prinsip membahagikan kekayaan masyarakat secara adil untuk semua pihak, mengamalkan kebebasan beragama. Saya kira agama akan lebih stabil di bawah system sosialis/komunis.
Marxisme juga mengakui kewujudan agama. Sila baca Karya Lenin tentang agama.
Orang paling benci komunis ialah orang yang menyebelahi kaum penjajah. Kerana sokongan orang2 seperti Pemikir Ore Kelate barulah penjajah British boleh bertapak ratusan tahun. Bahkan di kepala orang2 ini (walaupun berserban besar) penjajah British itu sebagai “tuan”. Orang2 seperti Pemikir Ore Kelate inilah yang mengkhianati perjuangan Tok Janggut. Ketika Allahyarham Tok Janggut meninggal, orangramai sebut dia penderhaka. Setelah berapa lama kemudian barulah namanya dipulihkan.
Ramai juga orang Kelantan yang menyertai Rejimen Ke-10. Kalau Tok Janggut menentang Inggeris, Rejimen Ke-10 juga menentang Inggeris.
Nampaknya Pemikir Ore Kelate ni tergolong dalam manusia yang menentang perjuangan Tok Janggut.

Nota Fikir berkata...

Apa saja alasannya, sepatutnya kita terima saja pemerintah Malaysia sekarang adalah bangsa Melayu Islam. Syukur lah.....
Soal siapa lebih berjasa menjadi pejuang kemerdekaan melawan penjajah atau fahaman siapa yang betul - Fahaman Kapitalis(barat) ataupun Sosialis(Komunis) sudah tidak jadi relevan lagi didebatkan sekarang. Tidak berfaedah !
Orang2 marhain yang tak tahu hal2 ekonomi / politik / ideologi seperti kita yang mudah dijadikan alat oleh orang2 atasan kita amat pandir untuk berbahas, kerana kita telah lama merdeka - lebih baik sama2 bekerja untuk memajukan diri sendiri dan negara.
Sekiranya kita ditakdirkan samada baik atau jahat - terima sajalah, kita hanya perlu bersyukur @ perlu bertaubat sahaja dan jangan tambah dosa dengan menambah kejahatan lagi

Tanpa Nama berkata...

penjajah dah balik, tapi dia tinggal balaciiiii dia?

harus sana harus sini berkata...

balaci penjajah ialah UMNO... sebab tu xder sorang pun pemimpin UMNO kena penjara dengan British...

pejuang konon...

Nick berkata...

kepada Mat Amin,
Saya ingin mengetahui kisah-kisah pejuang PARAKU (jika anda ada sumbernya) ini kerana ada timbul kisah seorang pejuang PARAKU berbangsa iban bernama Ubung (Sukar untuk mencari maklumat mengenainya) muncul selepas 4 tahun beliau meninggal. Diharap En. Mat Amin dapat mendapatkan maklumat berkaitan dengannya.

REJIMEN KE-10 TRM