TRM: SUMBANGAN PERAJURIT ORANG ASAL


Dalam suatu perjuangan melawan kempen kepung basmi, pasukan mengalami kekurangan bekalan makanan untuk sementara waktu. Walaupun kawan-kawan keluar memasang jerat, tapi hasilnya tidak mencukupi. Pada waktu itu buah jerai disekitar perkhemahan sudah masak. Berbagai jenis burung hutan tertarik olehnya. Beberapa perajurit Asal (Orang Asli) melihat keadaan ini lalu mengusulkan kepada markas pengarah untuk menggetah burung di atas pokok. Walaupun perkara ini sering dilakukan oleh saudara-saudara Asal, tapi ini bukan hal mudah dikerjakan.

Di dalam hutan, pokok yang ditumpangi jerai biasanya 2 – 3 pemeluk besarnya dan berpuluh-puluh meter tingginya. Jika hendak menggetah burung harus memanjat ke hujung pokok di waktu malam. Ini adalah suatu kerja yang sangat bahaya dan meletihkan. Menimbang dari segi keselamatan, markas pengarah tidak segera memberikan restu atas usulan mereka.

Kawan-kawan Asal sangat gelisah kerananya, maka mereka berkali-kali tugas ini diberikan untuk menambah makanan pasukan. Setelah puas membuat pertimbangan, barulah markas pegarah meluluskan permintaan mereka.

Mendengar jawapan dari markas pengarah barulah kawan-kawan Asal merasa gembira. Mereka segera sibuk membuat persiapan, ada yang membuat getah dan ada yang meraut getah regis (seperti lidi untuk disalut getah).

Semua sudah beres. Mereka ke pangkal pokok jerai bila malam tiba. Dalam cahaya yang muram, seorang demi seorang dengan berani dan tangkas memanjat pokok yang tinggi melangit, merangkak-rangkak di atas dahan-dahan besar dan kecil, menyisip satu demi satu regis bergetah di tempat-tempat yang paling banyak buah, memotong ranting-ranting yang mengganggu mereka menyisip regis. Mereka sering bekerja berjam-jam di atas pokok bahkan semalam suntuk sampai fajar menyingsing baru turun.

Tapi ini belum selesai lagi. Mereka harus bersembunyi pula sehari suntuk di bawah pokok menangkap atau memungut burung-burung yang jatuh kerana sayapnya terkena getah.

Demikianlah dalam perjuangan melawan kempen kepung basmi itu, kawan-kawan Asal tanpa menghiraukan bahaya dan sulit, dengan keistimewaannya pandai bekerja di atas pokok pada waktu malam, dapat menangkap hampir seribu ekor berbagai jenis burung. Kawan-kawan seluruh pasukan amat terharu dan memuji-muji keluruhan mereka serta teknik yang istimewa itu.

---

RAKAN SEPERJUANGANKU SAUDARA ORANG ASLI

SUMBANGAN PENTING ORANG ASLI DALAM PERJUANGAN UNTUK KEMERDEKAAN


1 ulasan:

Tanpa Nama mod

TERHONG , KEMAR ,GHABAI,PULAU TUJUH,BELATIM,PASIK ,PT BRAVOO,PT.CHARLIE,SINDROP,BANUN,GEMALAH,DLL.......
ADA BERSUA NAMUN TIADA SUARA ! MASING2 MEMBAWA DIRI.....

Reply

Categories

Pengikut