PSM: 20 PEKERJA TAHAN 7 TRAILER.....

20 PEKERJA TAHAN 7 TRAILER.....
Jabatan Buruh Cuci Tangan!


Cheras, 30 Jun 2010
Kenapa undang-undang pekerjaan membenarkan seorang majikan terus melanggar kontrak pekerjaan selama 7 tahun – lewat bayar gaji, overtime tidak di bayar, perjanjian bersama tidak dihormati, kenaikan gaji yang di tandatangani tidak dilaksanakan, kes buruh yang difail terhadap si majikan pun boleh dibekukan dan kini kilang boleh ditutup tanpa menjelaskan segala hutang kepada pekerja-pekerja terbabit? Kenapa pekerja yang berpendapatan rendah terus dimangsakan?

Kemarahan terhadap sistem yang tidak adil inilah yang menyebabkan 20 orang bekas pekerja CHG Plywood memprotes di hadapan kilang mereka selama 2.5 jam hari ini, bermula dari 11.30 pagi. Mereka telah dengan begitu berani menghalang semua trailer dan lori besar dari keluar atau masuk ke kilang sehingga pihak majikan keluar berunding dengan mereka.

20 orang pekerja ini yang di ketuai oleh komrad Letchumanan berdiri di hadapan pintu masuk kilang CHG memegang kain rentang yang membaca, ”CHG, Jangan Lari, Selesaikan Hutang Pekerja”, sementara pekerja-pekerja yang baru kehilangan kerja pula terus menunggu di dalam kilang menantikan gaji mereka.

Kehadiran lebih 15 orang polis yang sampai sejurus mendapat panggilan dari wakil majikan pun tidak mengoncang pendirian 20 orang pekerja ini untuk terus protes sehingga mendapat jawapan. Malah polis di persoal kenapa mereka mahu menghalau pekerja walhal yang menipu dan menyeleweng ialah CHG Plywood!

Komrad Koyilvani dan Arumugam selaku kordinator Biro Pekerja, Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Kajang turut hadir memberi sokongan solidariti kepada perjuangan pekerja-pekerja ini.

Selepas lama menanti, akhirnay 5 orang wakil pekerja telah naik ke pejabat untuk bertemu dengan pihak majikan. Terkejut mereka apabila tiada seorang pun pihak pengurusan syarikat, hanya 6 @ 7 orang pemiutang-pemiutang sedang menunggu!

”Kami tiada jawapan untuk persoalan anda dan kami tak ada kuasa untuk buat apa-apa”! Begitulah yang di ucapkan oleh 3 orang pegawai Jabatan Buruh yang berada di tempat kejadian apabila 20 pekerja-pekerja ini menuntut nasib pampasan mereka yang berjumlah RM256,948.

Oleh itu bekas pekerja-pekerja CHG telah membuat keputusan untuk membawa aduan mereka kepada Menteri Sumber Manusia pada 1hb Julai 2010, untuk menuntut campurtangan segera.

Kalau pihak kerajaan sendiri tak ada kuasa, siapa yang ada kuasa?

Latarbelakang

§ Syarikat CHG Plywood @ Cheng Hin Giap wujud sejak 40 tahun lalu. Syarikat ini menghasilkan lapisan-lapisan plywood. Ia mempunyai pelanggan di Australia, United Kingdom, Singapore, Japan dan Malaysia sendiri.

§ Ramai daripada pekerja kilang ini bekerja lebih dari 20 tahun. Sejak 2003 syarikat ini sering membayar gaji lewat. Sejak Ogos 2005 pula, gaji kerja lebih masa (overtime) pekerja-pekerja selalu ditahan. Pekerja-pekerja terpaksa bergantung pada gaji pokok yang kurang daripada RM500 sebulan. Sejak Mac 2006 pula, pekerja-pekerja CHG tak pernah dapat gaji penuh. Mereka dibayar sedikit-sedikit – 2 bulan sekali baru dapat gaji penuh!

§ Pihak Pekerja juga tidak mendapat kenaikan gaji 4.5% seperti mana yang dijanji dalam Perjanjian Bersama (CA) 2003-2005. CA baru langsung dilupakan.

§ Pihak Pekerja CHG, termasuk pekerja migran telah mengambil pelbagai usaha untuk mendapat satu penyelesaian terbaik. Antaranya:

i) 22/12/05: membuat bantahan di hadapan kilang CHG

ii) 1/3/06-6/3/06: membuat bantahan tanpa bekerja di hadapan kilang

iii) 3/3/06: Lebih 60 pekerja tempatan dan 102 pekerja migran membuat aduan polis terhadap syarikat CHG yang menyeleweng gaji dan bayaran overtime selama beberapa bulan.

iv) 6/3/06: Aduan terhadap CHG di Kementerian Sumber Manusia

v) 18/5/06: Aduan kepada Jabatan Sumber Manusia

vi) 14/8/06: Rundingan 3 pihak di Jabatan Buruh, Bandar Baru Bangi

vii) 27/2/07: aduan polis terhadap CHG kerana gagal bayar gaji pekerja-pekerja.

viii) Mac-Apr 2007: Lebih 20 pekerja yang tidak tahan dengan keadaan ini terpaksa berhenti kerja dan memfail kes di Jabatan Buruh, Bangi dengan bantuan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

ix) Pada 5 Oktober 2007, 20 pekerja ini telah bertemu pegawai-pegawai di Kementerian Sumber Manusia dan menyerahkan memorandum mengenai masalah mereka dan untuk menyiasat kemungkinan komplot antara CHG dan Jabatan Imigresen yang membenarkan lebih 100 pekerja migran baru di bawa masuk kerja di syarikat CHG Plywood.

Nasib Malang 20 Pekerja

Sejak 20 pekerja ini fail kes di Mahkamah Buruh (Kes Saman Ketua Pengarah Tenaga Kerja No. KBR11004/2007/0165) pada bulan April 2007, CHG telah melambat-lambatkan kes dengan mengambil Notis Perintah Penghalang untuk membekukan sebarang kes mahkamah terhadap mereka. Ini di lakukan sebanyak 3 kali dan kes terus di tunda selama 9 bulan.

Pada 23 Mei 2008, CHG minta masa 3 bulan lagi dan janjikan penyelesaian melalui rundingan. Sebaliknya perbicaraan bermula pada Februari 2009. Bicara seterusnya di jadualkan pada 26-29 July 2010.

Kilang CHG di umumkan tutup operasi pada 30 Jun 2010. Apakah nasib 20 pekerja ini? Apakah mereka akan menerima tuntutan mereka? Tuntutan pekerja-pekerja ini ialah:

· Wang Kerja Lebih Masa (ovrtime pay) yang tidak di bayar sejak Ogos 2005-April 2006 sebanyak RM3,850,

· Faedah penamatan kerja sejumlah RM244,016.65,

· Kenaikan gaji 4.5% yang dijanji pada tahun 2003 sebanyak RM8,981.79 dan

· Gaji cuti tahunan sebanyak RM99.58

Keutamaan harus diberi pada tenaga pekerja. Undang-undang harus digubal untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja dan bukan sebaliknya.

Hidup Pekerja!

Oleh,

Letchimi








--
visit our website at
http://parti-sosialis.org

2 ulasan

Tanpa Nama mod

Kenapakah layanan terhadap pekerja sedemikian rupa ?? Jawapan nya ialah kerana Pemerintahan Negara Malaysia adalah berfahaman KAPITALIS !!

SemanTan

Reply
Tanpa Nama mod

Setuju SemanTan

UMNO-BN hanya mementingkan kaum kapitalis

kaum buruh tak pernah mendapat pembelaan

kaum tani dan para setinggan dirampas tanahnya, rumahnya dirobohkan

sudah masanya rakyat bangun dan berjuang menggantikan kerajaan yang zalim ini

Dol

Reply

Categories

Pengikut